PETUA TRADISIONAL MENJAGA KECANTIKAN KUKU

>> Wednesday, August 19, 2015







PETUA TRADISIONAL MENJAGA KECANTIKAN KUKU


Untuk mendapat kuku yang sihat, kita mestilah mempunyai badan yang sihat. Kesihatan badan itu amat penting. Salah satu cara untuk mendapat badan yang sihat, kita mestilah  makan makanan yang seimbang, dan mempunyai kandungan zat makanan yang mencukupi. Bila badan kita sihat, maka bererti kuku kitapun sihat juga.



Di samping itu ada lagi beberapa perkara lain yang perlu diambil kira untuk menjaga kesihatan kuku yang baik. Ada beberapa petua orang-orang tua kita untuk menjaga kesegaeran dan kecantikan kuku yang wajar diberikan perhatian.


Jika kuku kelihatan kotor dan berkarat, ia boleh dicuci dengan menggunakan air asam limau nipis. Asam limau nipis memang terkenal sebagai bahan pencuci karat. Itulah sebabnya salah satu bahan pencuci senjata orang-orang Melayu, seperti keris lembing menggunakan limau nipis.


Caranya mudah sahaja. Ambil sebijij limau nips yang banyak mengandungi airnya. Belah limau itu perah airnya  ke dalam piring dan sebgainya. Ambil sedikit kapas, celupkan ke dalam air limau itu dan seterusnya gosok-gosokkan kepada kuku yang kotor dan berkarat itu.


Insyallah kuku akan menjadi bersih, kekotoran dan karanya akan akan hilang.


Atau boleh juga menggunakan buah belimbing buluh sebagai pencuci kuku. Ambil sebiji atau dua biji buah belimbing buluh dipotong bahagian bawah atau atasnya, lalu gosok-gosokkan pada kuku tangan atau kaki berulang-ulang kaki. Belimbing buluh ini rasanya masam.


Kemudian bila selesai, bersihkan kuku tangan atau kaki dengan sabun yang sesuai, kemudian lapkan hingga kering.


Insyallah dengan mengamalkan petua ini, kuku-kuku kita akan kelihatan bersih, berkilat, segar dan cantik.


Orang-orang tua kita dulu juga membersihkan kuku-kuku mereka dengan minyak kelapa yang baik, segar dan tidak berbauk tengik.


Masukkan sedikit minyak kelapa ke dalam sebuah piring, celupkan sedikit kapas ke dalamnya dan gunakan kapas itu untuk mencuci kuku tangan atau kuku kaki.


Dahulu kapas sukar diperoelhi, lalu mereka gunakan buah kekabu atau perca kain sahaja sebagai ganti kapas.


Kemudian bersihkan kuku-kuku itu dengan air biasa dan lapkan hingga kering.


Atau lebih baik lagi andai kuku-kuku itu dikikis kulit arinya terlebih dahulu dengan menggunakan pengikisnya yang khas atau apa sahaja alat yang wajar, kemudian baru dicuci dengan air bersih.


Dengan cara ini inshaalah, kuku-kuku akan kelihatan bersih dan berkilat.


Boleh juga digunakan hampas kelapa untuk mencuci kuku, kemudian barulah kuku itu dibersih dengan air biasa dan dilapkan hingga kering.


Sekian untuk dikongsi bersama.


Isu Aakan Datang:
HATI-HATI KETIKA MEMOTONG KUKU

Lorong Masjid Al-Qasimi
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan Darulnaim





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP