HARRY S TRUMAN, JALANNYA LAJU
>> Saturday, August 8, 2015
Pada umumnya ada dua cara orang berjalan. Pertama berjalan
dengan deras atau laju dan kedua berjalan dengan kohor atau perlahan.lahan.
Tidak ramai orang yang kita ketahui, mereka yang dapat berjalan dengan laju hingga sukar diikuti oleh orang lain. Salah seorang daripadanya ialah Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.
Ia menghayun langkahnya mengikut rentak tentera Amerika Syarikat, iaitu 110 langkah dalam satu minit Justeru itu orang-orang yang ingin mengikutinya berjalan, seperti para wartawan akan mengalami kepayahan.
Para wartawan akan mengejarnya sambil melempar pertanyaan-pertanyaan dengan termengah-mengah dan bersunggut-sunggut kerana kesukaran untuk mengejarnya untuk memburu berita.
Mereka pernah bersunggut bahawa Presiden Truman berjalan terlalu pentas untuk mreka ikuti, walaupun dari segi usia mereka lebih muda daripadanya,
Ketika beliau kemblai ke Washington dalam satu lawatan, dan waktu itu beliau sudah berusia 70an tahun, tapi para wartawan masih menglalami kesukaran untuk berjalan bersama dengannya seperti mereka berjalan dengan orang-orang lain.
Siapa Harry Truman
Harry S. Truman adalah salah serang Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, dan beliaulah yang mengeluarkan perintah supaya bom atom digugurkan ke atas negara Jepun.
Mula-mula terpilih menjadi Naib Presiden Amerika Syarikan pada tahun 1944, dan kemudiannya menjadi Presdien selepas kematian Presiden Franklin Roosevelt pada bulan April 1945.
Sebagai Presiden yang berkuasa beliau berhak membenarkan bom atom digugurkan ke atas negara Jepun untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. Presiden Harry S Truman telah mengarahkan bom atom digugugurkan ke atas kota Hiroshima pada 6 Ogos 1945, serta merta telah berjaya membunuh seramai 80,000 jiwa manusia. Kemudian 3 hari kemudian sebutir bom atom lagi .telah digugurkan ke atas kota Nagasaki. Letupan bom kali yang kedua ini menyebabkan Jepun menyerah kalah dan peperangan pun tamat.
.
Dalam pilihanraya Amerika Syarikat 1948, beliau telah
berjaya terpilih sebagaii Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat untuk
kali kedua. Dengan itu beliau adalah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1945
hingga 1953.
0 comments:
Post a Comment