AFRIKA SELATAN, SETIAP 15 DETIK SEORANG WANITA MENJADI MANGSA ROGOL
>> Wednesday, August 5, 2015
AFRIKA SELATAN, SETIAP 15 DETIK
SEORANG WANITA MENJADI MANGSA ROGOL
Kebanyakan wanita mendengar perkataan rogol itupun sudah menakutkan mereka.
Boleh membuat mereka merasa seram sejuk dan mengiggil.. Suatu perbuatan keji yang diharap
tidak akan menimpa ke atas mereka.
Negara Afrika Selatan
Bolehkah anda bayangkan, bagaimana keadaannya wanita-wanita yang telah menjadi mangsa rogol. Jenayah yang kejam itu?
Bolehkah anda bayangkan, bagaimana keadaannya wanita-wanita yang telah menjadi mangsa rogol. Jenayah yang kejam itu?
Tapi kejadian rogol di Afrika Selatan sangat berleluasa, malah dianggap sebuah negara rogol di dunia.
Selain daripada rogol, berbagai-bagai bentuk jenayah seksual yang lain juga berleluasa di Afrika Selatan, mengatasi semua negara-negara di dunia ini, baik di Timur atau di Barat.
Merogol
Dapatkah kita bayangkan bagaimana kehidupan kaum wanita di Afrika Selatan itu? Sudah tentu mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.
Kerana hakikatnya seorang dalam tiga orang daripada 4,000 wanita yang pernah diwawancara oleh Community of Information Empowerment and Transpranecy mengaku mereka telah dirogol pada tahun sebelumnya.
Tapi bagaimana pula dengan kaum lelaki yang suka merogol itu?
Kenyatannya lebih dari 25 peratus kaum lelaki di Afrika Selatan ketika ditanya dalam satu soal selidik yang diterbitkan oleh Medical Reserch Council [MRC] pada bulan Jun 2009 mengaku mereka melakukan rogol.
Dan daripada itu pula, hampir separuh daripada mereka mengaku merogol lebih dari seorang wanita.
Mengikut laporan itu juga, 3 daripada 4 orang mengaku merogol itu, mengaku mereka pertama kali merogol ketika mreka berusia remaja.
Mengikut Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, membuat laporan bahawa jenayah
rogol di Afrika Selatan merupakan yang paling tertinggi di dunia mengikut per kapita [rata-rata untuk setiap orang].
rogol di Afrika Selatan merupakan yang paling tertinggi di dunia mengikut per kapita [rata-rata untuk setiap orang].
Walaupun perbuatan rogol itu telah merupakan satu
kekejaman dan kezaliman terhadap kaum wanita, tapi perogol-perogol di sana bertindak
lebih kejam dari haiwan. Mereka pergi lebih jauh.
Kerana yang tambah menyedihkan lagi ialah, mereka
yang menjadi mangsa rogol itu bukan sahaja
anak-anak gadis atau orang-orang dewasa, malah juga kanak-kanak dan bayi-bayi
yang masih kecil juga sering menjadi mangsa rogol.
Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah keadaannya
bayi yang dirogol itu? Adakah manusia yang waras sanggup berbuat demikian?
Faktor
Ada beberapa faktor utama yang dipercayai
menggalakan lelaki Afrika Selatan,
sebuah negara yang sedang berjuang untuk memberi keadilan untuk seluruh rakyat
jelatanya merogol.
Pertama kerana adanya kepercayaan karut bahwa
melakukan hubungan seks dengan anak-anak dara yang masih suci dapat
menyembuhkan penyakit AIDS, penyakit yang masih belum ditemui ubat yang ampuh
untuk menyembuhkannya.
Kedua, kerana terpengaruh oleh suasana hidup keliling
yang begitu kejam dan dasyat di mana mereka hidup dan dibesarkan.
Suasana-suasana hidup seperti itu boleh mempengaruhi
jiwa mereka untuk hidup dan
bertindak dengan kasar, keras dan tidak
bertimbang rasa.
Di samping itu pula, menurut Dr. Rachell, seorang
ahli sains di South African Medical Reserah Council, bahawa di Afrika Selatan
ada sejenis budaya di mana lelaki percaya bahawa mereka mempunyai hak seksual
ke atas kaum wanita.
Justeru, bolehlah kita katakan bahawa dengan
kepercayaan seperti itu kaum lelaki Afrika Selatan boleh melakukan apa sahaja
terhadap kaum wanita, termasuk menyeksa dan merogolnya jika mereka mahu.
Di samping itu yang menjadi masalah pentingnya,
ialah para perogol tidak berfikir mereka
telah melakukan apa-apa kesalahan dengan perbuatan mereka yang terkutuk
terhadap kaum wanita yang bertanggung
melahir dan memelihara mereka itu.
Cubalah anda perhatikan, pada tahun 1980an terdapat kira-kira 16,000 kes rogol setiap
tahun berlaku di Afrika Selatan.
Tapi malangnya kes rogol ini sentiasa meningkat
dari masa ke masa. Dalam tahun 2006, terdapat 55,000 kes rogol telah berlaku.
Namnun begitu tidak ramai wanita mangsa rogol yang
tampil ke hadapan untuk membuat laporan.
Mengikut jangkaan, hanya satu daripada
dua puluh wanita mangsa rogol yang membuat laporan.
Jika pendapat ini benar, maka bererti lebih
daripada 494,000 perogolan berlaku setiap tahun di Afrika Selatan.
Atau dengan katanya lainnya, 1,300 perogolan
berlaku setiap hari, atau seorang wanita menjadi mangsa rogol dalam setiap lima
belas detik.
Mangsa Rogol
Mengikut Human Right Watch, mereka yang
menjadi mangsa rogol ialah gadis-gadis dan wanita-wanita yang terdiri daripada
berbagai-bagai keturunan, dan tingkatan kelas ekonomi.
Sementara para perogol itu pula terdiri daripada
rakan-rakan sekelas mereka, guru-guru, anggota keluarga dan juga orang-orang
asing.
Jumlah ini tidak termasuk perogolan yang
dilakukan ke atas kanak-kanak atau bayi.
Sedangkan kejadian merogol kanak-kanak dan bayi di
Afrika Selatan amat tinggi, malah dalam kes tersebut negara itu merupakan salah sebuah negara tertinggi di dunia.
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma pernah
didakwa merogol pada tahun 2005, tapi dibebaskan oleh mahkamah atas alasan berlaku
dengan kerelan.
Aktres dan aktivitis masyarakat , Charlize
Theron, ketika mengulas kejadian rogol di Afrika Selatan menegaskan:
“Bila seseorang menyatakan perkara yang sebenarnya kepada saya, mereka menjahnamkan saya. Saya tahu rogol adalah satu masalah besar di Afrika Selatan, tapi saya tidak pernah terfikir sejauh mana buruknya. Seorang daripada setiap tiga orang wanita di negara itu akan dirogol dalam hayat mereka. Setiap 26 detik, seorang wanita dirogol”.
Apa yang disebut oleh beliau itu tidak termasuk berbagai-bagai jenayah lagi yang berlaku di negara itu, seperti samun, rompak dan bunuh yang menakutkan.
Namun begitu, Republik Afrika Selatan sentiasa menjadi tumpuan para pelancung untuk berkunjung ke negara itu yang kaya dengan keajaiban dan keindahan alam semula jadinya. Ratusan ribu orang seluruh dunia berpusu-pusu ke negara di hujung benua Afrika yang luas itu untuk menikmati segala impian mereka masing-masing. Muka buminya seluas 1,221,037 km persegi dengan penduduk seramai 43,887, 700 orang.
Kami harap problam yang dihadapi oleh masyarakat bumi Afrika Selatan yang amat mencabar ini dapat diselesaikan dengan segera dan sebaik-baiknya, terutama demi kebaikan kaum wanitanya supaya tidak terus menerus menjadi mangsa kekejaman kaum lelaki yang tidak berakal dan berfikiran.
Hanya menerusi pendidikan akhlak dan agama yang
suci problam ini akan dapat diatasi dengan jayanya demi untuk kebaikan semua
anggota masyarakat dan keharmonian hidup dengan aman damai untuk semua.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment