WANITA YANG TIDAK INGIN LAHIRKAN ANAK
>> Wednesday, August 12, 2015
WANITA YANG TIDAK
INGIN LAHIRKAN ANAK?
Semua wanita yang normal inginkan anak. Wanita yang telah menjadi isteri, sedang bertunang, atau merancang untuk mendirikan rumahtangga. Mereka semua ingin mengandung anak sendiri, dan melahirkanya untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya.
Mohd Zain menatang Alifah
Namun begitu ada kes-kes terpencil terdapat wanita yang tidak inginkan anak. Mereka tidak ingin mengandung dan tidak ingin melahirkan anak. Mereka hanya ingin menjadi wanita dan isteri semata, dan bukan seorang ibu.
Gadis-gadis yang mendakwa enggan beranak biasanya membri alasan mereka tdak sukakan bayi atau kanak-kanak, kerana itu mereka tidak ingin mengandung dan melahirkan anak. Mereka percaya dengan sikap seperti itu mereka tidak akan menyayangi bayi mereka nanti dan ini akan menimbulkan problam.
Kalau dia seorang gadis dan mempunyai tunang atau merancang untuk kahwin dengan lelaki yang dicintainya itu, berita ini jika diketahui oleh sasng lelaki berkemungkinan boleh mengeruh hubunngan mereka, sekiranya bakal suaminya itu berkeras inginkan anak, dan tanpa mempunyai akal pemikiran yang panjang.
Kerana biasanya wanita-wanita yang belum berkahwin seperti ini sebaik-baik sahaja mereka berkahwin atau selepas beberapa bulan mereka mendirikan rumahtangga fikirannya akan berubah. Perkahwinan biasanya akan mencetuskan naluri keibuan kepada seseroang wanita. Justeru biasanya dia akan merasa kesunyian dan kesepian dan merasa hidup tidak bermakna tanpa mempunyai anak, lebih-lebih lagi jika dia seorang suri rumahtangga semata dan tidak bekerja.
Di sebalik pengakuan
yang mendakwa dia tidak sukakan kanak-kanak itu mungkin ada sebab-sebab yang
tersembunyi. Dia mungkin mendengar cakap-cakap atau bisik-bisik mengenai
kesukaran yang melampau tentang mengandung dan juga proses pengelahiran yang
menakutkan.
Bagaimana
seksanya mengandung bayi selama sembilan bulan dan alangkah deritanya ketika
melahirkan bayi. Malah ada ibu yang menemui ajalnya ketika melahirkan anak. Dan
selepas bayi dilahirkan alangkah beratnya tanggunggan untuk menjaga dan
mengasuh bayi dan kanak-kanak. Semuanya itu pada perasaannya maha membebankan.
Tapi dia tidak
sanggup melahirkan secara trus terang perasaan yang mengharukanya itu kepada
sesiapa pun, dan secara tidak sedar dia mencipta alasan dia tidak sukakan bayi
atau kanak-kanak, kerana itu dia tidak ingin mengandung dan dia tidak ingin
melahirkan anak.
Tapi bakal-bakal ibu yang sedang mengandung bayinya selama sembilan bulan, mungkin tidak berfikir sebagaimana dibayangkan oleh wanita atau gadis yang tidak mengandung atau belum berkahwin. Malah wanita-wanita yang mengadnung itu tentu merasa lebih gembira kerana akan dapat menimang anaknya sendiri nanti.
Baby Ummai
Pengelahiran adalah perkara semula jadi kepada setiap wanita. Allah telah menyediakan semua kemudahan dan keperluan untuknya mengandung dan melahirkan anak, baik dari segi fizikal dan mentalnya. Tidak ada apa yang luar biasa.
Berapa ramai setiap hari wanita yang mengadaung dan melahrikan anak. Berapa ramai penduduk dunia hari ini semuanya dilahirkan oleh wanita yang kemudiannya menjadi ibu. Ia berlangsung sejak Adam dan Hawa lagi, satu proses yang berpanjangan, dan tidak akan henti selagi dunia berkembang dan selagi makhluk manusia lelaki dan perempuan hidup di muka bumi.
Bentuk anggota
fizikal wanita pun Allah jadikan begitu kompleks untuk menjadi wadah kepada wanita
untuk mengandung dan melahirkan anak. Itulah anggota peranakan wanita yang
dijadikan Allah kepada mereka. Anggota-anggota itu terbahagi keapda duam bahagian,
iaitu yang zahir, iaitu yang boleh dilihat, dan kedua yang tidak zahir, iaitu
yang tidak dapat dilihat, iaitu anggota peranakan dalaman. Anggota-anggota
lahir ialah anggoa payu dara dan anggota kemaluan, sementara anggota-anggota
dalaman pula teridiri dari saluran kemaluan, rahim, dua saluran palup dan dua
sarang telur.
Sudah tentu
anggota seksual itu bukan sahaja berguna untuk dinikmati ketika berlaku pemesraan
fizikal, tapi juga untuk dinikmati hasil pemesraan itu, iaitu mengandung dan
melahirkan anak.
Oleh sebab itu tidak
ada sebab yang wajar kenapa wanita tidak ingin mengandung dan melahirkan anak
tanpa sebab-sebab yang diharuskan?
Syahmi
Justeru mana-mana lelaki yang sedang bercinta atau bertunang, jika gadis yang anda cintai itu memberitahu dia tidak sukakan anak, dan tidak ingin mempunyai anak, jangan bimbang, jangan putuskan rancangan perkahwinan, kerana bila sudah kahwin nanti keadaan akan berubah, kecuali dia dapat membuktikan daripada perakuan doktor bahwa dia tidak boleh mengandung kerana sebab-sebab tertentu.
Allah berfirman,
maksudnya:
“Wahai manusia.! Bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu [Adam] dan [Allah] menciptakan pasangannya [Hawa] dari [diri]nya, dan dari keduanya Allah memperkembangkan lelaki dan perempuan yang banyak”. An-Nisa’ [4]-1.
Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment