MISTERI KUKU DI JARI-JEMARI ANDA
>> Saturday, August 15, 2015
MISTERI
KUKU DI JARI-JEMARI ANDA
Biasanya manusia dilahirkan dengan dua tangan dan kua kaki yang merupakan
sebahagian daripada anggota badan manusia. Iaitu tangan kanan dan tangan kiri
atau kaki kanan dan kaki kiri.
Kemudian Allah lengkap tangan dan kaki itu di hujungnya dengan jari jemari. Iaitu jari tangan dan jari kaki. Dan di jurung-jemari itu pula Allah lengkapkan dengan kuku-kuku yang khusus.
Kuku-kuku itu terletak di bahagian sebelah atas jari di mana di bwahnya
terletak tapak tangan dan perut jari jemari..
Demikian juga dengan jari-jemari kaki. Terdapat kuku-kuku di hujung jari sebelah atas, di mana di bawahnya terletak tapak kaki dan perut jari-jemari kaki..
Demikian juga dengan haiwan yang berkaki empat dan juga berkaki dua juga
mempunyai jari-jemari yang dilengkapi dengan kuku-kuku yang mempunyai fungsinya
yang tersendiri.
Kalau kita perhatikan keadaan kuku manusia itu tebal dan licin, lebih tebal
dari kulit manusia itu sendiri.
KEJADIAN KUKU
Mengikut kajian, kuku itu terbina dari jenis sel-sel yang mati yang dipanggil
keratin yang liat keadaannya. Itulah sebabnya kita tidak merasa sakit bila kuku
itu dikerat atau dipotong dengan pisau, pengacit kuku ataupun digigit dengan
gigi.
Pakar-pakar membahagikan kuku itu kepada dua bahagian, iaitu bahagian bawah dan bahagian atas kuku. Bahagian sebelah bawah ini dipanggil umbi kuku atau pangkal kuku, sementara di bahagian sebelah atasnya dipanggil badan kuku. Badan kuku ini termasuklah hujung kuku yang terletak di hujung jari-jemari.
Bahagian umbi kuku keadaannya berbentuk separa bulan yang sedang mengambang
di langit [lunula], dan di bahagian bawahnya ditutupi oleh kulit badan yang
terkelepai yang dipanggil kutikal oleh pakar-pakar. Sementara bahagian kuku di sebelah atas keadaannya
terdedah di mana bahagian hujungnya sentiasa tumbuh dan memanjang dari masa ke
masa.
Keadaan kuku-kuku itu tumbuh dan memanjang adalah sama sebagaimana
rambut-rambut di atas kepala anda. Ia tumbuh dengan berlakunya pembiakan
sel-sel yang terdapat pada umbi atau pngkal kuku.
Kalau kita perhatikan –kuku-kuku yang terletak di atas jari-jari kita itu kelihatan
seperti ditampal sahaja semacam kulit telur ditampalkan di atas lengan kita.
Tapi keadannya amat kemas dan kuat, dan melekat di situ dengan kejatnya.
Justeru ia amat sukar untuk ditanggalkan dari jari-jemari tanpa menggunakan
alat-alat khusus.
Justeru orang-orang tua zaman dahulu mengibaratkan hubungan yang rapat antara seorang dengan seorang dengan ungkapan “seperti isi dengan kuku”. Ibarat yang tepat sekali.
Oleh itu untuk mencabut atau menanggalkan kuku dari jari amatlah menyakit dan memedihkan, kalau dicabut begitu sahaja tanpa bantuan ubat kebas atau serban [bius] dan sebagainya.
Begitu jugalah dirasakan oleh seseorang yang terpaksa berpisah dengan sahabat karibnya yang terjalin begitu mesra dan lama seperti “isi dengan kuku”. Perpisahan yang akan membuat hatinya terluka.
Menurut kajian, kuku manusia yang normal mengambil masa selama enam bulan untuk
tumbuh sepenuhnya, iaitu daripada umbi hingga ke bahagian hujungnya yang biasa.
Kadang-kadang kita merasa, sebagaimana rambut kita juga, kuku-kuku kita terlalu cepat tumbuhnya selepas kita mengeratnya. Tapi itu hanya
perasaan kita sahaja, kerana pada umumnya kuku kita hanya tumbuh dengan kadar
0.5 mm [0.02 inci] sahaja dalam masa
seminggu.
JIKA DIBIAR PANJANG
Dan andainya, kuku-kuku yang tumbuh itu dibiarkan begitu sahaja tanpa
dikerat, maka ia akan tumbuh sepanjang 30cm atau 12 inci.
Namun begitu, tidaklah dapat dinafikan ada perbezaan kecil kadar
pertumbuhan kuku antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Malah
pada orang yang sama juga terdapat perbezaan kadar pertumbuhan kuku pada jari tangan
dan pada jari kaki mereka.
Di samping itu kuku jari tengah, yang dipanggil jari hantu didapati lebih cepat kadar tumbuhnya dari kuku-kuku di jari yang lain.
Kuku juga didapati lebih cepat kadar pertumbuhannya pada tangan yang lebih kerap digunakan daripada tangan yang kurang digunakn. Justeru kuku-kuku di jari-jari kanan orang yang menganan lebih cepat tumbuhnya daripada kuku orang yang pengunaan tangan kirinya tidak begitu aktif. Demikian jugalah sebalkiknya, kepada orang-orang yang mengiri, kuku-kuku di jari kirinya lebih cepat tumbuh daripada kuku-kuku di jari kanannya,
Kuku-kuku pada gadis-gadis sunti yang belum didatangi haid lebih cepat kadar pertumbuhannya daripada kuku-kuku wanita yang telah haid. Kenapa Allah jadikan demikian, masih belum ada sesiapapun mengetahuinya lagi hingga ke hari ini.
Di samping itu, kuku lelaki lebih cepat kadar pertumbuhannya dari kuku wanita. Ini berlaku kerana bentuk kuku lelaki lebih besar daripaa bentuk kuku
wanita yang jarinyanya meruncing cantik.
Demikian juga mereka yang mendapat makanan yang seimbang, lebih cepat
tumbuh kukunya daripdda kuku orang yang tidak mendapat makanan yang seimbang.
Akan datang:
Petua Tradisional Menjaga Kecantikan Kuku
Lorong Masjid Al-Qasimi
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment