MOHD ZAIN SALEH DENGAN TULISAN-TULISAN YANG MENCUBIT-CUBITNYA SENDIRI

>> Saturday, August 22, 2015







MOHD ZAIN SALEH DENGAN TULISAN-TULISAN YANG MENCUBIT-CUBITNYA SENDIRI


Kerja saya adalah menulis. Saya hidup dengan hasil penulisan. Begitulah profesion saya dari sejak dahulu hingga sekarang. Dengannyalah saya membina kehidupan saya dan keluarga. Dengan itu layaklah saya dipanggil seorang penulis.



                                          Mohd Zain Saleh


Kali ini saya ini ingin ceritra beberapa cebisan daripada pengalaman saya sebagai seorang penulis sepanjang hayat saya yang lalu.


Episod Satu:


Pda sautu hari seorang kawan wartawan memberitahu saya bosnya ingin berjumpa dengan saya, tapi katanya dia tidak mengetahui apa sebabnya. Bosnya ialah Ketua Biro sebuah media surat khabar di Kota Bharu. Pada sangkaan saya, mestilah ada kaitan dengan ujian yang pernah hadiri untuk dipilih menjadi stringer/wartawan akhbar tersebut  yang saya jalani beberapa hari ssebelumnya.


Tapi sangkaan saya sungguh meleset. Bila saya bertemu dengan beliau di pejabatnya, saya telah dibelasah dengan teruknya dengan kata-katanya yang pedas, tajam dan menghina.


Ia berpunca daripada sebuah rencana saya mengenai jenayah kapak  yang disiar dalam akhbar tersebut beberapa hari yang lepas. Entah bagaimana rencana saya itu diletak  nama seorang wartawan akhbar tersebut yang berkhidmat  di Pulau Pinang, sementara rencana wartawan itu pula diletak nama saya sebagai penulisnya. Telah berlaku tukar ganti nama.


Katanya kawannya itu telah kena marah akibat rencana saya itu, maka itulah pula sebagai tindak balasnya saya dibelasahnya habis-habisan.


Saya katakan itu bukannya salah saya, kerana yang memilih untuk menyiar rencana saya hantar itu ialah pengarangnya di ibu pejabat Kuala Lumpur. Tapi beliau tidak memperdulikannya, dan terus membantai saya sampai puas hatinya.


Saya tidak lagi bersedia untuk bertengkar dengan orang yang telah kerasukan itu, nanti akan berpanjangan dan berakhir dengan perkara yang tidak diingini Biarkan dia merasa menang!


Episod Dua:.


Rencana saya pernah disiar oleh media tempatan. Bila saya telefon pengarangnya adakah rencana-rencana yang disiarkan dalam media tersebut diberi sagu hati. Beliau menjawab ya dan menjemput saya datang mengambilnya.


Pada agakkan anda berapakah honorium yang diberikan untuk sebuah  rencana hampir semuka tabloit itu?


RM3.00 [tiga ringgit] tunai.


Media ini tidak lama bertahan di dunia persuratan.


Episod Tiga:


Demikian juga dengan sebuah akhbar tabloit yang terkenal yang berpusat di ibu negara, Kuala Lumpur waktu itu. Sekarang sudah tidak ada lagi.


Setelah hampir sepuluh buah rencana saya disiar, maka sayapun menghubungi pengarangnya bertanya tentang pembayaran dan menerima jawapan yaang positif. Beliau menjemput saya datang mengambilnya di pejabat beliau jika saya datang ke Kuala Lumpur.


Tidak lama kemudian saya pergi ke Kuala Lumpur dan turut pergi ke pejabat akhbar tersebut untuk menerima bayaran yang dijanjikan itu. Saya diberi sekeping cek.


Berapa nilainya? RM30.00 lebih sedikit [tiga [puluh ringgit].


Hampir sama dengan bayaran RM3.00 untuk sebuah rencana di atas.


Namun begitu bayaran RM3.00 untuk sebuah rencana pun lebih baik daripada tak diberi bayaran langsung.


Episod Empat:


Saya pernah memberi sumbangan kepada sebuah majalah bulanan yang boleh dikatakan terkenal juga di Kuala Lumpur ketika itu. Saya telah memberi sumbangan sebelas buah rencana untuk majalah tersebut. Semua rencana yang saya kirimkan  disiarkan, tapi honoriumya satu sen pun tidak dibayar sehingga ke hari ini.


Majalah itu sekarang sudah lama berkubur.


Episod Lima:


Ada satu peristiwa lagi yang lebih seronok. Pada suatu hari saya menerima telefon dari seorang kawan wartawan di Kuala Lumpur. Dia meminta saya menolong seorang kawannya yang sangat memerlukan sesuatu. Kawannya itu seorang ketua jabatan yang akan pencen dalam masa beberapa bulan lagi tapi malangnya dia tidak mempunyai apa-apa tanda mata yang berharga. Dia meminta saya membantu kawannya itu yang kebetulan saya kenali.


Katanya, kawanya ketua jabatan itu telah membuat permohonan secara rasmi menerusi jabatan untuk mendapat tanda mata tersebut, tapi permohonannya telah ditolak. “Kasihanlah dia”, kata kawan wartawan saya itu.


Dua hari kemudian, seorang kakitangan di jabatan pegawai tersebut yang memang baik dengan saya menelefon memberitahu perkara yang sama dan meminta saya sudi membantu bosnya itu yang akan bersara tanpa tanda mata..


Saya tidak membuat apa-apa janji atau kesanggupan. Saya mengambil masa beberapa hari untuk berfikir mengenainya, dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang saya mampu lakukan.


Waktu itu saya mempunyai banyak bahan-bahan mengenai tokoh yang berhak memberi tanda mata yang diperlukan itu. Saya percaya dengan menysusun bahan-bahan itu dalam bentuk sebuah buku, kemudian diterbitkan sudah tentu dapat merealisasikan hasrat sang bos tersebut. Saya pun terus bekerja dengan pentasnya sehingga buku itu siap.


Seterusnya urusan-urusan selanjutnya yang perlu, telah saya laksanakan sehingga karya tersebut dapat diterbitkan. Dan akhirnya si bos itupun, menjelang persaraannya telah mendapat apa yang diidamankannya. Syukur alhamdulillah.


Walaupun saya melakukan usaha itu tanpa mengharap untuk mendapat  apa-apa pujian dan  sanjugan darinya, tapi alangkah rahimnya kalau beliau terus mengenali dan mengecami saya sebagai rakan bila kami bertemu, bukanya buat pura-pura tidak mengenali saya, hamba Allah yang tidak berpangkat di dunia ini. Jauh sekali daripada mengharapkan pujian dan sanjungannya. Kemanusiaan itu amat penting nilainya.


Episod Enam:


Tidak cukup dengan peristiwa itu.  Ada sebuah NGO meminta saya menolong mengarang sebuah buku mengenai sejarah institusi jabatan mereka yang merupakan salah satu sektor penting dalam kerajaan negeri.


Setelah siap  buku itu saya usahakan, maka saya serahkan kepada pihak NGO tersebut untuk semakan kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki. Tapi salah seorang daripada ahli jawatankuasa NGO tersebut, mengenali atau ada pertalian keluarga dengan bos tadi, maka diserahkanlah buku tulisan saya tersebut untuk semakan kepadanya. Tunggu punya tunggu, sampai ke hari ini, setelah sepuluh tahun lebih masa berlalu, buku itu masih belum sampai ke tangan saya, dan saya difahamkan masih tersimpan di tangan bos kita tadi. Adakh buku itu masih ada atau sudah hilang, tidaklah dapat dipastikan. Sebahagian daripada ahli-ahli jawatankuasa NGO tersebut telahpun bersara dari jawatan mereka.


Demikianlah cebisan-cebisan pengalam saya sebagai seorang penulis daripada begitu banyak pengalaman yang tersimpan dalam ingatan saya sampai ke hari ini.


Nama-nama mereka yang terlibat dalam peristiwa ini memang sengaja saya sembunyikan, tapi kalau ada sesiapa yang merasa ragu dan ingin mengetahuinya, silalah  hubungai saya secara langsung, dan permintaan anda mungkin akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Buat masa ini saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda.


Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
PT. KB. Kelantan Darulnim.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP