SEX;JANGAN KETERLALUAN

>> Saturday, August 29, 2015





SEX: JANGAN KETERLALUAN


Sex adalah sebahagian daripada cebisan-cebisan hidup harian kita. Orang-orang normal, tidak boleh terpinggir dari sex. Malah sex itu penting.




Namun begitu, kita tidak boleh ikut melulu ajakan atau seruan nafsu sex. Kalau tidak, kita akan binasa kerana sex yang tidak terkawal. Sex yang merosakkan.


Oleh itu, kita mesti sentiasa meletakkan sex di bawah kawalan kita. Kita menentukan sex, dan bukannya sex yang menentukan kita. Kita memperkudakan sex, bukan sex memperkudakan kita. Ertinya kita meletak sex di tempat yang wajar di bawah kawalan. Kita jadikan sex kuda tunggangan kita, dan bukan sebaliknya sex menunggang kita.


Kalau kita biarkan sex meunggang kita, bererti kita sedang menempah kemusnahan. Kemusnahan diri dan kemusnahan batin kita sebagai insan yang berakhlak mulia.


Justeru andainya, kita hidup sendirian tanpa pasangan hidup yang sah, kita terpaksa menghadapi banyak cabaran berhubung dengan dorongan sex yang sentiasa mencabar manusia yang normal baik sebagai lelaki atau perempuan.


Namun begitu, menurut ahli-ahli jiwa, dorongan dan rangsangan sex ini dapat kendurkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti  yang amat menarik minat kita, dan membentuk kematangan diri kita lahir dan batin sebagai manusia yang mulia.


Rasulullah SAW menasihatkan umatnya yang tidak berakhwin supaya berpuasa, kerana puasa dan pantang larang dalam puasa itu boleh mencegah manusia melakukan kemungkaran, termasuklah kemungkaran sex antaranya kerana boleh mambatalkan puasa.


Jika kita telah berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal, baik sebagai suami atau suami, maka kita hendaklah menjalin hubungan kita dalam semua jurusan dengan  wajar, termasuklah dalam hubungan sex suami isteri.


Dalam hal ini hubiungan sex itu hendaklah dijalinkan dengan matang dan wajar, iaitu secara bertimbang rasa, bijaksana, memahami antara satu sama lain, dan tidak rakus atau mementingkan diri sendiri, serta dengan penuh kasih sayang sebagai suami isteri yang saling  cinta mencintai antara satu sama lain.


Dalam kegalakan melakukan hubungan sex memilih sikap sederhana adalah lebih baik. Demikian juga dengan soal kekerapan melakukan hubungan sex, walaupun tidak salah untuk melakukannya sekerap yang mungkin asalkan kedua-duanya sihat dan bersetuju serta rela merelakan, tapi bersikap sederhana adalah lebih baik.


Secara umumnya sebagai manusia yang beriman, kita mestilah sentiasa mengekang nafsu sex kita dalam batas-batas yang wajar, supaya tidak bermaharalela seperti haiwan yang tidak berakal fikiran. Nanti buruk padahnya.


Di antara perkara buruk yang mesti dijauhi ialah berzina, yang amat disukai oleh lelaki dan perempuan yang tidak kahwin sekarang, sehingga berjaya melahirkan ribuan anak zina setiap tahun di negara kita.


Allah berfirman di dalam al-Quran dengan tegas melarang hamba-hamba-Nya daripada melakukan zina. Allah berfimran, maksudnya:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; [zina] itu suatu perbuatan keji, dan satu jalan yang buruk”.al-Isra’ [17]:32.


Sesungguhnya adalah lebih mudah kepada kita untuk  menjauhkan diri daripada kesulitan yang akan menimpa daripada kita berusaha keluar dariipadanya bila kita telah ditimpa musibah. Menjauhkan diri daripada terlibat dalam satu kesilapan, lebih baik daripada membaiki seribu kesilapan selepas kita melakukannya.




Tegasnya tidaklah wajar kepada kita melepaskan nafsu sex sebarangan atau secara semborono tanpa mengambil kira  segala kepentingan-kepentingan dan akibat-akibatnya, terutama yang boleh menimpakan kerosakan yang serius pada diri sendiri dan orang lain.


Allah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran, maksudnya:

“Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu bila sahaja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah [yang baik]  untuk dirimu. Bertakwalah kepada Allah  dan ketahuilah bahawa kamu [kelak] akan menemuiNya”. Al-Baqarah [2]: 223.


Ya utamakan perkara yang baik untuk diri kita!


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan Darulnaim.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP