PERHATIAN [ Pada Hidup Yang Kaku]- cetusan rasa -MUHAMMADY S.M - dalam SETANGGI KOTA BHARU XVII
>> Wednesday, October 2, 2013
klik ke- XVI
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
[3 September
2013]
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XVII kali ini kita siarkan sebuah puisi karya MUHMMADY S. M, berjodol BERTAHAN. Sambutlah salam hormat takzim dari kami dan selamat membaca.
BERTAHAN
[Pada Hidup Yang Kaku]
Jangan biar mengemis di dada ibu
Kamu! Kamu! Wahai bangsaku
Dengan jiwa- bukan jasadmu
Engkau sempurna menjadi manusia
Perkenalkan dirimu untukmu sendiri
Bercermin sejarah tua zaman bahari
Insan sering hidup selepas mati
Memberi nafas untuk yang bernyawa
[Pada jejaka pertiwi]
Untuk apa kamu diutamakan??
Rapuh dan calar dek sitiwasi
Pesta demi pesta – milikmu ratah derjana
Gempurkan dirimu sebelum kami bertempur
Semangat waja pasti luhur mengawan
[Pada Tuhan, pada Nabi dan untuk semua]
Seluruh jasad semisal bumi yang datang
Tekur dan hadaplah ke bumi Tuhan
Jangan! Jangan! Dan jangan engkau angkat dagumu
Hingga terhiris setiap juring hati manusia
Rentanglah belakangmu persis jambatan
Semoga dititi oleh makhluk ini
Nun!
Dasar kita kian calar
Pejuang mesti bersuara bagai di gurun silam
Kedatangannya berkelana akan pergi bagai si dagang terhalau
Di usir dengan sengkeata seranah nista
[Gempur dan tahan]
Darah kita darah Hang Jebat
Jika setitik luruh ke bumi
Ini bukti cucu Hang Jebat sejati,
0 comments:
Post a Comment