PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S.

>> Tuesday, October 15, 2013



SETANGGI KOTA BHARU XXI

Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar akhir tahun 1960an- awal tahun1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi Setanggi KOTA BHARU XXI ini,  kita siarkan sebuah puisi karya VANKER, alihbahasa bebas oleh RAZIN. M.S. Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.

klik: ke XX


















PENGORBANAN NABI IBRAHIM AS.


Nabi Ibrahim Alaihi Salam
Suatu malam melihat Malaikat dalam mimpi
“Siapakah anda?”, Tanya Nabi Irahim Ailihi Salam
“Akulah Jibril”, jawab Malaikat.

“Oh Ibrahim! Berbahagialah engkau
Ini ada tugas untuk anda laksanakan
Tuhan Yang Maha Besar telah memerintah
Satu pengorbanan engkau sediakan”.

“Dari engkau Tuhan tidak menghendaki unta-unta
Tapi suatu yang engkau kasihi dan sayangi,
Ia Allah, Tuhan Yang Maha Besar
Menghendaki pergorbanan anak engkau”.

Jawab Ibrahim, “Oh Tuhan- aku bermohon
Segala perintah-Mu akan kupatuhi
Kekayaanku, kehidupanku, keturunanku
Aku kukorbankan semuanya untuk Engkau”

Ibrahim tersedar dan memanggil anaknya
“Oh Ismail anakku yang dikasihi, junjunganku
Tuhan telah memerintah, aku telah bersumpah
Engaku berkorban untuknya timanganku”.

“Dengan nama Allah, Tuhan Yang Pengasih
Akan kuserahkan jiwaku dan patuh
Kepada Tuhan, ayahku”.
“Allahhu Akbar”, seru ayahnya.

Kepada Siti Hajar mereka sampaikan perkhabaran
Ibrahim berkata, “Dek apa pandanganmu?”.
“Oh Tuhan”, balasnya “aku berserah
Bagaimanakah perintah-Nya nak aku ingkari?”.

Tapi syaitan datang untuk menggoda
Siti Hajar yang patuh kepada tipuan
“Suamimu, dia telah sesat
Jangan biarkan dia membunuh anakmu begitu”.

Hajar menjawab, “Oh syaitan” dengan meluap-luap
“Semata-mata kepada Allah aku berserah
Apa sahaja yang dikehendaki Allah
Akan kupatuhi segala perintah-perintah-Nya”.

Kemudian syaitan datang menemui Ibrahim
Berakata bagaimana dia boleh percayakan hanya mimpi
Tapi Ibrahim tidak bersetuju
Dengan syaitan dan keterangan-keterangan yang dikatakannya itu.

Ujian dan percubaan telah bermula
Untuk Nabi Ibrahim dan anaknya
Apa yang dilakukannya dalam keikhlasan,
Tidak akan berulang lagi dalam sejarah.

Tidak lama keduanya sampai di tempat persembahan
Walaupun syaitan mereka tidak gentar
Mereka berdoa, “Oh Tuhan yang penyayang
Tidak ada Tuhan selain dari Allah”.

Dengan berani dan menyerah
Tangan dan kakinya Ibrahim ikat
“Oh Allah, Tuhan Yang Maha Besar,
Terimalah dariku, anakku yang tunggal”.

“Kerana Allah, jalankanlah
Ayah, janganlah kasihan padaku
Jangan ragu; kenapa, di mana pisaumu?
Aku bersedia menyerahkan nyawaku”.

Sebelum memulakan pengorbanan,
Dia menutup mata Ismail dengan sekeping kain.
“Allahu Akbar”, serunya dua kali.
“Engkau Tuhan Yang Esa”, jawab anaknya.

Dengan mata ditakungi air dia memegang pisau
Untuk menyucikan anak kepada isterinya
Tiga kali dia cuba tapi gagal
Untuk berkorban seperti perintah Tuhn.

Sejenang mereka mendengar Malaikat berseru
“Tuhan Maha Besar, puji-pujian bagi Allah
Oh Ibrahim, dengan perintah Allah,
Bebaskan anakmu, itu hanya cubaan”.

“Sekarang Allah perintahkan kibas ini engkau sembelihkan
Lakukan aturan ini selama-lamanya, aku berdoa
Dia tidak mahu korban manusia
Akan datang seekor binatang sudah memadai”.

Perintah Allah keduanya patuhi
Dengan nama Allah mereka sembelihkan biri-biri,
Oh Ibrahim, engkaulah sahabat Tuhan
Kepada-Nya seluruh alam bergantung.

Nabi Muhammad melakukan hari itu
Dan mengorbankan haiwan pada hari itu
Oh Muslimin, andainya engkau berdaya
Berkorbanlah seekor untuk Tuhan-mu.

Biarlah ini menjadi pengajaran besar kepadamu
Mengatasi Ibrahim dengan jujur.
Adakah manusia dalam sejarah
Yang menyerahkan keturuannnya pada Allah?”.

Vanker.

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP