KEBEKUAN - PERSEMBAHAN - ADI KENCHANA - dalam SETANGGI KOTA BHARU XXIII
>> Monday, October 21, 2013
Dalam ruangan
ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan
dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XXIII kali ini, kita siarkan
sebuah puisi karya ADI KENCHANA berjodol
KEBEKUAN. Sambutlah salam hormat
takzim dari kami dan selamat membaca.
Siapa sebenarya
ADI KENCHANA?
KEBEKUAN
Anak watan pusaka watan
Kaku bersama kebekuan darah
Beku dari acuan sejarah
Kelu kerana kebisuan madah.
Anak watan pusaka watan
Sepi dalam serba kepunahan
Di bumi merkah penuh kesah.
Anak watan pusaka watan
Dahaga kasih keturunan moyang
Adi wangsa sanjungn zaman.
Sayang disayang –
Anak watan pusaka watan
Darah watan beku tanpa acuan.
ADI KENCHANA
0 comments:
Post a Comment