BILA KAHWIN KERANA KEBENDAAN

>> Wednesday, October 16, 2013















BILA KAHWIN KERANA KEBENDAAN


gambar sekadar hiasan
                             













PERKAHWINAN berlaku di sepanjang masa, setiap hari di negara kita. Dan sebaliknya perceraian juga berlaku sepanjang masa, dan setiap hari juga di negara kita dalam kadar yang amat membimbagkan.

Pada tahun 2011, dalam setiap 15 minit sekali, berlaku kemusnahan perkahwinan di kalangan umat Islam di negara Malaysia. Demikian mengikut JAKIM [ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]. Dan angka perceraian itu dikatakan kian meningkat setiap masa.

Sebahagian daripada kisah-kisah perceraian itu disiarkan oleh media-media masa, terutama yang melibat selebriti-selebriti, orang-orang kenamaan, atau kerana ada kes-kes yang melibatkan mahkamah, seperti berlaku kecurangan di kalangan pasangan suami isteri.

Kenapa perceraian begitu gampang berlaku dalam masyarakat Islam? Sudah tentu banyak faktornya. Salah satu faktornya, perkahwinan itu tidak diasaskan di atas tapaknya yang benar dan kukuh, iaitu agama atau tegasnya Islam.

Salah satu daripada asas yang rapuh itu ialah mendirikan perkahwinan di atas dasar kebendaan, antaranya harta benda atau rupa paras, yang selama-lamanya tidak dapat menjamin pembinaan sebuah rumahtangga yang berbahagia dan berkekalan.

Saringan daripada tulisan Dr, Ridha Maarof ini amatlah berguna untuk dikongsi bersama berhubung dengan akibat mendirikan perkahwinan berasaskan kebendaan yang akan menjadi tapak yang kukuh kepada neraka rumahtangga.

ANCAMAN RUMAHTANGGA

Akibat kahwin dan memilih jodoh kerana dipengaruhi oleh kebendaan, nampaknya kian meningkat, terutama di kota-kota besar, sehingga lelaki yang tidak teguh ekonominya, tidak banyak harta, tanpa motokar, rumah besar dan sebagainya, banyak mengalami kesulitan untuk berkahwin.

Sebabnya, banyak kaum wanita zaman sekarang sudah lupa pada agama dan Tuhan dalam soal pemilihan jodoh, dan tanpa disedari telah jatuh ke dalam perangkap kebendaan. Manusia dinilai dengan kebendaan, demikian juga jodohnya, tanpa mengira lelaki itu beragama atau tidak, tua atau muda, kambing jantan atau tidak, dan bagaimana peribadinya, tetapi semata-mata kerana hartanya.

Wanita seperti ini pasti tidak akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah akan melaknati perkahwinan yang demikian, kerana tidak bersesuaian dengan ketentuan agama dan Sunah Nabi. Kita dapat melihat akibat buruk perkahwinan yang semata-mata kerana mengejar harta dan pangkat, yang tidak sesuai dengan tuntunan agama.

Wanita-wanita yang hendak berkahwin dengan lelaki yang berharta semata-mata adalah wanita kebendaan. “Ada wang abang sayang, tiada wang abang melayang”. Itulah prinsip hidupnya.

Kerana kebendaan, keharmonian hidup akan hilang, perjalanan hukum, agama dan sosial akan lenyap kerananya.

Agama Islam ialah agama yang harmonis. Dalam perkahwinan pun agama Islam memberikan norma-norma untuk hidup secara manusia yang harmonis. Umpamanya, prinsip poligami, hanya terbuka kepada sebab-sebab yang penting. Misalnya kerana ingin mempunyai keturunan, ingin membantu janda-janda dan kerana akibat perang, atau bencana alam yang menyebabkan kelebihan bilangan wanita.

Allah mengutuk orang yang berkahwin semata-mata untuk memuaskan nafsu. Islam mengajar bahawa suami isteri hendaklah hidup rukun damai mengikut lunas-lunas agama sampai akhir hayatnya. Allah juga mengutuk orang-orang yang brkahwin samata-mata kerana lahiriah, seperti kerana harta, pangkat, keturunan dan kejelitaan, tetapi perkahwinan yang mendapat keredaan Allah adalah berdasarkan agama atau keruhanian. Islam menganjurkan supaya umatnya berkahwin dengan yang sekupu dalam pendidikan, harta, kecantikan dan juga umur yang harus sama, setaraf dan sesuai yang dapat menimbulkan keharmonian.

Tetapi perkahwinan sekarang tidak ada keharmonian kerana pengaruh kebendaan ini.  Kerana kebendaan, gadis-gadis cantik belasan tahun dijadikan isteri kedua, ketiga atau dijadikan gundik-gundik oleh kambing jantan tua yang bongkok dan hampir hendak mati,

Banyak gadis-gadis belasan tahun jadi umpam kebuasaan nafsu kambing-kambing jantan tua yang berharta. Dari luar wanita-wanita itu kelihatan mewah dan senang, tetapi batinnya selalu merasa kesepian dan mungkin main pintu belakang, kerana umur suami mereka yang sudah tua bongkok itu, maka tentu wanita-wanita muda itu cepat pula jadi janda muda, bila suaminya dalam jangka waktu pendek meniggal dunia.

Kemanahkah janda-janda itu hendak pergi? 

Kalau hendak terus menjanda muda, mereka sudah tentu masuk ke dunia pelacuran yang akan merosakkan moral bangsa. Lelaki yang baik pula tidak akan mengkahwininya, sebaliknya pula lelaki yang tidak berada, tentu tidak sanggup untuk berkahwin dengan mereka.

Kepada lelaki kebendaan itu pula, ada wang ada wanita atau wang adalah kuasa untuk mencari wanita. Dan wanita yang kebendaan pula, mempunyai prinsip, ada wang abang sayang, tak ada wang, abang melayang.


gambar sekadar hiasan


Kalau kedua-dua prisip ini bertemu dan terjadi perkahwinan, alamat perkahwinan itu tidak akan kekal, kerana tidak berdiri di atas asas perkahwinan yang kuat. Lelaki yang banyak wang, akan menggunakannya untuk mencari kepuasaan jantina pada wanita-wawnita lain dan biasanya bersikap habis manis sepah dibuang. Sedangkan wanita-wanitanya pula menggunakan kecantikannya itu untuk mencari kebendaan. Kalau kebendaannya masih belum memuaskan, maka dia akan menjual lagi dirinya kepada orang lain pula. Demikianlah seterusnya sehingga terjadi skandal seks yang meluas.

Jelaslah fahaman kebendaan tidak mendatangkan kebahagian hidup, sebaliknya dilaknat oleh Tuhan. Dan di akhirat kelak mereka akan menemui azab Tuhan yang maha dasyat.

Kita umat Islam, lelaki atau perempuan, hendaklah menjauhkan fahaman kebendaan ini dalam mencari jodoh, sebaliknya kita hendaklah kembali kepada ajaran Allah dan Rasul.

Ada sebuah Hadis bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada kecantikan dan harta benda kamu, tetapi Allah akan melihat kepada amal dan kesucian hatimu”.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP