MRSM Kota Putra Dengan Majlis Graduasi

>> Saturday, October 26, 2013



MRSM KOTA PUTRA DENGAN MAJLIS GRADUASI 2013

PADA hari Khamis 24 Oktober 2013  MRSM Kota Putra telah  mengadakan Majlis Graduasi ke-15 untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang disambut dengan penuh kemeriahan.

                            N.N.Syafiqah Zaini graduasi tingkatan 3  
Ia dimulai dengan nyanyian lagu NEGARAKU, nyanyian “Lagu Amanah Rakyat”, bacaan ayat suci al-Quran dan doa selamat.



                   N.N.Syafiqah Zaini bersama ayahandanya Safayi Fa

Ada dua acara graduasi pada hari itu, iaitu untuk tingkatan tiga dan untuk tingkatan lima.

Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan 11 telah menyampaikan sijil-sijil graduasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 5, sementara Muhammad Pehimi bin Yusof, YDP Muafakat MRSM Kota Putra telah menyampai sijil graduasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3.




Di majlis itu juga diadakan penymapaian Anugerah Khas Pelajar dan penyampaian Anugerah Al-Mutafauwwiq.

Walau bagaimanapun dalam kemeriahan menyambut majlis graduasi-graduasi ini hendakya janganlah kita leka membiarkan anak-anak kita dan juga diri kita sendiri lupa bahawa kita manusia ini pada suatu ketika nanti akan menghadapi  peperiksaan maha besar yang wajib kita lulus untuk menentukan taraf dan kedudukan kita yang sebenarnya di sisi Allah SWT. Itulah majlis graduasi terbesar, di Padang Mashyar yang menjadi kejaran setiap orang yang beriman semasa mereka hidup di dunia yang fana ini. Jika mereka gagal dalam pemeriksaan akhir tersebut, dengan markah merah bererti mereka akan menempuh nasib yang paling malang menjadi penghuni neraka yang tidak dapat dibayangkan penderitaannya.

Sentiasalah ingat kepada majlis graduasi yang maha besar dan maha penting yang wajib kita lalui sebagai  makhluk Allah  yang menuntut kita mencapai markah keputusan yang cemerlang- gemilang untuk meraih kebahagian  abadi. Setiap detik dalam hidup kita ini sarat dengan ujian yang diberi markah berkumpul yang adil untuk dikira di akhirat nanti, yang akan menentukan nasib kita bahagia atau celaka.

                                                                              

                                                                              

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP