KENAPA BEGITU [UNTUK AMNAH RAHMAN] dari M.Y.YUSOFF- dalam SETANI KOTA BHARU XVIII
>> Friday, October 4, 2013
SETANGGI KOTA BHARU XVIII
Klik ke-17
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam simpnan
kami. Kami
juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan
segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
[3 September
2013]
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XVIII kali ini kita siarkan sebuah puisi karya M.Y.YUSOFF, Brjodol KENAPA BEGITU [Untuk
Amnah Rahman]. Sambutlah salam
hormat takzim dari kami dan selamat
membaca.
KENAPA BEGITU?
[Untuk Amnah Rahman]
Wahai.....kenapa begitu wujudmu, niatmu,
Dunia hanya bukan sekangkang kera, sekepal tanah
Gerimis bukan selama,
Juga siang bukan selalu.
Kenapa begitu putusmu
Kan manusia semua begitu, bukan selalu
Gerimis seketika panceroba.......biasa!
Jangan dunia rasakankan tak sesuai meneruka1
Wahai.....pandanglah hari ini nana bahagia
Hari kelmarin hanya mimpi
Esoknya belum tentu
Hari ini milikmu, milik semua
Apalah dikenang nasibnya malang
Pandang ke depan, alam membentang
Di balik sana cahaya gemilang
Kan esoknya fajar menjelang
0 comments:
Post a Comment