M.ZAIN SALEH-ANGKLUNG- dalam SETANGGI KOTA BHARU XXV

>> Thursday, October 24, 2013



SETANGGI KOTA BHARU XXV
 
Dalam SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi Setanggi KOTA BHARU XXV ini,  kita siarkan sebuah puisi karya  M. ZAIN SALEH berjodol ANGKLONG. Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.




ANGKLUNG


Padaku

Kocakan angklung membawa seribu pengertian

Yang sukar diabadikan

Dalam tangan puteri-puteri cahaya bulan.


Kudengar nyanyian reriang di rimba

Ketika senja meutup kelirnya

Kukenang pada desa kelahiran

Kesepian membalut suasana

Kudengar suara ketuk bertalu-talu

Memanggil-manggil mengajak bersama

Berejuang kerana bangsa dan watan.

Kudengar seruling di kejauhan malam

Membawa lagu duka

Memasang dada

Pilu mendesak tasik hati,

Kukenang pada jiwa nan luka

Perit terasa mencalar sukma

Dengan kisah-kisah kepatahan.


Kudengar suara riang, riuh ketawa

Ria memanjat dada

Dalam pesta raya

Aku turut bersama.


Kudengar deruan angin

Menggetar daun-daun

Membawa bisikan alam yang agung.


Kudengar suara memanggil-manggil

Dari Tanah Seberang

Tanah abang sedarah daging

Mengajak bersatu dalam barisan besar

Persaudaran yang kekal abadi.


“Marilah sayang

Kita hidup dalam satu kesatuan agung”.


Pilu hatiku ketika tangan-tangan lembut melambai-lambai

Sayonara

Padaku angklung membawa seribu makna.


M. ZAIN SALEH

















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP