Kenapa Menangguh-nangguhkan Qada' Puasa?

>> Sunday, October 20, 2013




KENAPA MENANGGUH-NANGGUHKAN QADA’ PUASA??

Oleh:
Syeikh Akbar Almarhum Mahmmud Shaltut,
bekas Cancler Azhar Universiti dan seorang tokoh agama yang terkenal di abad 20.







Alihbahasa Oleh:
Dato’ Yusuf Zaky Yaacob [1970an]


Sebagaimana yang diketahui bahawa  qada’ puasa itu wajib di atas setiap orang yang luput berpuasa di bulan Ramadan samada semua atau setengah. Di sana ada orang-orang yang tidak dapat berpuasa kerana keuzuran kesihatan atau kerana sebab-sebab yang dibenar oleh syara’, iaitu seperti orang sakit, orang di dalam persafiran, perempuan yang berhaid dan nifas. Begitu juga di sana ada orang-orang yang tersalah buka puasa, iaitu seperti mereka berbuka sebelum jatuh matahari dengan sangakaan matahari telah  jatuh, atau mereka makan selepas fajar menyingsing dengan sangkaan fajar belum lagi menyingsing. Semua orang ini wajib mengqada’ puasa mereka secara sali.

Tapi banyak orang yang suka mencuaikan qada’ puasa yang terlupa. Kadang-kadang mereka memang ingat, tapi selalu menipu diri mereka dengan tangguh menangguh dari satu hari ke satu hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun sehingga dia mati menanggung hutang puasa yang wajib di atasnya.

Kewajipan seorang Muslim seharusnya sentiasa tidak melupakan hak-hak Tuhannya, tindakan menyegerakan qada’ puasa itu lebih baik dari melewat-kewatkannya, kerana seseorang yang benar-benar Mukmin itu tidak sugia melewat-lewatkan penunaian hak-hak Allah setelah hilang sebab-sebab keuzurannya kerana tidak ada seorang pun tahu bilakah dia akan mati?

Andai seseorang itu cuai dari mengqada’kan puasanya sehingga datang Ramadan yang lain, maka dia pasti tunaikan puasa Ramadan tahun itu, selepas itu barulah dia harus mengerjakan puasa qada’. Dan andainya seseorang itu terus sahaja menempoh sehingga dia mati tanpa berksempatan mengqadakan puasanya, maka dia adalah dianggap bertanggungjawab di hadapan Allah, juga dianggap tidak sempurna dan tidak sampai ke darjat orang-orang yang menunaikan puasa di sisi Allah.

Mengikut pendapat kebanyakan ulama’, puasa qada’ itu  tdak diwajibkan dilakukan berturut-turut, tapi disunatkan berbuat demikian. Suatu masa Rasulullah ditanya orang tentang mengqada’ puasa putus-putus, tidak berturut-turut. Lalu Rasulullah bersabda,  Hal itu terpulanglah kepada saudara. Andainya salah seorang dari saudara menanggung hutang lalu dibayarnya sedikit-sedikit, iaitu satu dua dirham bukankah itu bererti membayar hutang juga. Tuhan itu lebih wajar untuk memaaaf dan mengampunkan”.

Malam Al-Qadar



Sudah menjadi kebiasaan kepada umat Muslimin sejak prubakala lagi merayakan malam al-Qadar pada 27 Ramadan. Malam al-Qadar telah disebut dalam al-Quran dalam surah khusus dengan nama Surah al-Qadar. Begitu juga malam itu telah disebut dalam banyak Hadis-hadis yang mana Hadis-hadis itu telah memberi galakan agar malam itu dihidupkan dengan amal ibadat sambil menjanjikan balasan pahala dan keampunan. Maksud merayakan malam itu ialah pengabdian diri kepada Allah, berdoa dengan penuh kejujuran, pengenangan kepada Allah dan beribadat. Menurut ceirta Siti Aiyah, “Biasanya Rasulullah bila masuk sepuluhan yang akhir [dari bulan Ramadan], ia pun berjaga lalu menggerakkan sekalian ahlinya dan mengemaskan tali pinggang”. Maksud “mengemaskan tali pinggang itu”, membayangkan kesungguhannya beriabdat”.

Ulama telah berselisih pendapat tentang erti malam al-Qadar, tentang hakikatnya dan tentang waktunya serta apa yang berlaku padanya. Perselisihan ini telah melahirkan empat puluh tujuh pendapat. Tidak payahlah kita membuang waktu untuk menjelaskan pendapat-pendapat itu. Pendapat yang gemar saya kemukakan kepada saudara kaum Muslimin ialah Malam al-Qadar itu ialah malam permulaan diturun al-Quran sebagaimana telah diterangkan oleh Surah al-Qadar. “Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran di Malam a-Qadar”.[Surah al-Qadar ayat 1].iaitu ketika turunnya “Iqraq Bimirbikalazi Khalak ?”.

Malam itu satu malam di bulan Ramadan yang dditurunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia. “Bulan Ramadan adalah [bulan] yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza  [antara yang benar dan yang batil”. Ayat 185 Surah al-Baqarah]. Dan malam itu telah disifatkan pula sebagai satu malam yang penuh keberkatan sebagai tersebut di awal Surah al-Dukhan, “Ha Mim demi kitab yang nyata, seungguhnya Kami telah turunkannya di suatu malam yang penuh
 berkah ?”

Jadi nyatalah bahawa malam al-Qadar itu adalah satu malam yang bersejarah, malam kita mengenangkan nikmat Allah kepada manusia yang telah mengurniakan kitab suci al-Quran. Erti al-Qadar ialah “Keagungan dan Kebesaran”. Malam itu telah disifatkan sebagai malam agung dengan sebab turunnya al-Quran yang memberi petunjuk kepada yang sesat dan memberi pengajaran kepada jahil, memberi undang-undang yang mengatur urusan hidup manusia, seperti merintis jalan kemuliaan dan membebaskan mereka dari segala belenggu. Malam yang seperti ini sudah selayaknya diagung-agungkan dan dihidupkan dengan amal iabdat, dan dicurahkan dengan kesyukuran terhadap Allah. Allah telah menggambarkan kebesaran Ramadan itu dengan tanda-tanda tanya dengan mengulangi kalimah “al-Qadar” sebanyak tiga kali dalam ayat itu, “Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran di Malam al-Qadar. Apakh engkau tahu malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”.

Dalam ayat itu bukan sahaja Allah agung-agungkan malam al-Qadar sekadar itu sahaja, malah terus menceritakan satu berita ghaib iaitu pada malam itu turunnya para Malaikat dan Jibril sebagai merayakan bahawa matahari hidayah tidak lama lagi akan terserlah dan bahawa kebajikan dan kebaikan akan meliputi seluruh alam. Dan bahawa Muhammad telah menghulurkan undang-undang Allah kepada seluruh umat manusia untuk mengeluarkan mereka dalam kelam gelita kepada cahaya benderang, untuk menggembalikan mereka kepada asal kejadian mereka yang baik dan untuk membimbingi mereka ke jalan Allah yang lurus. Itulah Malam al-Qadar dan inilah cara menghidupkan malam itu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP