Sekali Lagi Bertemu- WADI S.A. dengan WARKAH DARI ANAK- dalam - SETANGGI KOTA BHARU XX

>> Thursday, October 10, 2013








SETANGGI KOTA BHARU XX







Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.



Sepanjang tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.

 

Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.



Dalam penyiaran puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.



Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan  tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.



Salah satu tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang  dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.



Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.



Selamat membaca.



Mohd Zain Saleh



Selasa 27 Syawal 1434

[3 September 2013]



Mengisi Setanggi KOTA BHARU XX ini, sekali lagi kita siarkan sebuah puisi karya  WADI LETA S.A. berjodol WARKAH DARI ANAK  Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.



Klik ke: IXX
 


















 

 WARKAH DARI ANAK




Bapa-bapaku


Berkali-kali kau ukir janji



Untuk memayung nasib peribumi



Tapi.........



Kesemuanya hanya



Jadi debu impian belaka.



Di langit



“Bulan bintangm” mu menyerlah,



Di laut



“Kapal layar”mu meneruka



Tapi di bumi



Anak-anakmu hatinya berdarah!



Bahana apakah ini duhai bapa?




WADI LETA S.A



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP