MENGHAYATI AIDILADHA
>> Friday, October 18, 2013
SELEPAS solat Jumaat, para jemaah terus mengkemundangkan takbir hari raya Aidiladha dengan dipimpin oleh imam masjid yang mengimamkan solat Jummaat. Suara takbir itu bergema, menggetar dada, mencucuk rasa, dan terus terbang membelah angkasa menembus awan dan langit yang tidak bertepi.
Hari ini adalah
hari keempat Aaidiladha, Jumaat 13 Zulhijah 1434, Hari ini masih boleh berkorban.
Menyembelih unta, lembu atau kambing dan sebagai untuk ibadat korban yang
digalakan ke atas seluruh umat Islam yang mempunyai kemampuan.
Walaupun
Aidiladha seperti lumrahnya akan berlalu setelah berlalunya hari-hari
berikutnya hinggalah Aidiladha tahun hadapan sekali lagi menjelang untuk
dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan warna
kulit, asalkan mereka beragama Islam.
Para pendakwah
di mana-mana sahaja sering mengingatkan bahawa yang penting daripada ibadat
korban itu bukanlah semata-mata lembunya atau darah yang memancut keluar ketika
lembu itu disembelih di hari raya korban. Tapi yang pentingnya ketakwaan kita
yang berkorban itu, dan ketakwaan itu yang menjadi pokok utama untuk Allah dalam menilai ibadat korban kita itu.
Kerelaan
berkorban itu, akan benar-benar memberi makna andainya jika dengan tulus ikhlas
pula kita berjuang dan berkorban untuk menegakkan agama Islam. Berjuang kerana Allah,
menyebar dan menegakkan syiar Islam yang telah diperjuangkan olah Rasulullah
SAW.
Tapi malangnya,
kata Dr. Mujahid Yusuf, walaupun pengorbanan itu merupakan tanda kemuncak
kepada seseorang Mukmin, tapi kita masih mementingkan perkara lain daripada
kasih kepada Allah. Kita lebih mengutamakan sayang kepada keluarga, isteri dan
anak, harta, pangkat dan kedudukan daripada kasih kepada Allah dan berjihad
kerana-Nya.
“Hari ini kita
berlumba-lumba berapa banyak kita berkorban, tapi kita tidak berlumba untuk korbankan
masa, pemikiran dan wang ringgit kepada perjuangan Islam”.
Justeru itu
janganlah kita jadikan ibadat korban itu sebagai satu aliran atau budaya setiap
tahun bila tiba musim hari raya Aidiladha di mana kita berebut-rebut untuk
berkorban tanpa sedikit pun menghayati dengan sesunggunya apa yang dikehendaki
oleh Islam dalam ibadat korban itu, iaitu perjuangan demi kerana Islam, demi
kerana Allah.
Allahu Akbar
FOTO-FOTO SEPUTAR AIDILADHA
1
2
3
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Allahu Akbar
FOTO-FOTO SEPUTAR AIDILADHA
1
2
3
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
0 comments:
Post a Comment