PILIHAN RAYA - dalam - SETANGGI KOTA BHARU XVI
>> Monday, September 30, 2013
klik ke-15
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
[3 September
2013]
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XVI kali ini kita siarkan sebuah puisi karya nama samaran COWBOY BERKEMPEN, BACHOK berjodol
PILIHANRAYA. Jika penulisnya membaca puisi beliau ini diharap beliau dapat meghubungi
kami dan menyatakan namanya yang sebenar. Sambutlah salam hormat takzim dari kami dan selamat membaca.
PILIHAN RAYA
April, Mei, pilihan raya umum
Kempen di sana sini manusia jadi bingong
Dusta, bohong, tolak kebenaran – asal menang!
Itulah demokrasi fesyen zaman moden.
Tidur malam kurang
Rumahtangga sendiri ditolak ke
belakang
Perasaan tegang bimbang – fikiran tak senang
Masuk kampung jumpa penghulu dan Tok Imam
Cari jalan kata huduh pada pehak lawan.
Orang kerajaan geleggak perasaan
Pantang dia masuk bahagian
Pilihan raya menjelang – dia dapat wang
Kerana dia hamba kerajaan.
Negeri Kelantan duniaku
Di sini dua gergasi
Bulan bintang dan kapal layar
Kita bukan, bagai sangka orang luar, binatang liar.
Politik soal gaduh dan bermusuhan
Berlainan faham – saudara mara pun bercabar-cabaran
Walaupun demikian
Dia soal berjuang – menghidupkan perasaan
Menarik perhatian
Matalamat mencapai pemerintahan.
0 comments:
Post a Comment