SETANGGI KOTA BHARU V- WARKAH KEPADA MENTERI- ABDULLAH TAHIR
>> Monday, September 9, 2013
Dalam ruangan
ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan
dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KOTA BHARU.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama kami mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang ditelan masa dan untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27 Syawal
1434
-3 September
2013.
Untuk Setanggi Kota Bharu lima kali ini kita siarkan puisi ABDULLAH TAHIR, berjodol WARKAH UNTUK MENTERI
Kami laung dan
sebut namamu
Ketahuilah
Kami hidup atas
tegak anak umat
Paling celaka
Bila
Kami ini
anjing-anjing
Yang dijamu
makan
Tapi tersepit
mulut.
Bapak
Atas reruntuhan
ini
Kami perlu bakti
Bahawa dengan
bapak
Kami ‘tidak
sudi
Sekali berperi
Hidup begini
Hidup anak
marhain
Apalah padahnya
Berjangkit dari
dahan ke dahan
Bagai tiada
tapak tumpanagan.
Lihat,
Itu anak-anak
peribumi-anak-anak kami
Itu pusaka
bersama
Kapankah tubuh
yang telanjang
Bisu
dibungkusi.
Bapak kaulah
datang
Aku dengar
cerita peri dari kader-kader yang jalang
Mereka memuji
Bagai bapak
para wali
Bapak bapak
para nabi. Ah, bapak sejujur itu
Bapak, kiranya
kau para dewa
Bacalah dengan
hati dan budi.
Kapankah bisa kami
lari
Dari
daerah-daerah lapar
Yang mengcekek
ini
Kami ijak, atas
reruntuhan bara berdarah trajidi
Bapak,
ini kertas
merah
dicalit
berkurun wajah
atas hidup pada
merintih
kami benci
melihat langit
runtuh
kerana kita
yang tunduk
dan kala itu
ke mana kita nak lari
ke gunung. Apa
lagi?
ABDULLAH TAHIR
[Abdullah Tahir
dilahirkan di Kubang Kerian, Kota Bharu pada 19 Mac 1945. Kembali ke
rahmatullah pada 5 Julai 1997. Seorang cerpenis, dan panyair. Pernah menjadi
tutor dan pensyarah di Universiti Malaya. Prof, Madya dan
Ketua di Jabatan Penulisan Kreatif dan Deskreatif Universiti Malaya].
Ketua di Jabatan Penulisan Kreatif dan Deskreatif Universiti Malaya].
2 comments:
Semoga Allah SWT menempatkan rohnya di sisi roh orang-orang beriman.
Jazakumullahukhair atas coretan ini, saya Diny anak kpd Allahyarham Abdullah Tahir
Post a Comment