Dr. Madya Dr Mohammad Kamil Ab. Majid Dalam Imbasan Kenangan

>> Sunday, September 29, 2013





PROF MADYA DR MOHAMAD KAMIL AB. MAJID DALAM IMBASAN KENANGAN

Klik ke Setanggi Xii

Orang-orang yang berada di bumi Kelantan di sekitar peghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an tentu sukar untuk melupakan kehadiran MINGGUAN KOTA BHARU dalam kehidupan mereka. Sebuah akhbar mingguan  yang menjadi sebutan pada tahun-tahun tersebut kerana keberaniyan dan ketelusan menyampaikan maklumat.

MINGGUAN KOTA BHARU diterbitkan semingu sekali, setiap hari Sabtu diterbitkan atas nama Mohd Zain bin Saleh bagi pehak Perko Mingguan Kota Bharu dan dicetak oleh Perchetakan Pustaka Dian. Mingguan Kota Bharu juga turut menjalankan berbagai-bagai aktiviti sastera, budaya dan agama yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, terutama golongan-golongan muda, khsusnya para pelajar.

Aantara program yang sering kami adakan ialah majlis membaca puisi, sayambara puisi, majlis diskusi, dialog agama dan sebagainya. Dan yang penting MINGGUAN KOTA BHARU menjadi wadah tempat menyampaikan berbagai-bagai pendapat dan hasrat masyarakat  dan menjadi medan kepada para penulis, khsusnya penulis-penulis muda untuk berkarya.

Oleh itu meja MINGGUAN KOTA BHARU sentiasa dikunjungi oleh ramai peminat, termasuklah para penulis yang datang untuk menyampai hasil-hasil karya mereka ataupun untuk menyertai acara-acara yang kami adakan dari masa ke masa itu. Termasuklah dari kalangan itu mahasiswa-mahasiswa, kaum-kaum intelek, dan sebagainya.

Salah seorang daripada mereka yang masih saya ingat  yang ikut melibatkan diri dalam aktiviti kami ialah Mohamad Kamil Ab. Majid, waktu itu mahasiswa Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan. Beliau memberi sumbangan-sumbangan puisi dan juga ikut serta dalam program sastera yang kami adakan.

Beliau pernah ikut serta sebagai seorang deklamator sajak yang kami anjurkan. Sayambara itu kami adakan di Padang Mereka [Padang Bank] yang tereletak di pusat bandar Kota Bharu dan mendapat sambutan yang amat membanggakan.

Mohd Kamil Abd. Majid turut mendapat hadiah yang disampaikan pada malam itu oleh Datin Kaya Muda sebagai terpampar dalam gambar di atas. Selain dari beliau ramai lagi mahasiswa Yayaan Islam Nilam Puri yang menjadi “sahabat” kami, antaranya yang saya ingat ialah Wan Muhammad Wan Yunus, Allahyarham Mohd Sahir Hj. Abdullah dan lain-lain kalangan seperti Zahari Awang, Abdullah Tahir, Wadi Leta S. A, Norhisham Mustafa dan lain-lain.

Bila MINGGUAN KOTA BHARU ditutup secara mendadak, tidak ada lagi para pnulis muda, dan para peminat yang bertandang ke pejabat kami seperti biasa semasa hayat MINGGUAN KOTA BHARU. Dan sejak itulah saya terputus hubungan dengan Mohd Kami Abd. Majid dan lain-lainnya.

Untuk memanjangkan imbansan kenangan ini saya melakukan sedikit pencarian fakta tentang beliau, dan pencarian itu saya memperolehi faktor-faktor yang berikut.

Pada peringkat awalnya beliau bekas pelajar Maahad Muhammadi [1967], dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri dan setelah memperolehi MA dalam [Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang] di Yayasan Pengajian Tinggi [YPTK] 1970, beliau  melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar Mesir dan pulang ke tanah air dengan membawa gelaran BA [Sarjana Muda Syriah] 1975.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperolehi gelaran MA, dalam bidang Falsafah dan Teology Jabatan Pengajian Islam UM dan Pemikiran Islam [kerohanian], 1985.
Beliau adalah seorang ilmuan yang terkenal dan pakar dalam bidang akidah, tassauf dan pemikiran Islam.

Beliau adalah Research Fellow di Departmen of Akidah and Islamic Thought dan Academy of Islamic Studies.

Menjejaki secebis lagi daripada kisah hidupnya, Mohamad Kamil dilahirkan pada pada 10 Januari 1950 di Kampung Kayu Rindang, Melor dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan

Di bidang akademik beliau ialah seorang Pensyarah di Akademik Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan beliau pernah memegang berbagai-bagai jawatan penting, antaranya Timbalan Dekan Usuluddin, Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar di Akademik Pengajian Islam.

Beliau adalah seorang anggota Majlis Ulamak Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan[MAIK], dan ahli Majlis Syura MAIK 1990-1999, Ahli panel Kajian Akidah JAKIM, dan juga terlibat dalam peristilahan agama, Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
Beliau juga memain peranan yang penting dalam membentang berbagai-bagai kertas kerja di dalam negara dan juga di peringakt antara bangsa.

Dalam bidang penulisan beliau memberi sumbangan untuk jurnal dalam negara dan peringkat antara bangsa.

Dan beliau juga telah menghasilkan sekumpulan buku-buku ilmiah.

Beliau gemar menuntun filem, dan antara filem yang menjadi favorit beliau ialah Kingdom of Heaven, The Messenger dan Kiamat Sudah Dekat. Sementara di bidang seni suara pula beliau meminati lagu-lagu Arab klasik  dan lagu-lagu Melayu klasik. Sementara buku-buku pula beliau gemar membaca buku-buku karya Al-Qaradawi dan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali.

Demikianlah secebis imbasan kenangan saya terhadap Dr. Mohammad Kamil Abd. Majid yang begitu besar jasanya dan diharap dapat dikongsi bersama oleh rakan-rakan saya di alam maya yang luas ini.

Sambutlah salam hormat dan takzim dari saya kepada beliau dan seluruh peminat yang berada di mana-mana sahaja di maya pada  yang luas ini.








2 comments:

afafhakimah November 20, 2014 at 8:38 PM  

boleh saya tahu en zain salleh tu ada di mana yea sekarang ?

Pondok Rahmat December 7, 2014 at 7:17 AM  

Harap maaf lambat jawab.Saya tinggal di Kota Bharu, Kelantan

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP