SETANGGI KOTA BHARU VI- DI PINGGIRAN- AMNAH HAJI ABD. RAHMAN
>> Tuesday, September 10, 2013
SETANGGI KOTA BHARU VI
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KOTA BHARU.
Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu tujuan utama kami mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang ditelan masa dan untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27 Syawal
1434
-3 September
2013.
Dalam Setanggi
Kota Bharu VI kali kita siarkan sebuah sajak AMINAH HAJI ABD. RAHMAN, berjodol
DI PINGGIRAN.
DI PINGGIRAN
Merenung jauh
bukit menghijau
Di kaki
terhampar pasir memutih
Di sanalah
tempat bermastautinnya aku
Buat kusenang
aman selalu.
Di sinilah
senang bagiku berihat
Tiada gangguan
juga haruan
Pandng
memandang jauh sekali
Terasa rihat
untuk berfikir.
Berapa lama
tidak kepuasaan
Jauh sekali
terkenang ke kampung
Agak di sini
untung diriku
Dapat mengubah
corak dan ragam.
Berkeliaran
kawan mendekati
Gembira tambah
di dalam hati
Dilamun duka
haram sekali
Pinggiran sini
menyenang hatiku.
AMNAH HAJI ABD. RAHMAN
0 comments:
Post a Comment