[DATO'] MOHD SHAHIR ABDULLAH- dengan- KEPERIBADIAN - dalam SETANGGI KOTA BHARU IX
>> Wednesday, September 18, 2013
SETANGGI KOTA BHARU IX
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU IX kali ini kita siarkan sebuah puisi karya [DATO’] MOHD SHAHIR ABDULLAH
yang bejodol KEPERIBADIAN. Salam hormat dari saya dan selamat membaca.
KEPERIBADIAN
[Buat
Bapak-bapak Di puncak]
Meledak lagi
Gunung keangkuhan
di dada-dada petualang
Nenyimbah lahar memuntah merah
Pada dada peribumi cintakan kedamaian
Dari apa yang dicetuskan dari apa pun
Ternyata sudah betapa buruk busuk
Manusia petualang jahanam
Tegap dirimu bapak-bapak.......tegapkan
Selangkah kau mengalah
Matilah musnahlah
Kau harus ngerti dan berbicara sama sendiri
Dosa apa ini dosa siapa ini
Hidup anak-anak peribumi – anak-anak peribumi
Terhimpit terseksa dilanda segala
Bangsa kita punya maruah punya keperibadian sendiri
Dengan darah merah dan daging-daging tersayat lagi
Tok Janggut Dol Said Bahaman dan lain-lain
Tersalib di muka musuh
Dalam menegapkan keperibadian sendiri
Ngapa kau masih ragu-ragu........ngapa
Bumi ini kepunyaan kita dan kita akan warisinya lagi
Kau dalam kebenaran dalam menegapkan kesucian
Jangan takaut-takut lagi......jangan
Di di sini anak-anak masih setia
Anak-anak yang cintakan damai dan rindukan haknya.
MOHD SHAHIR ABDULLAH
[Allahyarham
[Dato’] Mohd Shahir Abdullah. Bekas Ketua Pengarah JAKIM [Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan], Jabatan Perdana Menteri. Yang Di Pertua PKPU [Persatuan
Kakitangan Perkhidmatan Agama Jabatan Perdana Menteri]. Sebagai kenangan kepada
jasa-jasanya di JAKIM, sebuah dewan persidangan telah didirikan di perkarangan
Institut Latihan Islam Malaysia dan dinamakan Dewan Dato’ Mohd Shahir Abdullah.
Semasa hayatnya sebagai mahasiwa beliau pernah berkunjung ke pejabat MINGGUAN
KOTA BHARU yang terletak di Kota Bharu. Sekalung Fatihah untuk beliau].
0 comments:
Post a Comment