ABDULLAH ZAWAWI - dengan - SEBUAH LAGU - dalam - SETANGGI KOTA BHARU XIII
>> Thursday, September 26, 2013
SETANGGI KOTABHARU XIII
klik ke XII
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam simpnan
kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau
yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui
dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
[3 September
2013]
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XIII kali ini kita siarkan sebuah lagi puisi karya ABDULLAH ZAWAWI yang bejodol SEBUAH LAGU. Sambutlah salam hormat takzim
dari saya dan selamat membaca.
SEBUAH LAGU
[Untuk Mahasiswa Yang Sedang Bercuti]
Kepada para intelek
Kau dengarlah sebuah nyanyian dari sebuah lagu
Nyanyain derita anak marhain di daerah ini
Untuk simpatimu
Dengarlah ini lagu dari daerah dalam
Yang kau bisa bersuara lantang
Di perhimpunan.
Kau tahu juga
Sungai sudah lama mengalir lesu
Dan pergantung hidup hanya
Pada apa sesuap nasih putih
Warisan dari datokmu yang lalu
Dengan peninggalan sawah padi yang masih gersang
Gersang kerana hujan sudah lama tidak datang.
Rasanya kau sudah mengerti
Hakikat diri kami
Di daerah pendalaman yang tiada pembaharuan.
Hanya itu pinta kami dengan lagu ini
Sebuah harapan dalam lagu sedih
Untuk menempa hidup baharu mengembang waris
Kesukaan Nabi.
ABDULLAH ZAWAWI, KOTA BHARU.
0 comments:
Post a Comment