SETANGGI KOTA BHARU IV- PERKENALAN- NORHISHAM MUSTAFA

>> Friday, September 6, 2013


SETANGGI KOTA BHARU IV

Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
 
Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KOTA BHARU.

Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan  tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.

Salah satu tujuan utama kami mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang  ditelan masa dan untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Selamat membaca.

Mohd Zain Saleh

Selasa 27 Syawal 1434
-3 September 2013.

Dalam Setanggi Kota Bharu IV ini, kita siarkan puisi oleh penyair NORHISHAM MUSTAFA yang berjodol PERKENALAN sebagaimana berikut:


PERKENALAN

[Buat Wadi Leta S.A
Pada pertemuan pertama]

Hari itu kau kucari
Dan antara kita telah bersua
Hati jantung kita telah berbicara.

Pun dari keluhan jiwamu
Telah ngerti aku pendirianmu
Di mata letak tonggak hatimu
Dan aku hanya angguk kepala.

Segala apa yang pernah terpamer
Kita abdikan dalam dada kerdil
Namun hatiku dan hatimu sekata
Kita marhin, tapi jiwa kita perwira.

Cukup sudah madahku sekadar rasa
Nanti esok kita berganding di istana bahagia].



NORHISHAM MUSTAFAR




























0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP