MANA TABUNG EKONOMI RAKYAT SALOR?
>> Sunday, September 22, 2013
MANA TABUNG EKONOMI RAKYAT SALOR?
Kira-kira lapan
tahun yang lalu, satu peristiwa penting telah berlaku di Salor, yang terletak
dalam Jajahan Kota bharu Kelantan. Kerana pada 17hb. September 1995 [21
Rabiulakhir 1416] telah dilancarkan Tabung Ekonomi Rakyat Salor, bertempat di
Dewan Beta Salor. Tuan rumah kepada majlis tersebut ialah YB Tuan Haji Ahmad
Rusli bin Ibrahim, ADUN Salor pada waktu itu.
Turut berangkat
hadir di majlis yang bersejarah itu ialah DYMM Tengku Anis Binti Abdul Hamid,
Raja Perempuan Kelantan, dan YTM Tengku Muahmmad Faris Petra, Tengku Mahkota
Kelantan [sekarang Sultan Kelantan].
Sebagai warga
Salor yang dilahirkan di Salor, dibesarkan di Salor dan belajar di SeKolah
Salor, saya merasa bersyukur dengan penubuhan Tabung Ekonomi Rakyat Salor itu
dengan harapan ianya akan memberi sumbangan besar khususnya kepada rakyat
Salor, terutama di bidang pembelajaran dan pendidikan.
Tapi yang
menjadi tandatanya adakah sejak ditubuhkan itu, Tabung itu hidup dan bergerak
membantu masyrakat? Dan adakah ia masih lagi relevan sampai ke hari ini? Kalau
ada di manakah dan kepada siApakah, rakyat Salor dapat menghubunginya?
Pada hari
perasmian penubuhan Tabung itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik
Mat telah menyampaikan ucapan yang amat berisi untuk menjadi titik-titik
pemikiran kita semua. Dalam ucapanya itu, beliau antara lain menyuarakan:
Dato' Husam Musa
“KEBANYAKAN ketua-ketua negara atau pemimpin-pemimpin kerajaan sangat mengambil berat terhadap soal ekonomi dan pelajaran rakyat mulai dari masalah buta huruf dan seterusnya. Kerajaan Malaysia sejak dari dahulu hingga sekarang sangat bersungguh-sungguh berusaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan juga masalah pelajaran. Dipandang dari segi membasmi buta huruf melalui pelbagai cara dan program. Alhamdulillah, nampaknya usaha teresebut telah berjaya, Di waktu ini kita dapati masalah buta huruf di kalangan rakyat telah berkurangan dengan banyak sekali. Angka telah menujukkan rakyat negara ini hanya tinggal lebih kurang 10 peratus sahaja yang masih buta huruf, Itupun adalah terdiri dari generasi-generasi awal yang sudah terlewat untuk dipulihkan.
Walaupun
demikian, ia tidak bermakna bahawa negara telah selesai daripada penyakit yang
merosak dan merugikan manusia, kerana kita masih lagi dapati secara meluas
dalam masyarakat, manusia yang masih melupai tugas dan tanggungjawab mereka
sebagai hamba kepada Allah SWT. yang dikira sebagai penyakit utama melanda
manusia. Ini bermakna usaha untuk membasmikan gejala kemiskinan dan buta huruf
dalam masyarakat kita masih bertolak dari paksi yang tidak berasaskan ajaran
Islam. Kerana persoalan ekonomi dan ilmu dalam Islam bukan sahaja menjadi
selesai bagi seseorang itu tidak miskin atau tidak buta huruf sahaja.
Persoalan
membaiki ekonomi dan memberi pelajaran yang bermula dengan membasmi buta huruf
dan berakhir dengan kelahiran ramai jutawan dan para saintis dan ilmuan adalah
persoalan menuntut ilmu dan mencari harta dalam kerangka pemikiran orang-orang Barat dan
Eropah. Bagi mereka apabila seseorang
itu telah berjaya menjadi para saintis maka selesai dan tercapailah matlamat
mereka walaupun manusia yang bergelar saintis tersebut tidak banyal perbezaan
dari segi moral dan akhlaknya dengan manusia yang buta huruf atau pun dengan
lain makhluk yang ada di dunia ini.
Sebaliknya bagi
Islam lain pula kerangka dan neraca perkiraan mengenai harta, ilmu dan
pelajaran ini. Nilai dan peranan mencari harta dan menuntut ilmu bagi seseorang
pada pandangan Islam ialah sejauh mana ia dapat membebaskan diri mereka dengan
ilmu yang ada pada mereka itu dari kesesatan.
Islam tidak
berbangga dengan kelahiran ramainya jutawan, ilmuan, jurutera, ahli
perekacipta, ahli politik dan pentadbir yang bijak, tapi kosong dari hidayah
dan keimanan terhadap Allah. Sebaliknya Islam berbangga dengan orang-orang yang
hartanya, ilmunya mencetuskannya kepada beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Harta dan ilmu yang sebenar pada pandangan Islam ialah harta dan ilmu yang
boleh membebaskan diri manusia itu dari kesesatan. Dan tanda bahawa manusia itu
tidak sesat ialah manusia itu tidak syirik kepada Allah samada dari segi rububiah
dan uluhiah. Dari sudut uluhiah, pengakuan ketuhanan Allah tidak begitu sukar
dan tidak memerlukan perjuangan serta pengurbanan yang besar. Ia hanya sekadar
mengaku dengan lidah bahawa pencipta langit dan bumi itu adalah Allah.
Pengakuan seperti ini sangat mudah dibuat oleh sesiapa pun termasuk orang yang
kufur kepada Allah.
Tapi yang
banyak orang kufur kepada Allah ialah dari segi rububiahnya, iaitu dari segi
ibadah dan kepatuhannya. Kepada siapa manusia hendak berabdi dan kepada
peraturan mana mnausia hendak patuh, samada peraturan Allah atau peraturan ciptaan manusia. Persoalan
inilah yang selalu menimbulkan masalah dan isu di dunia ini.
Masyrakat
Eropah yang terkenal dengan kemajuan ekonomi dan pelajaran di segi ilmu sains
dan tekonologi yang menjadi kebanggaan dan model kepada sebahagian besar
negara-negara di dunia ini. Termasuklah sebahagian dari kalangan kita, tidak pernah
bebas dari kesesatan dan kesyirikan, kerana mereka hanya berjaya dalam hal-hal
keduniaan samada dari segi politik dan ketenteraan. Tapi mereka masih ingkar
dan kufur kepada Allah. Mereka lawan Allah. Mereka lawan Nabi-nabi dan juga
golongan-golongan yang hendak mematuhi dan melaksanakan ajaran yang diperintah
oleh Allah dan Rasul iaitu Islam.
Kejayaan
mereka itu tidak boleh dijadikan asas bahawa mereka adalah benar, kerana
Maharaja Firaun suatu masa dahulu pernah berkuasa dan memerintah, saintis di zamannya
boleh membina piramid yang dikagumi hingga sekarang, Dalam masa yang sama
Firaun melawan Allah dan Nabi Musa. Lalu Allah menetapkan Firaun itu sesat dan
taghut, Jadi masyarakat Eropah sekarang tidak banyak bezanya dengan masyaralat
Firaun di zaman Nabi Musa as. Mereka menggunakan kuasa yang ada padanya untuk
menzalami orang lain. Rumahtangga dan masyarakat Eropah porakperanda. Akibatnya
pelbagai penyakit timbul seperti AIDS dan EBOLA.
Serupa juga
sebahagian dari masyarakat kita di negara ini. Mereka cerdik dan pandai, ada
sijil berkeping-keping. Mampu membina bangunan mencakar langit. Berupaya
mengerakkan pertubumbuhan ekonomi. Tapi masih tidak mampu mengeluarkan diri
mereka dari kepumpung kesesatan kerana masih ingkar kepada perintah Allah dan
peraturan-peratraun Allah sepenuhnya.
Satu perkara yang
kita rasa sedih dan kesal ialah mengenai orang ramai atau rakyat di
kampung-kampung yang masih keliru dengan mereka. Apabila kita kata orang Amerika
itu sesat, mereka setuju. Tapi bila kita kata terdapat pemimpin kita yang tidak
banyak bezanya dengan Amerika dan Serbia kerana sama-sama menolak Islam dan
menganiaya golongan yang hendak menegakkan Islam mereka tidak setuju. Itulah
yang memelekkan kita.
Lebih aneh lagi
golongan yang belajar agama kononnya seperti guru-guru agama, tok lebai,
ulamak-ulamak juga yang masih keliru dengan mereka. Walaupun mereka tahu bahawa
tindak-tanduk pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran Allah dan para Rasul.
Mereka itu sudah lupa bahawa pemimpin yang sebenar dan model terbaik kita ialah
Nabi dan Rasul. Kita sebenarnya faham kenapa golongan lebai dan ulamak ini
masih mempertahankan pemimpin-pemimpin seperti ini, Mereka hanya tumpang
semangkuk habuan kewangan dan kebendaan. Mereka sokong kerana mengamalkan
politik wang, Sedangkan politik wang adalah salah satu cara berpolitik
orang-orang zaman jahiliah. Jadi sebagai orang-orang yang sering mengaku
beragama dan maju takkanlah ingin kembali semula mengamalkan apa yang telah
diamalkan oleh masyarakat jahiliah.
Oleh sebab itulah kita di Kelantan sekarang ini menolak cara dan budaya tersebut. Kita ingin kembali kepada ajaran agama kita. Ini bukan bererti kita menolak pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Cuma kita tidak mahu wang dan ekonomi membawa kerosakan kepada kita. Sebagai contoh yang baru kita buat di MPKB, [ Majlis Perbandaran Kota Bharu] kita beri lesen kepada orang ramai berniaga, tapi bila tiba waktu Maghrib, kita suruh mereka tutup sekejap perniagaan mereka untuk sembahayang Maghrib. Dan tak lama lagi kita akan mengadakan di Kota Bharu expo siang dan malam, tapi bagi pertunjukan kebudayaan diputuskan kita hanya mengadakan pada waktu siang sahaja, dan tidak sekali-kali pada waktu malam seperti pada masa-masa yang lalu. Kesemuanya ini adalah untuk mempastikan kita bergerak di atas landasan yang benar dan bebas dari unsur-unsur yang dilarang oleh Allah, seperti lepak, kemunkaran-kemunkaran sosial yang melibatkan muda mudi dn sebagainya. Inilah hakikat dan nilai sebenar ilmu dan ekonomi seperti yang dituntut oleh Islam. Dan Kelantan di bawah pentabiran sekarang berjanji akan melaksanakan satu persatu ke arah menjadikan Islam sebagai ad-din.
Akhirnya saya
berharap anak-anak kita khasnya akan dapat manfaat dari Yayasan ini, mempunyai ilmu
di segenap bidang berasaskan takwa kepada Allah supaya terjamin keselamtan dunia
dan akhirat”.
Demikian ucapan
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz yang dihormati.
Dan pada
akhirnya kepada ADUN Salor sekarang, Dato’ Husam Musa kita ingin bertanya
adakah beliau menyedari dengan kewujudan Tabung tersebut, dan adakah beliau mengetahui
sejauh mana perjalanan dan perkembangan Tabung itu sekarang?
0 comments:
Post a Comment