SETANGGI KOTA BHARU-Dalam Lenggang Restu-Ramlah Ismail
>> Tuesday, September 3, 2013
SETANGGI KOTA BHARU
Dalam ruangan
ini insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan
dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Ketika Mingguan
Kota Bharu dalam perancangan untuk dipertingkat dan diperluaskan pemasarannya,
tiba-tiba saya menerima arahan dari Ustaz Yusuf Zaky supaya penerbitannya segera
dihentikan dengan alasan emosional. Saya percaya ianya merupakan sebahagian
daripada fitnah-fitnah dalaman yang telah digerakkan sekian lama dan juga dari luar yang muncul
secara mendadak kerana ada orang yang tidak puas hati berhubung dengan suatu
perdebatan media di antara dua orang yang menuduh MKB. tidak memberi ruang yang
cukup kepada salah satu pihak yang terlibat dalam perdebatan tersebut. Gandingan
dua fitnah dalaman dan luaran itu telah berjaya menamatkan serta merta riwayat
MKB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya para
penyair yang memberi sumbngan-sumbangan tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam
sekitar usia 20an tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke
hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan nilaian
genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
-3 September
2013.
xxxxx
Setanggi Kota Bharu 1:
DALAM LENGGANG RESTU
Untuk pembuka
ruangan Setanggi Kota Bharu kali ini, kami siarkan sebuah puisi hasil karya
seorang penyair wanita Ramlah Ismail, kerana puisi beliaulah yang
pertama kali kami temui dalam pencarian untuk mengisi ruangan ini.
DALAM LEGGANG RESTU
Riang dalam
lenggang menjinjing restu
Menikam pada lorong
berliku
Tanpa menoleh
kaki melangkah
Matanya bulat
pada pintu dunia baru.
Adik
Kau bisa kenal erti guru
Turut ketawa digurau teman
Dan senyum dalam sinar tanpa malamnya.
Adik
Bila manusia
bicara tentang bulan
Kau riang menggenggam roket mainan
13 Mei mana bisa menjengah kepala
Sebelum kau ghairahkan alam seribu laku.
Dan tanpa ngerti akan perjuangan
Belum tahu harga seorang pahlawan
[kerana adik baru pandai meminta
Sebatang pensel dan wang saku cuma]
Adik masih putih dari warna
Padamu harapan dalam impian
Bergandingan dalam kemesraan!
Pasir Mas
-RAMLAH ISMAIL.
0 comments:
Post a Comment