WADI LETA S.A. dengan MENJELANG 10 MEI - dalam SETANGGI KOTA BHARU XV

>> Saturday, September 28, 2013




SETANGGI KOTA BHARU XV





klik ke-14 

Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.

Sepanjang tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
 
Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.

Dalam penyiaran puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.

Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan  tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.

Salah satu tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang  dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Selamat membaca.

Mohd Zain Saleh

Selasa 27 Syawal 1434
[3 September 2013]


Mengisi Setanggi KOTA BHARU XV kali ini kita siarkan sebuah puisi karya  WADI LETA S.A bejodol MENJELANG 10 MEI. Sambutlah salam  hormat takzim dari saya dan selamat membaca.

MENJELANG 10 MEI

10 Mei merngkak tiba dalam debaran

Tiap wajah tiap hati dirangkol kecemasan

Akan terus melangitkan ‘bulan bintang”

Atau “kapal layar” pula akan memulakan penggembaran?


Kini bapak-bapak sedang bermain ombak

Gelora nista taufan celaan merajalela

Pantai mesra runtuh bersama kecaian cinta

Bergegarlah bumi dalam gempuran maha hebat.


Menjelang 10 Mei detik penentuan

Hati dan budi akan dimamah serakus syaitan

Meski kasih dalam erti kemanusiaan enggak merela

Namun bapak-bapak masih juga berkeras kepala.

10 Mei akan mewarnakan selembar sejarah

Hitgam puteh ataupun merah.




















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP