RAMLAH ISMAIL - dengan - HARAPAN PERTIWI - dalam SETANGGI KOTA BHARU XIV
>> Thursday, September 26, 2013
SETANGGI KOTA BHARU XIV
klik ke XIII
Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27
Syawal 1434
[3 September
2013]
Mengisi Setanggi
KOTA BHARU XIV kali ini kita siarkan sebuah lagi puisi karya RAMLAH ISMAIL yang bejodol HARAPAN
PERTIWI. Sambutlah salam hormat
takzim dari saya dan selamat membaca.
HARAPAN PERTIWI
[Untuk Mereka Yang Di Daerah Damai]
Berjasalah wahai anakku
Tanpa mengharapkan balasan
Ingatlah kan tugasmu di daerah sendiri
Mengebar bendera setiap hari
Usah resah pada keretakan
Semuanya kan beres
Kiranya nak muda berwaspada
Pinta ibu pertiwi
Berbaktilah selalu
Pada bumiputera berdarah sama
Hanya belia harapan bonda
Menjadi nadi dalam sarafnya
Bukan pemusnah perosak namanya
Dalam kedamaian usiamu
Jangan lupa pada adik, abang & ayah
Yang masih merangkak di gelita malam
Bawalah besama ke cahaya bulan.
0 comments:
Post a Comment