Z ROSMINAH ABAD- DALAM HARAPAN BERSARANG- SETANGGI KOTA BHARU VIII

>> Tuesday, September 17, 2013



SETANGGI KOTA BHARU VIII

Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.

Sepanjang tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
 
Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.

Dalam penyiaran puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.

Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan  tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.

Salah satu tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang  dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Selamat membaca.
Mohd Zain Saleh

Mengisi Setanggi KOTA BHARU VIII kali ini kita siarkan sebuah puisi karya penyair wanita Z. ROSMINAH ABAD bejodol HARAPAN BERSARANG. Selamat membaca.

HARAPAN BERSARANG

Sempena revolusi mental
Sekejapku di Wisma Mami
Mendengar bicara tokoh-tokoh zaman
Tentang bida’ah dan khurafat dalam masyarakat.

Antara ratusan mata menelinga
Pun tabir mendung malam menghitam
Lahirlah patah-patah nada harapan
Perkara yang melemaskan kita dalam Islam.

Nyatalah:
“Tabir kini tersingkap halang tiada
Betapa karamnya kita dalam mencari
Cahaya Islam di atas debu gila
Dan tebalnya karat-karat di lanjut usia”.

Anda,
Ini sekalung kembang kukalungkan ke dada
Dari hati dan rasa sedarku mengalir
Bila kau berkata selepas mereka berdua
Purata dari bicara segala.

Sekejapku di Wisma Mami
Meratah memamah tanpa puas
Maka pulang, dengan harapan bersarang
Kan berulang dan terus berulang kesah ini.

Z. ROSMINAH ABAD

 


















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP