Setanggi Kota Bharu III- PUNTUNG-SUTONG OMAR RS

>> Thursday, September 5, 2013





SETANGGI KOTA BHARU III

Dalam ruangan ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
 
Saya telah diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KOTA BHARU.

Kami percaya para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan  tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.

Salah satu tujuan utama kami mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang  ditelan masa dan untuk dijadikan tatapan dan nilaian genarasi baru dan akan datang.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Selamat membaca.

Mohd Zain Saleh

Selasa 27 Syawal 1434
-3 September 2013.

Dalam Setanggi Kota Bharu III ini, kita siarkan puisi oleh penyair SUTONG OMAR yang berjodol PUNTUNG sebagaimana berikut:

PUNTUNG

puntung-puntung yang dilupakan
terbaring di mana-mana.

malam tadi membakar diri
cuma satu inci
tak pernah ditanya.
tiba-tiba mereka berkumpul
untuk bangun sederap
dan berteriak.

suatu kali
terjadi kumpulan yang besar. Teramat besar
di bawah batu-batu yang tersusun
untuk bertindak
tanpa ragu.

SUTONG OMAR




Sutong Omar nama sebenar Wan Omar bin Wan Ahmad, dilahirkan di Kota Bharu pada tahun 1948. Seorang penulis-penyair, novelis dan cerpenis. Pernah bertugas di Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Kumpulan Berita Harian. Kolumins Berita Minggu,- “Rentak Kalam”.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP