>> Saturday, June 5, 2010
YAHUDI MENUTUP SEMUA PINTU
“Amanat Jamal Abdul Nasir”
S |
eluruh dunia telah mengetahui dan geger-riuh dengan peristiwa komando-komnado Yahudi menyerang kapal yang menyertai misi bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Kapal itu diserang pada 31 Mei 2010 di perairan antarabangsa yang telah berjaya membunuh seramai 20 orang sukarelawan dan mencederakan ramai sukarelawan lagi yang datang daripada 50 negara di dunia.
Kita telah melihat dan mendengar berbagai-bagai komen dan tindakan yang telah dilakukan oleh orang-orang yang cintakan keamanan dan kemanusiaan terhadap perbuatan yang biadap dan kejam komando-komando Yahudi itu, terutama daripada umat Islam sendiri, termasuk di negara kita Malaysia.
Sehubungan dengan itu, ketika melihat-lihat dan membalek-balek buku-buku dan majalah-majalah lama di rumah, secara kebetulan saya berjumpa dan membaca sebuah amanat yang dibuat oleh Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasir mengenai Yahudi, yang ada kaitannya bukan sahaja dengan umat Arab, tapi juga umat Islam seluruhnya.
Jamal Abdul Nasir, Presiden Mesir, membuat amanat yang penting itu selepas negara-negara Arab, termasuk Mesir sendiri telah tewas dalam peperangan dengan regim Yahudi.
Dalam amanat itu beliau berkata, “Pada saat perasaan marah yang menekan-nekan, serta kedukaan yang mendalam dan kepedihan-kepedihan rohani dan jasmani, sedang menimpa seluruh hati umat Arab dan Islam ini, saya tujukan amanat ini dengan seluruh jiwa dan raga kepada angkatan bersenjata Repablik Arab Bersatu dan seluruh angkatan bersenjata umat Arab, termasuklah pasukan-pasukan gerila dan penentang yang dilahirkan oleh ujian maha berat yang dicubakan oleh Allah Azzawajal untuk menduga kesabaran dan ketabahan kita.
Lama saya menungu dan memikirkan tentang perbuatan kejam yang dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat suci menurut agama, sejarah dan peradaban kita. Tidak ada apa yang baru saya temui, kecuali perkara ini semakin menyakinkan tentang pengertian-pengertian yang telah terbukti nyata di depan kita sejak hari pertama berlakunya ujian maha berat itu. Justeru kita tidak mempunyai jalan lain dan tiada mempunyai harapan untuk mengatasi kepahitan ini, kecuali melalui kekuatan Arab dengan segala kemampuan dan dihimpunkan dengan segala kemampuan yang diarahkan dan dengan segala kemampuan digunakan untuk menekan dan mendesak, sehingga pertolongan Allah benar-benar terlaksana dengan sempurnanya.
Musuh Tuhan
Kita telah membuka segala pintu untuk mendapat penyelesaian secara damai. Tapi musuh Tuhan dan musuh kita itu menutup semua pintu-pintu perdamaian itu. Kita telah mencuba segala-galanya dalam perkara ini, tapi musuh Tuhan dan musuh kita itu telah menghalang segala usaha dan menutup segala jalan sehingga mendedahkan kepada dunia seluruhnya niat sebenarnya yang tersembunyi di dalam hati mereka.
Apabila pembakaran ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitul-Maqdis itu berlaku, kita tidak tergopoh-gopoh bersuara. Malah kita menunggu kerana mungkin kejadian tersebut bukan disengajakan. Tetapi bukti-bukti yang jelas telah berada di depan mata kita sekarang sehingga tiada sesiapa dapat menggambarkan selain daripada hakikat pencerobohan yang telah sengaja dirancangkan.
Tidak Berhak Tinggal Di bumi Arab
Kita berpendapat, kecaman dan bantahan tiada berguna sama sekali. Tiada berguna kita berkata kepada Israil sesudah peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa itu, bahawa ia membuktikan kelemahannya untuk melindungi tempat-tempat suci. Begitu juga tiada berguna kita mengadu kepada mana-mana pihak dan menuntut supaya diadakan penyiasatan atau dijalankan pengadilan.
Hanya satu kesimpulan sahaja yang mesti kita ambil dan mesti kita hormati biar bagaimana berat, iaitu musuh tiada patut dan tiada berhak tinggal di bumi yang didudukinya sekarang ini.
Tanggungjawab
Musuh tiada terjejas langsung dengan kecaman atau bantahan. Musuh tidak akan berundur seinci pun dari kawasan-kawasan yang didudukinya semata-mata dengan mengatakan ia tiada tahu bertanggungjawab. Malah musuh tidak akan mahu mendengar mana-mana suara pun yang meminta supaya diadakan penyiasatan atau pengadilan.
Kita sedang menghadapi satu musuh yang bukan sahaja mencabar umat manusia, tetapi sudah melampaui batas ini dengan menunjukkan rasa sombong dan gilanya, sehingga memanjangkan pula cabarannya itu kepada tempat-tempat suci yang diberkati Tuhan.
Saya mahu setiap prajurit kita hendaklah merapatkan perasaan dan hatinya dengan perasaan dan hati umatnya yang sedang menghadapi perkara yang memilukan ini. Dan hendaklah setiap prajurit mengetahui sedalam-dalamnya bahwa setiap mereka ini adalah memikul suatu tanggungjawab dan suatu amanat yang tidak pernah dipikul oleh mana-mana prajurit sejak agama Tuhan diturunkan ke bumi sebagai petunjuk dan rahmat kepada semesta alam.
Penaung Agama
Dalam perjuangan yang akan datang, prajurit bukanlah kepunyaan bangsanya sahaja tetapi juga ialah prajurit Allah, yang menaungi agama Allah, yang mengawal rumah-rumah dan kitab sucinya.
Prajurit yang akan datang bukan sahaja merupakan perjuangan pembebasan, tapi juga mesti menjadi suatu perjuangan pembersihan.
Seluruh pandangan kita hari ini tertumpu kepada Masjid Al-Aqsa yang sedang menanggung penganiyaan dan kezaliman.
Tetapi biar bagaimana perasaan kita pada saat seperti ini, kita sentiasa berdoa kepada Tuhan Azzawajal dengan penuh iman dan khusuk agar dikurniakan kepada kita kesabaran, pengetahuan, keberanian dan kesanggupan sehingga kita dapat menghapuskan penganiyaan dan kezaliman ini.
Kembali Ke Jerusalem
Tentera kita kelak akan kembali juga ke pangkuan Masjid Al-Aqsa. Kota Jerusalem akan kembali juga kepada kita sebagaimana kadaannya sebelum zaman penjajahan yang telah cuba meluaskan penguasaannya sejak beberapa abad yang lalu sehingga tiada ragu-ragu menyerahkan kota tersebut kepada orang-orang yang bermain dengan api itu.
Kita akan kembali ke Kota Jerusalem dan Kota Jurusalem akan kembali kepada kita. Kita akan berjuang habis-habisan untuk mencapainya. Kita tidak akan meletakkan senjata sehingga Tuhan memberi pertolongan kepada tenteranya, dan hak kebenaranya di sanjung, rumahnya dihormati, dan perdamaian yang sebenarnya kembali semula ke kota yang damai itu”.
Demikian ingatan Jamal Abdul Nasir yang patut menjadi renungan bersama.
Justeru itu selepas kita solat hajat, memanjatkan doa kepada Allah, kita umat Islam hendaklah bertindak mengikut kemampuan kita, kerana seperti kata Presiden Jamal Abdul Nasir tadi, sekadar aduan, gesaan, kutukan, rundingan, seruan dan demonstrasi jalanan tidak mempunyai apa-apa erti kepada Yahudi.
Dan tidak ada ertinya, kalau selepas bersolat hajat dan berdoa, kita tidak berbuat apa-apa untuk meminggirkan Yahudi daripad kehidupan kita. Sebarang hubungan kita dengan Yahudi jika ada, hendaklah kita putuskan, baik hubungan secara langsung atau tidak langsung. Kalau tidak, kita menjadi talang dua muka, bercakap lain, buat lain, sekadar mengabui mata dunia.
Alangkah aibnya selepas berarak dan bedemonstrasi, kita masuk ke pasararya membeli-belah barangan-barangan keluaran Yahudi dan agen-agennya, samada secara kita sedari atau tidak kita sedari.
Kita hendaklah membuang segala rasa kasih dan sayang, cinta dan rindu kita kepada Yahudi yang begitu kejam dan ganas terhadap umat Islam, termasuk menyerang dan membunuh sukarelawan-sukarelawan di atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang penduduknya telah sekian lama menderita diseksa Yahudi. Sukarelawan daripada 50 buah negara di dunia telah menyertai misi kemanusiaan itu, termasuk sukarelawan dari Malaysia. Salah sebuah daripada kapal yang mereka naiki itu, Mavi Marmara milik IHH, Turki diserang di peairan antarabangsa pada 31 Mei 2010 yang lalu.
Kita sepatutnya mempunyai pusat penerangan yang aktif yang beroperasi setiap masa, di mana orang ramai boleh menghubunginya segera “on the spot” jika timbul sebarang keraguan, seperti mengenai barangan-barangan yang mereka hendak beli di pasar-pasar, samada barangan-barangan itu buatan Yahudi atau agen-agennya ataupun bukan. Pusat-pusat penerangan ini juga hendaklah menyalurkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui kepada orang ramai mengenai serba serbi tentang Yahudi, bukannya semata-mata berharap kepada meddia-meddia masa sebagaimana biasa.
Tegasnya kita memerlukan rancangan bertindak yang tegas dan berkualiti untuk jangka masa yang berpanjangan bagi menimbulkan kesan yang positif. Bukannya secara tenggelam timbul, “cerlang-cerlup-cerlang-cerlup”, sekejap ada sekejap tiada, hangat-hangat tahi ayam.
0 comments:
Post a Comment