>> Tuesday, June 1, 2010

SUKARNYA UNTUK MEMBELI BUKU

DI KOTA BHARU

Seperti biasa setiap pagi Jumaat aku dan keluarga pergi menzirahi pusara ibu dan isteriku di Perkuburan Pohon Rmabai, di kampung asalku, Kg. Salor, kira-kira 12 batu dAri Kota Bharu.

Selepas selesai di perkuburan, biasanya aku terus balik ke rumah di Pasir Tumbuh atau kadang-kadang singgah sekejap di Pasar Minggu Pasir Tmbuh untuk membeli akhbar dan majalah di sebuah di situ. Tapi pagi Jumaat itu aku tidak terus balik, tidak jga ke pasar minggu, sebaliknya terus pergi ke Kota Bharu dengan kereta yang dipandu oleh anak lelalkiku.

Tujuan aku ke Kota Bharu ialah untuk mencari dan membeli sebuah buku yang agak baru diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di tanah air. Aku pasti buku ada di pasaran kerana aku pernah melihatnya sedang dijual seminggu lepas,tapi tak sempat hendak membelinya.

Aku terus menuju ke sebuah kedai buku yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu ini. Justeru tidak ada tempat parkin yang kosong aku sahaja yang turun dan anakku menunggu dalam kereta.

Aku terus menemui seorang pejual buku di toko itu dan bertanya tentang buku tersebut. Dia nampak kebingungan dan membawa aku menemui dua orang pejual lagi yang kebetulan berada di kaunter bayaran dan memberitahu tentang buku yang aku cari itu.

Dua orang pejual ini pun, seorang seorang belia dan seorang beliawanis, juga tidak mengetahui dan bertanya kepadaku dengan soalan-soalan ganjil tentang buku itu. Kesimpulanya kedua-duanya tidak mengetahui buku itu ada dijual atau tidak ditoko itu.

Aku meninggalkan meeka dengan rasa sedikit terkilan. Mereka hanya penjual buku sahaja, yang menjual bila ada orang yang hendak membeli. Mereka terus membantu di situ.

Aku pergi ke rak-rak buku dan mencarinya sendiri secara rambang dari satu petak ke satu petak. Bayangkanlah jumlah buku-buku dalam semua rak-rak itu ratusan buah jumlahnya.

Aku mencarinya sendiri kerana dua minggu lepas aku telah datang ke toko tersebut untuk membeli sebuah buku lain yang aku pasti memang ada dijual di toko itu, kerana aku pernah melihatnya sebelum itu. Aku juga menanya pemuda penjualnya tentang buku yang aku cari itu, dan jawapannya, buku itu tidak dijual di situ, Senang sahaja. Tapi bila aku beritahu aku pernah melihat buku itu ada di toko itu pada Jumaat minggu lepas, dia dengan mudah menjawab, “Kalau begitu dah habislah tu”, tanpa cuba mencarinya.

Denagan rasa kecewa aku mencarinya di rak-rak buku di toko tersebut. Nasib baik aku menemuinya, dan membelinya.

Aku meninggalkan toko itu tanpa membeli buku tersebut dengan rasa tidak puas hati, bukan kerana tidak dapat beli buku, tapi kecewa dengan sikap penjual-penjual buku yang tidak proffesional.

Pada malam itu bila anakku ada kerja di Kota Bharu dan aku ikut sama, aku minta mereka tinggalkan aku di sebah toko buku, sementara mereka pergi menyelesaikan kerja mereka. Toko buku kepunyaan syarikat yang sama, tapi terletak di berlainan tempat.

Penjual buku di tokok itu pun tidak tahu juga buku itu ada dijual di toko mereka atau tidak, walupun syarikat itu merupakan agen penerbit buku tersebt. Mereka pun tidak berusaha untuk mencarinya, kerana mereka tidak tahu ada atau tidak.

Rupa-rupanya orang-orang Kota Bharu ini kalau hendak membeli buku, mereka terus masuk ke toko buku, tengok-tengok mana-mana buku yang ada dan kalau berasa berkenan, mereka pun membelinya. Kalau tidak berkenan, mereka tengok-tengok sahaja. Barangkali tidak ada pergi ke toko buku dengan niat untuk membeli sesebuah buku yang sudah mereka tetapkan.

Tidak puas hati, pagi besoknya aku ajak anakku pergi ke sebuah toko buku yang terletak di pinggir bandar Kota Bharu. Aku pun bertanya penjual buku di toko itu, dia hanya mampau tersenyum dan menjawabnya, “Tak ada barangkali”.

Aku masuk ke dalam toko dan mencari buku dalam rak-rak buku. Nasib akulah! Kalau nasib baik berjayalah aku menemuinya. Lebih kurang hampir 45 minit aku berpusing-pusing dalam tokok itu tapi tidak juga berjumpa. Dan akhirnya aku pulang dengan hampa. Aku memerlukan buku itu untuk membuat sedikit rujukan.

Perkara seperti ini aku fikir senang sahaja untuk mengatasinya, iaitu dengan pengedar buku membekalkan senarai buku-buku yang dijual di toko-toko mereka kepada penjualnya, atau menggunakan sahaja komputer di mana kakitangan-kakitangan toko boleh merujuknya bila ada orang bertanya tentang sesebuah buku yang hendak meeka beli.

Tapi kenapa tuan punya toko-toko tidak menyediaknnya demi kemudahan pelanggan-pelanggan mereka. Kalau di KL biasanya kalau kita bertanyakan tentang sesebuah buku yang dijual mereka boleh menjawabnya, malah boleh menujukkannya di mana buku itu diletakkan.

Aku percaya tidaklah besar belanjanya kepada pemilik-pemilik toko buku untuk membekalkan senarai buku yang terdapat di toko-toko buku mereka di sesuatu waktu sekurang-kurang untuk menjadi rujukan kakitanan-kakiangannya bila diperlukan.

Alangkah payah rupanya hendak membeli buku di Kota Bharu ini, kecuali membelinya secara “on the spot” mana-mana buku yang kita berkenan ketika kita masuk ke mana-mana toko buku.

Sudah sampalah masanya toko-toko buku di Kota Bharu ini meningkatkan mutu sistem jualan mereka demi kemudahan pelanggan yang amat mereka perlukan untuk melariskan jualan buku-buku mereka.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP