>> Tuesday, June 8, 2010

HANYA ISLAM DAPAT MENUMPAS YAHUDI

Untuk menewaskan Yahudi dan Zionisnya orang Arab khususnya, dan orang-orang Islam amnya hendaklah bersatu padu atas landasan yang kukuh yang tidak akan bergoyang walau pun dilanda badai dan gelombang. Tapi apakah landasan untuk membangunkan perpaduan itu? Apakah nasionalisme? Semangat kebangsaan yang sempit itu? Sudah tentu tidak. Kalau tidak apa lagi?

Jawapan yang tegasnya ialah perpaduan itu hendaklah ditegakkan di atas landasan keislaman. Bukan lain dari itu. Bukan segala macam isme yang boleh menyesatkan manusia.

Dengan berlandaskan keisalaman itulah, menurut Al-Imam Hassan Al-Bana berjaya membuat orang-orang Arab berani berjuang melawan kebatilan untuk menegakkan kebenaran, rela mengorban tenaga dan segala harta bendanya untuk membina agama Allah yang Maha Luhur. Justeru itu berkembanglah agama Islam itu dari jazirah Arab hingga ke hujung sebelah barat dan ke hujung sebelah timur dunia. Hingga berimanlah di bawahnya bangsa-bangsa yang masih belum beriman, dan berkembang pesatlah agama Islam itu untuk semua bangsa di dunia. Sebagai penganut Islam yang sebenarnya, yang tulen, mereka lalu merasa bahawa diri mereka adalah sebagai satu umat, seakidah, seiman, senasib dan seperjuangan di bawah panjipanji keislaman.

Kenapa Islam dijadikan landasan? Pertanyaan ini dijawab oleh Al-Imam Hassan A-Banna yang menegaskan bahawa Allah telah mengurniakan berbagai-bagai keistimewaan kepada Islam, yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. itu, antaranya:

Allah menjadikan Islam itu sebagai dasar kemanusiaan yang luhur di mana segala urusan langit dan bumi tertumpu kepadanya.

Ujar beliau, Islam menyeru manusia kepada ketuhanan yang esa. Allah mengajak manusia menjalin hubungan denganNya dan menegakkan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur. Allah menggalakkan manusia memikir dan memerhatikan alam sekitarnya, dan dipupuknya pula erti persaudaran dan kasih sayang serta hubungan antara sesama manusia.

Semua perkara yang diperintah oleh agama, baik yang fardhu, sunat berupa ibadah, amal perbuatan, ucapan-ucapan dan hukum-hukum semuanya bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai luhur dalam hati manusia supaya tidak dinoda oleh seruan-seruan syaitan yang ingin membinasakan umat manusia.

Agama Islam yang luhur itu, kata Al-Imam Hasan Al-Banna ditegakkan di atas toleransi, dan lapang dada, dan yang demikian wujudlah keamanan, kesejahteraan serta keselamatan. Islam ditegakkan di atas dasar keadilan walaupun terhadap orang-orang yang tidak beriman, dan tidak memaksa mereka memeluk agama Islam.

Islam mewajibkan semua pengikutnya mengimani semua nabi yang terdahulu dan semua kitab suci yang diturunkan Allah, malah Islam memuji nabi-nabi, kitab-kitab suci, para rasul dan para sahabat mereka serta umat yang beriman pada masa yang lalu. Malah Islam memerintah umatnya mengikut jejak orang-orang yang terdahulu yang baik dan benar.

Islam juga katanya membuka pintu tolong menolong dan saling berhubugnan dengan orang bukan Islam dalam batas-batas tertentu yang diperkenan oleh Allah tanpa mengorbankan prinsip-prinsip Islam yang unggul.

Dengan demikian, kata beliau Islam dapat membawa manusia ke arah kemajuan yang sentiasa berpusat kepada keluhuran jiwa, serta membimbing mereka ke arah melakukan bebagai-bagai kebajikan dan kemanfaatan kepada umat manusia, tanpa membezakan kelas dan golongan seperti yang pernah terjadi dalam sejarah.

Justeru, mengikut Al-Imam Hasan Al-Banna, semua orang Arab merasa bangga dengan Islam. Mereka harus menjadikan Islam itu sebagai satu ajaran untuk mewarnai kehidupan amali mereka, baik mengenai hukum dan perundangan, kebudayaan dan juga peradabaan mereka.

Bagi seorang Muslim, katanya Islam adalah agama dan akidah mereka, sedangkan bagi orang bukan Muslim pula, Islam adalah warisan dan kebanggaan mereka, iaitu kebanggaan yang abadi dan makjizat yang kekal.

Justeru itu Palestin sukar untuk ditebus kembali oleh umat Islam dan Yahudi sukar untuk ditewaskan, kiranya umat Islam membelakangkan Islam dan meminggirkan apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran untuk mencapai merju kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat.

Di antara sayarat-syarat itu yang telah digaris oleh al-Quran ialah:

Umat Islam mestilah bersatu padu dalam satu ikatan yang kukuh dan tidak bepecah belah. Allah berfirman, “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali [agama] Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai”. Ali-Imran:103

Umat Islam dilarang keras daripada berpecah-belah dan berbalah antara satu sama lain kerana kepentingan diri mereka masing-masing dan membelakangkan kepentingan bersama yang menyebabkan mereka menjadi lemah dan tidak berdaya.. Allah berfirman,“Dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu”. Al-Anfal:46.

Umat Islam hendaklah menyiap dan memperlengkapkan diri mereka dengan alat persenjataan yang sebaik-baiknya yang canggih dan selaras dengan kemajuan semasa. Allah berdirman, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi”.An-Anfal:60.

Umat Islam hendaklah membulatkan sikap mereka terhadap musuh, dan tidak berpecah belas seperti sekarang, malah ada pula yang berbaik-baik dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam kerana kepentingan diri mereka sendiri. Allah berfirman,“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”. As-Saf:4.

Umat Islam mestilah merangkakan perbelanjaan perang yang wajar mengikut keperluan semasa, kerana tanpa sumbangan kewangan yang wajar boleh menyebabkan perjuangan menjadi terhambat atau tergendala. Allah berfirman,”Berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah”.At-Taubah:41.

Umat Islam hendaklan melaksanakan apa yang telah dipersetujui dan disepakati bersama, tanpa berpecah belah mengikut nafsu-nafsi masing-masing yang boleh menyebabkan barisan perjuangan menjadi lemah dan lumpuh, dan jika ini berlaku boleh menyebabkan ketumpasan mereka di tangan musuh. Allah berfirman,.“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Alah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”.At-Taubah:105.As-Saf:2-3.

Ingatlah mana-mana umat Islam yang enggan membantu dan menolong umat Islam Palestin yang tertindas dan teraniaya sejak sekian lama itu bererti mereka telah mengkhianati Allah dan RasulNya. Ia merupakan satu maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Malah iman seseorang hampir tercabut apabila dia melihat saudaranya kebuluran dan kelaparan tapi hatinya tidak sedikit pun tergerak untuk menghulurkan bantuan.

Sesungguhnya umat Islam tidak akan mampu merampas kembali Baitul-Muqadis dan Palestin selagi mereka tidak bersatu padu di bawah panji-i panji keimanan- kembali kepada al-Quran dan al-Hadis, tegasnya kembali kepada Islam syumul.

Allayarham bapa’ HAMKA pernah mnegaskan, “Ahli-ahli fikir Islam moden telah sampai kepada kesimpulan bahawasanya Palestin dan Tanah Suci Baitul-Maqdis tidaklah akan dapat diambil kembali dari rampasan Yahudi [Zionis] itu, sebelum orang Arab khususnya dan orang Islam seluruh dunia umumnya, menggembalikan pengkalan fikirannya kepada Islam. Sebab, baik Yahudi dengan Zionisnya, atau negara Kapitalis dengan Kristiannya yang membantu dengan moral dan material berdirinya negara Israil itu, keduanya bergabung jadi satu melanjutkan Perang Salib secara moden, bukan untuk menentang Arab kerana dia Arab, melainkan menentang Arab kerana dia Islam”.

Walau bagaimana pun kita yakin semangat juang umat Islam Paestin akan terus semarak dan tidak akan padam-padam buat selama-lamanya. Tidak kira apa jadi, mereka akan terus berjuang. Patah tumbuh, hilang berganti. Walaupun dalam lautan darah dan nanah sekali pun mereka tetap akan meneruskan perjuangan. Seorang cendakiawan barat yang termasyur, George Bernard Shaw pernah menyatakan keyakinannya bahawa umat Islam Palestin akan terus bangkit berjuang tanpa mengira apa yang berlaku.

Seluruh umat Islam, hendaklah melupakan kepentingan diri masing-masing dengan menggembelingkan tenaga bersatu padu dalam melancarkan tindakan bersama menghadapi Yahudi yang kejam dan ganas itu. Sejarah dengan jelas membuktikan bahawa sebarang perjanjian dengan Yahudi tidak akan membawa apa-apa makna, kerana Yahudi tidak pernah mematuhinya sejak dahulu hingga sekarang.

Semoga Allah memberkati kita semua. Amin!.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP