Sepucuk Surat Bersejarah Dari Dao' Mohd Arifin

>> Sunday, June 6, 2010


Sepucuk Surat Bersejarah Dari

DATO' MOHD ARIFIN

Dari Singapura

Dari:Mohd Zain Saleh

Penulis ada menyimpan sepucuk surat daripada Dato’ Mohd Arifin, dari Singapura, salah seorang besar dalam zaman pemerintahan Sultan Ismail yang mungkin berguna dari segi sejarah tanah air. Surat empat muka itu menyentuh sedikt tentang pahlawan Mat Kilau, Mat Kelantan [Tok Kangkong], Tok Gajah dan Sheikh Ibrahim


Surat itu beralamat di Singapura, bertulis tangan, bertarikh pada 19 Januari 1970, ditujukan kepada seseorang kenalan rapatnya di Kelantan. Penulis percaya surat ini telah diserahkan kepada penulis oleh seseorang [yang penulis telah lupa siapa] untuk tujuan penyiaran. Pada masa itu [Dato’] Yusuf Zaky Yaacob, penulis dan Norhisham Mustafa sedang menjejaki sejarah Mat Kelantan atau Tok Kangkong dan hubungkaitnya dengan pahlawan Mat Kilau di mana akhirnya kami berjaya menjejakinya dan membawa Mat Kelantan bertemu dengan Mat Kilau di Kuantan, Pahang.


Penulis kutip sedikit kandugan surat yang berharga itu sekadar untuk pengetahuan pembaca dan peminat-peminat sejarah.


Ikutilah seterusnya:


Berkenaan Tok Kangkong” itu hamba pun pernah bercampur dengan beliau lebih kurang 18 tahun lamanya di dalam Istana Marhom Al-Sultan Ismail, tetapi tak sepatah kata pun yang hamba dengar yang beliau berbari kesah “Mat Kilau”, atau pun yang beliau bercampur dengan Angkatan “Orang Kaya Semantan” dan “Mat Kilau”.


“Apabila sampai ke Kota Bharu, ke empat-empat itu diserahkan kepada orang Siam yang hendak dibawa ke negeri Siam, tetapi seperti Orang Kaya Semantan, Tok Gajah, Sheikh Ibrahim kesemuanya menyerah kepada orang Siam, kecuali Mat Kilau seorang sahaja yang tak mahu menyerah kepada orang Siam, dia tak rela dibawa ke Siam, biar dia mati di Kelantan, apabila orang-orang Siam melihat Mat Kilau berdegil dan hendak melawan orang-orang Siam pun memukul Mat Kilau dengan buntut senapang dan mematahkan kaki tangan Mat Kilau serta disuruh buangkan ke dalam hutan. Orang Siam menyangka Mat Kilau telah mati dengan pukulan-pukulan dan patahan mereka itu”’


Mereka bertiga lalu dibawa belayar ke Siam [Thailand] . Bila sampai ke Siam ketiga-tiga orang itu dipenjara di tempat yang berasingan tidak di satu penjara”.


Demikianlah sedikit petikan dari surat beliau itu. Sekian dahulu. Salam hormat dari penulis.

Sila Klik:

Dokumen Penubuhan Universiti Di Kelantan 1923


xxxxxxxxxxxxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat


Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP