>> Wednesday, June 2, 2010

BAITUL-MAQDIS TERUS DIJAJAH
Masjidil Alqsa Menunggu Roboh


Baitul-Maqdis adalah sebahagian penting dari Palestin. Sebuah kota atau bandar suci, dan di situlah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang amat penting dalam sejarah Islam.

Baitul Maqdis bukan sahaja merupakan sebahagian daripada bumi Palestin, tapi juga merupakan jantung hati kepada Palestin yang menjadi milik umat Islam di seluruh dunia.

Ia mempunyai berbagai-bagai nama, seperti Al-Quds. Nama yang lebih awal lagi digunakan untuk Baitul-Maqdis ialah Yeru-syalim atau yeru-syalam yang digunakan leh penduduk aslinya, Kan’an. Perakataan itu terdiri daripada dua rangkai kata, “Yeru” yang bererti “bandar” dan “Syalim atau “Syalam” ialah nama orang-orang Kenaan. Di kalangan orang-orang Barat pula is disebut “Jerusalem”.

Sejarah Baitul Maqdis merupakan sejarah yang panjang yang tidak dapat dipisahkan daripada pergolakan yang berlaku di seluruh bumi Palestin yang setiasa dibanjiri air mata dan darah akibat keonaran yang dilkakukan oleh manusia yang dipanggil Yahudi dan konco-konco yang bersekongkol dengannya.

Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri, di mana tiga agama besar di dunia ini menganggap Baitul-Maqdis atau Jerusalem itu sebagai kota suci mereka masing-masing. Agama-agama itu ialah Islam, Kristian dan Yahudi.

Bagi orang Islam Baitul-Maqdis mempunyai kedudukan istimewa di hati mereka, kerana di tengah-tengah kota tua itu terletaknya Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat semabahayang mereka sebelum Baitullah di Makkah.

Pemeluk-pemeluk agama Kristian pula percaya Nabi Isa a.s. telah disalib oleh orang Rome di Gereja Makam Suci [Holy Sepulchre] yang terletak di Kota Bailtul-Maqdis Gereja itu pula telah diperbesar dan dipindah oleh Tentera-tentera Salib pada permulaan abad ke-12 Masehi..

Di Baitul-Maqdis inilah Nabi Isa a.s. mengembangkan syariat Allah, tapi telah disalahertikan oleh pengikut-pengikutnya yang membawa mereka ke arah kesesatan akidah.

Sebaliknya orang-orang Yahudi pula mendakwa bahawa Baitul-Maqdis adalah tanah air mereka yang asal, kerana itulah mereka mempertahankannya. Dakwaan yang telah disangkal oleh logik dan faktor sejarah Baitul-Maqdis.

Pada masa yang lalu Baitul-Maqdis ini dipanggil Salem sahaja, iaitu dalam zaman pemerintahan Nabi Allah Ibrahim alaissalam. Tapi di bidang penulisan lama Mesir Tua dan Babylion Jerusalem [Baitu-Maqddsi] disebut Urusalemu.

Sejak ribuan tahun yang lampau Baitul Maqdis telah dikuasai oleh berbagai-bagai kuasa besar yang silih berganti memeritnah Palestin, seperti Parsi, Greek, Rome dan Byzantine, hinggalah kelahiran agama Islam yang telah berjaya mengubah sejarah rantau seluruh Timur Tengah.

Kemudian pada suatu masa Baitul-Maqdis diperintah oleh seorang raja bernama Jalut. Bila Nabi Allah Daud a.s. berjaya menewaskan Jalut, kota Baitul-Maqdis diprintah oleh Nabi Daud a.s. Jalut adalah musuh kepada agama yang dibawa oleh Nabi Daud a.s. Peristewa ini berlaku dalam 1000 tahun S.M. Nabi Daud a.s. telah membina sebuah kota di Baitul-Maqdis yang dinamakan Kota Daud.

Kerajaan Rome telah memerintah Jerusalem dan wilayah Palestin yang lain secara langsung sejak 6 Masehi lagi. Kerajaan Rome pernah memecat Archiles yang mengganti bapanya Herodos sebagai pemerintah di Jerusalem kerana dituduh menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya.

Pada bulan November 66 Masehi kaum Yahudi di Palestin telah bangkit memberontak terhadap pemerintah Rome yang berlanjutan selama empat tahun lamanya. Tapi pemerontakan Yahudi itu dapat ditumpaskan oleh tentera-tentera Rome yang dipimpin oleh Komander Titus pada bulan September 70 Masehi. Setelah berjaya memasuki kota Jerusalem selepas mengepungnya, tentera-tentera Rome bertindak kejam menangkap, menyeksa, membunuh dan membakar hidup-hidup penduduk-penduduk kota Jurusalem dengan sesuka hati mereka.

Mereka menghancur leburkan Haikal atau rumah ibadat Yahudi yang dibina oleh Herados hingga tidak bersisa sedikit pun lagi.

Mana-mana mereka yang tidak sempat melarikan diri dan tidak sempat dibunuh, akan ditawan dan dijadikan hamba abdi lalu dijual dengan harga yang murah di pasar-pasar abdi kerajaan Rome.

Nasib orang-orang Yahudi yang menjadi abdi ini amatlah buruknya. Justeru mereka yang dijual di pasar-pasar selalunya berdoa semoga mereka dibeli oleh manusia yang baik hati dan berperikemanusiaan, dan tidak memaksa mereka masuk ke gelanggang tinju untuk berlawan dengan binatang-binatang buas yang menjadi kegemaran tradisi orang-orang Yahudi menontonnya.

Larangan kepada orang-orang Yahudi untuk memasuki Jerusalem itu berlanjutan selama 200 tahun lama. Mereka hanya datang dan tinggal di Palestin hanya baru pada abad ke-19. Dan mereka bukan sahaja berhijarh ke Palestin, tapi ke seluruh dunia mencari tempat yang lebih selamat untuk dihuni.

Baitul-Maqdis Bukan Milik Yahudi

Sehingga tahun 1882 orang-orang Yahudi yang berpindah ke Palestin kian bertambah ramai. Mereka membuka kampung-kampung baru yang tumbuh seperti cendawan di musim hujan. Bila Perang Dunia 11 bermula, kian ramai orang-orang Yahudi pindah ke Palestin, kerana mereka dihalau oleh pemerintah di mana mereka tinggal.

Pintu Gerbang

Pada permulaannya Kota Daud ini dibina di Zion yang terletak di sbelah selatan Jerusaslem, di mana terdapat sebuah pintu gerbang yang dikenali dengan panggilan Pintu Gerbang Zion. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Zion Gates dan dalam bahasa Arabnya dipaggil Bab An-Nabi Daud.

Di samping itu ada lagi beberapa buah pintu gerbang, iaitu Bab al-Maghraba [Dung Gate], Bab al-Tauba [Golden Gate], Bab Siti Mariam [St. Stephen Gate], Bab al-Sahira [Herod’s Gate]. Bab al-Umud [Damascus Gate], Bab al-Khalil [Jaafa Gate] dan New Gate.

Pintu Gerbang Bab al-Khalil menuju ke Jaffa sebuah bandar pelabuhan Israil. Tapi pintu gerbang ini telah ditutup sejak zaman pemerintahan Empayar Turki lagi.

Bab Siti Mariam sering dikunjungi oleh penganut-penganut agama Kristian terutama pada bulan April setiap tahun.

Sementara New Gate pula sewaktu Baitul-Maqdis di bawah pemerintahan Jordan, digunakan sebagai pintu gerbang oleh orang-orang yang ingin memasuki Plaestine.

Dikelilingi Tembok

Kota tua Baitul-Maqdis dikelilingi oleh tembok-tembok. Pembinaan tembok ini telah diteruskan oleh Nabi Sulaiman a.s. iaitu anak kepada Nabi Daud a.s, mulai tahun 971 hingga 931 SM.

Nabi Allah Sulaiman membina istananya di Gunug Moriah, di mana kesan-kesan Islam zaman lampau masih terdapat di situ. Gunung Moriah ini dikenali oleh orang barat sebagai Dome of Rock.

Di kawasan inilah terletaknya Masjid al-Aqsa, di mana Baginda Rasulullah s.a.w.memulakan mikrajnya ke langit.

Justeru itu Baitul-Maqdis sering dijajah dan bertukar pemerintah yang silih berganti sejak tahun 586 SM. Pada tahun tersebut, Raja Nebuchadnezar dari Babylon telah menawan Jerusalem. Ribuan orang Yahudi telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Babylon.

Kemudian Raja Parsi [Iran], Cyrus telah berjaya menumpaskan Raja Nebuchadnezar dan menawan Jerusalem. Raja Cyrus membenarkan orang-orang Yahudi kembali ke Jerusalem.

Selepas itu, kira-kira tahun 73 S.M. kerajaan Rome semasa di bawah pemerintahan Herod telah berajaya merampas Jerusalem

Dalam masa pemerintahan Raja Herodlah nabi Isa a.s. dilahirkan, dan kemudiannya beliau dilantik oleh Allah menjadi nabi untuk mengembangkan syariat atau agama Allah.

Sebelum nabi Isa a.s. dilairkan ke dunia oleh ibunya Siti Maryam Raja Herodlah telah mengetahui terlebih dahulu tentang kelahiran seorang anak-anak lelaki di Jerusaslem yang akan memusnahkan kerajaannya. Justeru itu dia mengeluarkan perintah supaya semua anak-anak lelaki yang baru dilahirkan hendaklah dibunuh. Tapi dengan izin Allah nabi Isa a.s. selamat dilahirkan serta dipelihara dan dibesarkan dengan sempurna. Raja Herod telah berjaya memerintah selama kira-kira 40 tahun lamanya.

Pada tahun 70 Masihi orang-orang Yahudi di Jerusalem telah bangkit memberontak menentang pemerintahan Raja Titus, anak kepada Raja Vespasian. Perbuatan itu telah mencetuskan kemarahan kerajaan Rome, lalu mereka melanggar Jerusalem dan memusnahkan semua rumah-rumah ibadat orang Yahudi yang terdapat di situ.

Pada tahun 132 Masihi orang-orang Yahudi di Jerusalem sekali lagi bangkit memberontak menentang pemerintahan Rome. Ini menyebabkan kerajaan Rome bertambah marah, mereka melanggar Jerusalem, menghalau semua orang-orang Yahudi di situ, dan kemudian memusnahkan kota itu menjadi hancur lebur tanpa bersisa lagi.

Tapi Raja Rome Hadrian yang beragama Kristian telah membina semula kota Jerusalem pada tahun135 Masehi. Mereka menukar nama kota Jerusalem kepada kota Aeliacapirolina, dan menyebarkan luas seni dan budaya Rome di kota itu. Mereka bina kuil-kuil Rome sebagai tempat ibadat di Jerusalem.

Sejak itu Jerusaslem terus diprintah oleh kerajaan Rome yang beragama Kristian,

Mengikut sejarah, sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. telah berjuang dengan penuh kegigihan untuk membuka kota Baitul Maqdis. Ia bermula dengan peperangan Khaibar pada 7 Hijrah, peperangan Muktah pada tahun 8 Hijrah, dan penghantaran pasukan Usamah bin Zaid pada tahun 11 Hijrah, Ini semua membuktikan keazaman yang kuat umat Islam untuk menguasai Baitul Maqdis pada amnya dan Masjid AlAqsa khasnya.

Dalam masa pemerintahan Khalifah Sayidina Umar berlakukan peperangan antara tentera-tentera Islam dengan tentera-tentera Rome.. Pada suatu ketika tentera-tentera Islam di bawah Abu ‘Ubaidah dan Khalid bin al-Walid dalam perjalanan menuju ke utara selepas bejaya menewaskan tentera-tentera Rome dalam Perang Yarmuk, Sham, sementara sebahagian tentera-tentera Islam lagi di bawah pimpinan ‘Amru bin As dan Shurahbil menuju ke selatan. Sementara Yazid bin Abu Sufyan tetap berada di Damshiq.

Dalam perjalanan menuju hala ke utara itu Abu ‘Ubaidah dan Khalid bin Walid telah berjaya menawan beberapa buah negara lagi, antaranya Him, Hama, Qinnisirin, Lazqiyah dan Halab [Aleppo], sementara Amrul Bin ‘As dan Shuahbil dalam perjalanan hala ke /Selatan telah menawan ‘Akka, Haifa, Jaffa, Ghazzah [Gaza] dan lain-lain lagi.

Dengan itu, Baitul-Maqdis sahaja lagi yang masih belum menyerah kalah kepada umat Islam. Sayyidina Umar mengutus sepucuk surat kepada Artabun, pemerintah Rome di Baitul-Maqdis supaya menyerahkan kota itu dengan aman. Tapi tawaran itu telah ditolak. Akibatnya peperangan terus berlanjutan. Dalam peperangan ini ramai tentera Islam mati sayhid, namun begitu mereka terus berjuang dan berperang dan mengepung kota itu selama 4 bulan lamanya. Namun Artabun berjaya melarikan diri bila merasa kedudukannya telah terancam dan tidak selamat lagi.

Kemudian Abu ‘Ubaidah lalu mengutus surat kepada penduduk-penduduk Baitul-Maqdis menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan RasulNya atau duduk dan taat kepada pemerintah Islam. Setelah menimbang taaran tersebut mereka bersetuju untuk berunding dan meminta Khalifah Sayyidina Umar sendiri datang berunding dengan mereka.

Dalam hal ini ketua gereja mereka, Sophronis muncul di atas tembok kota itu dan berseru untuk menyerah diri dengan syarat Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab datang menggendalikan urusan perdamaian itu. Sayyidina Umar bersetuju dengan permintaan itu dan langsung berangkat ke Baitul Maqdis.

Dalam perjalanan ke Baitul-Maqdis itu , Sayyidina Umar singgah di Al-Jabiyah di mana beliau oleh satu rombongan penduduk Baitul-Maqdis yang menyatakan persediaan mereka mengadakan perjanjian damai, membayar jizayah dan menyerah kota Baitul Maqdis kepada umat Islam.

Satu perjanjian damai telah dimeterikan antara Saiyidina Umar Al-Khatab dan penduduk-penduduk Baitul Maqdis, yang berbunyi:

Bismillahhri Rahmanir Rahim
Inilah hak keamanan yang diberi oeh Abdullah Umar Amirul Mukminin kepada sekalian penduduk Illya, dikurniakan kepada mereka keamanan jiwa dan harta benda mereka, keamanan rumah ibadah dan cogaan keagamaan meeka, yang sakit, yang sihat dan sekalian agama lain. Bahawasanya rumah-rumah ibadah mereka tidak boleh didiami atau tidak boleh diruntuh atau dirosakkan, dan jangan membenci agama meeka, dan jangan disakiti seseorang pun daripada mereka dan tidak boleh seorang dari bangsa Yahudi tinggal bersama-sama mereka di Illya.

“Kewajipan penduduk-penduduk Illya pula ialah membayar cukai kepala [jizyah] sebagaimana penduduk-penduduk Al-Madaen dan mereka berkewajipan mengeluarkan orang-orang Rum dan pencuri-pencuri dari Illya. Siapa di antara mereka mahu keluar dari Illya amanlah dirinya dan hartanya hingga sampai ke tempat aman mereka. Sesiapa di antara mereka yang hendak menetap di sana dikenakan ke atasnya membayar cukai kepala [jizyah] sebagaimana dikenakan kepada penduduk Illya. Dan mana-mana penduduk Illya yang mahu turut sama dengan orang Rum dan meninggalkan perniagaan mereka dan salib agama mereka, maka amanlah diri mereka hingga sampai ke mana-mana tempat yang aman bagi mereka. Sesiapa juga penduduk-penduduk asing yang berada di Illya yang suka tinggal di sana hendaklah ia membayar jizyah sebagaimana yang dikenakan kepada penduduk Illya. Sesiapa yang suka boleh juga mengikut orang Rum. Dan sesiapa yang suka bolehlah kembali ke tanah airnya tanpa dikenakan apa-apa sehinggalah ia menuai tanamannya. Suratan ini adalah janji Allah dan tanggungjawab Rasul dan Khalifah-Khaifahnya dan tanggungjawab bagi orang-orang mukmin seluruhnya, apabila mereka menunaikan bayaran jizyah yang dikenakan ke atas mereka.

Tertulis dan didaftarkan tahun 15 Hijrah. Disaksikan oleh: Khalid bin Al-Walid, Umar bin Al-Khatab, Abdul Rahman bin Auf, Muawiyah bin Abi Sufyan”.

Saiyidina Umar Al-Khattab telah memasuki Kota Baitul-Maqdis pada hari Khamis, 20 Rabi’ul Awal 15 Hijrah dan mengambil alih pemerintahanya dari tangan pemerintah Rome yang telah memerinahnya salama 700 tahun.

Mereka telah menyerahkan anak kunci kota tersebut keapda Khalifah Sayyidina Umar untuk membukanya sendiri. Sebelum penyerahan itu brlangsung, orang-orang Rome memohon supaya orang-orang Yahudi tidak dibenarkan tinggal bersama mereka di kota suci itu. Sebaliknya orang-orang Kristian yang sedia ada di situ hendalah dibenarkan tinggal di kota itu

Sejak itu, Kota Jerusalem telah ditukar namanya kepada nama baru, Baitul Maqdis. Bila Baitul Maqdis dikuasai oleh orang-orang Islam berbagai-bagai nama timangan telah digunakan untuk menggambarkan kemuliaan dan kesucian kota tua itu, seperti Al-Quds, Baitul Maqqdis, Darus Salam, Qoryatus Salam dan Madinatas Salam. Namun begitu daripada berbagai-bagai nama itu hanya dua nama sahaja yang kekal digunakan, iaitu Al-Quds dalam bahasa Arab dan Baitul Maqdis dalam Ibrani yang bermaksud “Tanah Suci” atau “Rumah Suci”.

Sayyidina Umar dan tenteranya telah bergotong royong membersih satu kawasan yang dipangil Haram As-Syarif, seluas 35 ekar yang pada itu penuh dengan sampah-sarap yang sengaja dibuang oleh orang Rome kerana bencikan orang-orang Yahudi.

Khalifah Sayyidinna Umar juga telah membina sebuah masjid kayu di Gunung Moriah sebagai kenangan kepada tentera-tentera Islam yang telah berjaya merampas Jerussalem dari kerajaan Kristian Rome.

Orang-orang Islam menjalankan pemerintahan dengan adil. Mereka tidak pernah meminggirkan orang –orang Kristian dan hidup harmoni bersama-sasma dengan mereka. Orang-orang Islam bebas beribadat di Masjid Al-Aqsa. Demikian juga dengan orang-orang Kristian. Pemerintahan Sayyidina Umar yang penuh dengan keadilan itu menjadi perangsang kepada penganut-penganut Kristian yang tinggal di Baitul-Maqdis untuk memeluk agama Islam.

Sejak ditakluk oleh Khalifah Sayidina Umar Baitul Maqdis berada dalam tangan umat Islam sehingga tahun 492 Hijrah [1099 M]. Pada tahun itu tentera-tentera Salib telah berjaya merampas kembali Baitul-Maqdis pada masa itu terletak di bawah pemerintahan Islam Saljuk. Tanpa kasihan belas mereka telah membunuh seramai 40,000 penduduk kota itu, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejatuhan itu ialah kerana umat Islam pada masa itu sedang berbalah dan berperang sesama sendiri menyebabkan mereka mudah ditumpas oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan mereka.

Peristiwa kejam yang menimpa umat Islam di Baitul Maqdis itu itu telah dirakam oleh penulis Rafiq An Ntsyah sebagai berikut:”Menjelang tahun 492 Hijrah orang-orang Eropah mara ke Baitul-Maqdis dan mengepungnya lebih dari 40 hari hinggalah jatuh ke tangan mereka. Dalam masa seminggu yang pertama kemenangan mereka bumi suci Al-Quds bersimah darah penduduk Muslim yang disembelih dengan kejam. Di Masjid Al-Aqsa sahaja didapati lebih 70,000 jiwa yang dikurbankan oleh kafir Eropah. Setiap orang Muslim dikepung dalam masjid tersebut kemudiannya diancam nyawa mereka kalau mereka tidak keluar dari bumi Al-Qudus. Dalam tempuh tiga hari sahaja, beribu-ribu jiwa lagi terbunuh dalam hiruk-pikuk manusia yang cuba menyelamatkan nyawa masing-masing dari ancaman tersebut”.

Selepas kemenangan itu Tentera Salib berjaya memerintah Baitul Maqdis selama 91 tahu, iaitu hampir satu abad lamanya.

Namun begitu pada tahun 1187 Masihi tentera-tentera Islam di bawah Sultan Salahudin Al-Ayyubi, Raja Islam dari Turki telah berjaya mengusir tentera Salib dari Jerusalem dan merampas kota itu. Sebelum itu telah berlaku peperangan yang seru di Hittin, peperangan yang menentu menang dan kalah. Dalam peperangan ini tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi telah memperoleh kememangan.

Kemudian bala tentera Islam bergerak menuju ke Baitul Maqdis. Mereka mengepong kota itu. Pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah [2 Oktober 1187 M] Salahuddin berjaya memasuki Al-Qudus dan berkhemah di Baitul Maqdis. Mereka mengadakan sambutan Israk dan Mikraj di masjid tersebut, iaitu sambutan yang pertama kalinya dalam masa 88 tahun. Segala lambang-lambang penyembahan Kristian yang terdapat di masjid itu mereka bersihkan

Salahudin Al-Ayyubi memerintah dengan adil dan aman. Juteru itu beliau dihormati oleh kawan dan lawan. Walau bagaimana pun tentera-tentera Salib beberapa kali mencuba untuk merampas Baitul-Maqdis tapi tidak berhasil.

Kejatuah Baitul Maqdis Kali Kedua

Kali ini Baitul Maqdis jatuh untuk kali keduanya ke tangan orang-orang Kristian bukan kerana kalah perang, tapi kerana diserahkan bulat-bulat oleh seorang raja Islam yang tamakkan kuasa. Ia berpunca dari perebutan kuasa antara Raja Al-Malik Kamil, Mesir dengan Al-Malik Al-Mu’azam Isa, Syam. Al-Malik Kamil, Mesir telah memohon bantuan Raja Perancis untuk melantik saudaranya menjadi pemerintah di ‘Akka, iaitu sebuah kota di Palestin.

Selepas kematian Al-Malik Mu’azam, Raja Syam, puteranya Al-Malik ma An-Nasir Daud telah dilantik menggantinya. Al-Malik Kamil tidak bersetuju degan perlantikan itu dan bersiap-siap untuk menyerangnya.

Raja Perancis memohon Al-Qudus diserahkan kepadanya sebagai imbalan jasanya yang telah diberikan untuk membantu Raja Malik Kamil, Mesir itu. Raja Al-Malik Kamil telah menyerahkan A-Qudus sebagaiamana diminta oleh Perancis itu pada bulan Raibul Akhir 641 Hijrah.

Tapi tidak lama selepas penyerahan itu, A-Malik Kamil telah jatuh sakit yang menyebabkan kematiannya sebelum daripada sempat melancarkan serangan ke atas Damsyik.

Al-Qudus Dibebaskan pada 642 H

Tapi Al-Qudus tidak lama di bawah Perancis. Pada musim panas 642 H.Al-Qudus telah dirampas kembali oleh tentera Islam Khawarizmi di bawah pimpinan Al-Malik As-Salih Najmuddin Aiyub.

Sejak itu orang-orang Kristian hanya dibenarkan memasuki kota Jerusalem di hari-hari perayaan mereka sahaja.

Kerajaan Daulah Islamiah Turki telah memerintah Jerusalem dari tahun 1517 hingga tahun 1917 M. Kemudian kerajaan Jordan mengambil alih pemerintahan Jerusalem. Mereka telah bertindak menghalau orang-orang Yahudi keluar dari Jerusalem.

Sejak itu Bailtul-Maqdis berada selama 700 tahun di bawah pemerintahan Islam.

Tapi menjelang tahun 1918 orang-orang Arab yang beragama Islam kerana menurut perintah General Kristian, Alenby telah menyerang Baitul-Maqdis yang dipertahankan oleh tentera-tentera Turki yang telah terkorban syahid atau cedera parah.

Bila Baitul-Maqdis dapat mereka tawan dengan sokongan talibarut Tentera Salib itu, General Alenby pun brkata, “Sekarang tamatlah Perang Salib”.

Sementara seorang General Perancis, Gord ketika masuk ke Damsyhiq dengan bongkak berdiri di atas kubur Salahuddin Al-Ayyubi menjerit,”Ini, kami telah kembali wahai Salahuddin!”.

Kejatuhan 1967

Pada tahun 1948 Al-Qudus masih berada di bawah mandat petadbiran British sehinggalah Britih menyerahkan kuasa pentadbirannya kepada Yahudi Zionis.

Pada tahun 1948, tentera-tentera Arab di bawah arahan General Inggeris, Clop Pasha tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong rayat Palestin, malah mereka diperintah supaya cabut lari oleh general tersebut bila diburu oleh Yahudi. Maka jatuhlah Palestin ke tangan Yahudi, termasuklah Kota Al-Qudus, dan yang tinggal hanya bahagian Timur kota itu sahaja.

Tapi akhirnya pada tahun 1967 bahagian Timur itu pun jatuh juga ke tangan Yahudi, akibat negara-negara Arab kalah perang dengan mereka.

Sejak itu seluruh Palestin, termasuk Al-Qudus dan beberapa luas tanah Arab telah jatuh ke tangan Yahudi hingga ke hari ini, walaupun sebahagian daripadanya telah diserahkan kembali kepada negara-negara Arab yang berkenaan.

Dengan kemenangan itu, mereka telah menceroboh Baitul Maqdis Timur. Mereka juga telah meruntuhkan dua buah masjid dan memusnahkan 135 buah rumah keluarga Palestin menyebabkan seramai 650 orang warga Palestin telah kehilangan rumah kediaman.

Regim Yahudi juga menjalankan rancangan untuk menukarkan kad pengenalan baru penduduk-penduduk Arab di Baitul-Maqdis dengan paspot Israil. Mengikut rancangannya, orang-orang Arab yang memiliki paspot Israil dilarang tinggal di Baitul-Maqdis, maka dengan itu bererti semua rakyat Arab Palestin yang tinggal di Baitul-Maqdis terpaksa keluar dari situ. Dengan itu bererti seramai 120,000 orang daripada 240,000 orang penduduk Baitul-Maqdis akan disingkirkan dan mereka akan kehilangan status sebagai penduduk Baitul-Maqdis.

Penduduk Arab di Baitul-Maqdis sudah lama tidak dibenarkan membina bangunan baru, tidak dibenar membuat bangunan-bangunan tambahan kepada bangunan milik mereka yang sedia ada, dan juga tidak dibenarkan membaikipulih bangunan mereka yang uzur. Sesiapa yang berani melangar peraturan itu, seluruh bangunan mereka akan dirobohan oleh regim Yahudi.

Regim Yahudi juga merampas tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang Arab Palestin di Baitul-Maqdis sesuka hati mereka tanpa kasihan belas lagi. Sehingga kini lebih daripada 54 peratus daripada tanah-tanah tersebut telah dirampas dijdikan hak milik kerajaan dengan janji akan dijadikan hak awam.

Tegasnya sebagai kaum yang makar, orang-orang Yahudi telah memerintah dengan penuh kezalian dan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan langsung, terutama ke atas orang-orang Islam. Di samping itu mereka juga telah berusaha untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa untuk digantikan dengan Kuil Yahudi.

Selain daripada Baitul-Maqdis, Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Mesir dan Tebing Barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan juga turut dirampas oleh Yahudi akibat kekalahan negaa-negara Arab dalam peperangan 1967 tersebut.

Sejak itu, kota tua Baitul-Maqdis diperintah oleh Zionis Yahudi dan didakwa sebagai ibu kota negara haram mereka, Israil.

Masjid Al-Aqsa

Al-Aqsa sebenarnya sebuah kompleks rumah ibadat untuk penganut tiga agama Samawi yang terbesar di dunia, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Ia terletak di Kota Lama Jerussalem Timur. Kepada umat Islam ia dikenali dengan nama Al-Haram asy-Syarif”, dan kepada orang Yahudi ia dikenali dengan nama “Har Ha-Bayit” yang bererti Bukit Baitallah atau Tempel Mount.

Perkataan “Al-Aqsa” itu secara harfiahnya bermaksud “masjid paling jauh” yang dikaitkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Ia merupakan salah sebuah daripada tiga buah masjid yang paling mulia dalam Islam. Baginda Rasululah s.a.w. bersabda
“Janganlah kamu besusah payah bersiap kecuali untuk pergi ketiga tempat, iaitu Masjidku [Masjid Nabawi], Masjidil Haram dan Masjidil AlpAqsa”.

Mengenai Masjid Al-Aqsa, Baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Hendaklah kamu menziarahi Masjid Al-Aqsa dan bersolat di dalamnya. Jika tidak mampu, hendaklah kamu kirimkan minyak untuk menyalakan pelita di dalamnya”.

Demikian jawapan yang diberikan oleh Baginda s.a.w. ketika ditanya oleh para sahabat tentang peranan mereka terhadap masjid Al-Aqsa. Dan jawapan itu sebenarnya ditujukan kepada seluruh umat Islam.

Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran dalam Surah Isra’, ayat 1, maksudnya:
“Maha Suci Allah yang menjalankan hamba Nya [Muhammad] pada malam hari dari Masjidil Haram ke Msajidil Aqsa [di Palestin] yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda [kekuasaan dan kebesaran] Kami. Sesusngguhnya Allah jua yang amat mendengarnya, lagi Amat Mengeathui”. Al-Isra’:1.

Dari Masjid Al-Aqsa inilah Baginda s.a.w. mdeakukan Isra’atau diangkat dari bumi ke langit, dan di masjid ini jugalah Baginda s.a.w. memimpin solat para nabi dan Rasul Allah. Daripada Masjidil Haram di Makkah Baginda s.a.w. sampai ke Masjid Al-Aqsa dengan menaiki Buraq. Dan dari situ Baginda meneruskan perjalanan menuju ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah dan menerima perintah bersolat lima waktu. Solat adalah kewajipan yang agung dalam Islam. Dalam perjalanan itu Baginda s.a.w. ditemani oleh Malaikat Jibril, dan peristiwa ini berlaku pada 621 Masihi.

Selepas regim Yahudi menguasai Baitul Maqdis pada tahun 1967 mereka telah menggali terowong-terowong di bawah Masjid Al-Aqsa kononnya dengan tujuan untuk mencari bukti arkelogi sejarah bangsa mereka dan untuk membuktikan bahwa masjid itu dibina di atas tapak Tempel of Soloman [Haikal Sulaiman] atau Kuil Sulaiman. Salah sebuah daripada terowong itu panjangnya 450 meter bermula dari Masjid Al-Aqsa ke Kubah Batu dan tapak singgahsana Nabi Sulaiman a,s, Terowong-terowong ini telah ditemui oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin.

Bagi orang Islam ia tidak dipanggil kuil, tetapi dipanggil masjid, kerana semua nabi, termasuk nabi Sulaiman a.s. membawa dan menyebar ajaran Allah yang Maha Suci.

Akibat penggalian dari bawah bagunan itu, Masjid Al-Aqsa kian hari kian terancam oleh keruntuhan. Di samping itu beberapa buah rumah berhampiran juga mungkin akan rubuh akibat penggalian yang dilakukan oleh regim Yahudi itu, rumah-rumah itu bukan sahaja kepunyaan orang-orang Islam tapi juga kepunyaan orang-orang Yahudi. Amaran ini pernah dibuat oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin [PA], Sheikh Tayseer Tamimi kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat [IMEMC].

Pembakaran

Tidak cukup dengan itu, pada 21 Ogos 1969, seorang pelampau Yahudi, Michael Denise Rohan telah membakar Masjid al-Aqsa, mengakibatkan sebahagian daripada masjid itu telah musnah dijilat api. Banyak peralatan dalam masjid itu telah musnah, termasuk dinding masjid, sebuah mimbar kuno, Mimbar Shalahudin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar Al-Khattab dan sebahagian daripada serambi masjid. Selain itu atab masjid telah runtuh, dan hiasan-hiasan ayat-ayat suci al-Quran dalam masjid tersebut telah musnah. Secara umumnya 1/3 atau 1500 meter pergi kawasan masjid itu telah musnah dalam kebakaran yang senghaja dilakukan oleh pelampau Yahudi yang ganas itu.

Regim Yahudi menyokong perbuatan ganas dan keji pelampau Yahudi itu, kerana selaras dengan cita-cita dan usaha mereka untuk melihat masjid itu roboh, maka dengan itu mnjadi mudahlah kepada mereka untuk membina kuil Yahudi di atas tapak keruntuhan itu nanti. Micahel Denise Rohan ketika diberkas secara terus terang memberitahu bahawa dia membakar masjid itu kerana menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Yahudi kepada agamanya sebagaimana terdapat dalam kitab Torah, Justeru itu katanya dia telah berjaya dalam misinya menunai perintah tuhannya.

Akhirnya seperti diduga, pihak regim Yahudi telah membebaskannya dengan alasan dia tidak siuman ketika melakukan pembakaran yang keji itu. Tapi perbutan terkutuk itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan akan dikenang sepanjang masa sebagai satu tragedi hitam yang dilumur dalam sejarah Islam yang akan menjadi kenangan genearasi-generasi yang akan datang,

Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tahun 1969 itu telah menjadi pendorong kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam yang kini dianggotai oleh 57 negara.

Umat Islam di seluruh dunia hendaklah berusaha dengan kemampuan masing-masing untuk mencegah regim Yahudi daripada terus melakukan berbagai-bagai aktiviti yang boleh menyebabkan masjid suci itu daripada runtuh. Masjid Al-Aqsa hendaklah dipertahankan, kerana ia amat penting kepada umat Islam.

Ya Allah selamatkan Masjid Al-Aqsa

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP