>> Sunday, June 6, 2010

PERTINGKATKAN SEMANGAT INTIFADAH PLAESTIN

Dalam perjuangan umat Palestin menentang pencerobohan Yahudi sejak tahun 1948 , keadaannya seperti pantai, mengalami pasang dan surut, naik dan turun, semarak dan malap. Akhirnya dalam perjuangan yang berliku-liku itu mereka telah sampai ke satu tahap yang penting dalam sejarah perjuangan mereka. Tahap itu ialah tahap kebangkitan semula atau “uprising” yang dikenali dengan nama “intifadah” Palestin dalam perjuangan mereka menentang rejim Yahudi yang terkenal dengan kekejaman, kezaliman dan keganasan. Gelumbang Intifadah Palestin ini mulai menyala dan membakar pada 9 Disember 1987.

Kalau diteliti perkembanganya, gelombang Intifadah Palestin ini tercetus oleh satu peristiwa berdarah yang menyayat hati pada 8 Disember 1987. Pada hari itu seorang pemandu trak bangsa Yahudi secara sengaja telah melanggar dua buah kereta yang dinaiki oleh warga Palestin. Kejadian itu menyebabkan empat orang warga Palestin telah terbunuh dan tujuh orang lagi tercedera parah akibat kedurjanaan pemandu Yahudi itu. Ini memberi petunjuk yang jelas tentang pandangan tidak berharga orang-orang Yahudi pada umumnya terhadap orang-orang Palestin. Nyawa mereka lebih murah dari nyawa seekor katak puru.

Intifadah Palestin berlaku kerana sebab-sebab yang begitu jelas bertunjang lama dalam sejarah bangsa Palestin dalam menentang kezaliman Yahudi yang menceroboh dan berlaku munkar di tanah air mereka yang tercinta yang tidak dapat dimaafkan lagi bukan sahaja oleh bangsa Palestin tapi juga oleh seluruh umat manusia. Berbagai-bagai kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi ke atas orang-orang Palestin begitu banyak dan tidak terhitung, dan sebahagian kecil daripadanya adalah sebagai berikut:

-Rejim Yahudi bertindak zalim merubuh dan membakar rumah-rumah warga Palestin.

-Rejim Yahudi dengan sewenang-wenangnya menangkap, mengurung dan memenjarakan orang-orang Yahudi tanpa sesuatu sebab.

-Orang-orang Yahudi bertindak keji memperkosa wanita-wanita Palestin tanpa kasihan belas.

-Rejim Yahudi mengusir keluar warga Palestin daripada tanah air mereka, menyebabkan mereka terpaksa hidup menguggusi di negara-negara jiran dalam keadaan yang menderita.

-Rejim Yahudi bertindak memperluaskan lagi kawasan penda-tang haram Yahudi yang datang dari seluruh dunia ke Palestin untuk membuka kehidupan baru.

-Rejim Yahudi meningkatkan pencerobohan dan serangan ke atas Masjid al-Aqsa kiblat pertama umat Islam. Mereka berusaha keras untuk merobohkannya dan di atasnya nanti dirancang akan dibina kuil Yahudi atau Haikal.

-Rejim Yahudi melancarkan serangan menerusi sekatan ekonomi yang rapih, rapi dan berpanjangan menyerbabkan warga Palestin berada di ddalam keadaan terhimpit dan tersepit yang menyebabkan mereka terpaksa hidp penuh dengan penderitaan tanpa sumber ekonomi. Ini mengakibatkan ramai warga Palestin menjadi penganggur dan hidup dalam lautan kemiskinan yang menghibakan.

Akibatnya umat Palestin merasa amat kecewa dengan nasib malang yang menimpa mereka, dan kecewa dengan rakan-rakan seagama dengan mereka, justeru itu amat suka kepada untuk mempercayai kepada usaha yang dilakukan oleh jiran-jiran mereka, kerana tidak pernah mencapai penyelesaian yang muktamad. Justeru mereka tidak lagi percaya kepada perjanjian-perjanjian damai yang diatur oleh negara-negara Arab dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi yang telah berlarutan begitu lama, malah kadang-kadang menambahkan lagi rumitnya keadaan mereka.

Justeru mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan sendiri problem yang mereka hadapi tanpa mengharapkan bantuan orang-orang lain seperti di masa-masa yang lalu yang telah menelurkan hasil yang mengecewakan sahaja dan melahirkan lebih banyak problem kepada mereka.

Peningkatan kesedaran Islam di kalangan umat Palestin, maka dengan itu telah berjaya mengentalkan lagi semangat perjuangan mereka berlandaskan keIslaman, dan bukannya selain dari itu, seperti nasionalisme umpamanya.

Di samping faktor-faktor tersebut masih banyak faktor-faktor lain yang berupa kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi ke atas warga Palestin yang mencetuskan ledakan kemarahan yang berapi-rapi dan membakar yang terus menyala di dada umat Palestin hingga ke hari ini.

Sementara itu ada berbagai-bagai tujuan lagi Intifadah itu dilancarkan oleh warga Palestin, antaranya:

-Untuk membangkitkan semangat perjuangan yang teguh di kalangan umat Islam pada umumnya, dan di kalangan warga Palestin khasnya untuk bangun menentang ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di seluruh dunia amnya, dan di kalangan umat Islam Palestin khasnya.

-Untuk membangkitkan kesedaran tentang kekuatan ampuh yang dimiliki oleh umat Islam untuk menentang sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh musuh-musuhh Islam di selruh dunia amnya dan di bumi Palestin khasnya.

-Untuk mencetuskan kesedaran tentang keadilan Ilahi dalam melakukan sesuatu mengikut ketentuan yang telah ditetapkanNya dan akan berakhir mengikut ketentuanNya dengan rahsia-rahsianya yang tersendiri yang mungkin tidak dapat diselami oleh hamba-hambaNya yang mempunyai skop pemikiran yang terbatas.

-Untuk menghilangkan rasa putus asa dan hilang harapan dalam perjuangan menghadapi musuh-musuh Allah bukan sahaja di Palestin tapi di mana-mana sahaja segenap ceruk dunia ini dan dalam apa keadaan dan kedudukan mereka sekali pun.

-Untuk mengikis rasa sombong dan bongkak di kalangan musuh-musuh Islam, khususnya orang-orang kafir terutama orang-orang Yahudi yang yang menceroboh negara Islam dan menganiyai umat Islam, terutama di Palestin.

-Untuk melemahkan ekonomi musuh-musuh Islam, khsusnya penceroboh Yahudi di Palestin, supaya dengan itu seluruh kekuatan mereka akan menjadi lemah dan runtuh dan tidak berani lagi membuli umat Islam amnya dan warga Palestin khasnya.

-Untuk menyekat penghijrahan orang-orang Yahudi daripada seluruh dunia membanjiri bumi Palestin yang telah melimpah-ruah dengan Yahudi pada hari ini.

-Untuk mencetuskan kesedaran umat Islam, khususnya warga Palestin bahawa isu Palestin bukanlah semata-mata isu sempadan atau tanah air, tapi lebih jauh dari itu lagi, ia merupakan isu agama atau akidah yang tidak boleh diperlekeh-lekehkan oleh setiap orang Islam di mana sahaja mereka berada.

-Dan seterusnya untuk menanam semangat perjuangan di atas dasar yang suci dan murni, iaitu kerana agama dan bukannya kerana sebab-sebab lain yang kurang bernilai di sisi Allah S.W.T.

Mengikut sejarahnya Intifadah bermula selepas solat subuh 9 Disember 1987, sehari selepas peristiwa berdarah di jalan raya yang mencabut nyawa orang-orang Palestin itu berlaku. Pada pagi itu ribuan rakyat Palestin berkumpul dengan semangat yang berapi-api untuk untuk memulakan kembali perjuangan untuk mengembalikan segala hak mereka yang telah dirampas dan maruah mereka yang telah dinodai oleh Yahudi sejak sekian lama tanpa pembelaan. Mereka tidak bersenjata, kecauli anak-anak batu yang mereka pungut di tepi-tepi jalan dan lemparkan ke arah musuh yang menggunakan kereta-kereta kebal dan peluru-peluru meriam yang digunakan oleh tentera-tentera Yahudi yang lengkap bersenjata. Namun begitu mereka tidak mengenal erti takut untuk menghadapi rejim Yahudi yang kejam dan tidak berhati perut itu. Itulah tiupan semangat Intifadah yang telah menyala kembali membakar warga Palestin, termasuk kanak-kanak, para remaja dan para belia Palestin yang berjuang dengan gigih dengan darah dan nyawa mereka sebagai taruhannya.

Sebaliknya rejim Israil telah memberi tindak balas yang keras dan kejam dengan menembak dan menangkap para pejuang yang terdri daripada para belia Palestin yang gagah berani dan berwawasan itu. Rejim Yahudi bertindak ganas secara membabi buta. Mana-mana yang ditangkap dipatah-patahkan tulang-temalang mereka supaya tidak lagi mampu untuk menjadi bakal pejuang Palestin di kemudian hari. Tindakan kejam rejim Yahudi itu mendapat kutukan dan kecaman antara bangsa. Tapi mereka tidak mengendahkannya. Tak kisah, buat macam lembu kenyang. Mereka terus mengganas, terus bermaharajalela. Justeru pada tahun pertama Intifadah dilancarkan seramai 400 orang warga Palestin telah berjaya mereka bunuh, seramai 20,000 orang telah dicederakan, dan seramai 3,400 orang mengalamai kecacatan yang berkekalan. Di samping itu seramai 23,000 orang lagi warga Palestin telah diberkas oleh rejim Yahudi.

Gerakan Intifadah telah berjaya membuka mata dunia tentang kezaliman yang dilakukan oleh Israil keatas rakyat Palestin yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa kekejaman mereka. Tapi kekejaman itu tidak begitu terserlah di mata dunia kerana Israil sering mendakwa mereka adalah rejim yang adil dan demokratik. Justeru gerakan Intifadah itu telah berjaya menganggkat isu Palestin yang telah menjadi sejuk dan dingin sejak sekian lama itu terpampang di pentas antara bangsa, dan menjadi perbincangan global yang menarik dan hangat.

Sementara itu orang-orang Palestin bertindak menyusun kembali strategi perjuangan mereka untuk jangka masa yang panjang, yang tidak diketahui bila kesudahannya. Salah satu bidang penting yang mendapat perhatian mereka ialah bidang ekonomi. Dalam hal ini mereka telah melancar tindakan memboikot barang-barang Israil yang berlambak-lambak membanjiri pasaran Palestin sejak sekian lama dan menggantikanya dengan produk-produk alternatif keluaran sendiri. Justeru dengan itu bererti mereka telah berjaya membuka peluang-peluang pekerjaan yang baru untuk orang-orang Palestin. Sebelum Intifadah, Palestin membekalkan sebanyak 39 peratus daripada buruh-buruh harian mereka untuk berkerja dengan Israil, tapi selepas Intifadah dilancarkan hanya kira-kira 12.3 peratus sahaja yang terpaksa bekerja dengan Israil.

Justeru Intifadah telah menimpakan kesan yang buruk ke atas ekonomi si perakus Yahudi. Tidak lama selepas Intifadah dilancarkan lebih daripada

4000 buah pasar Palestin terpaksa ditutup akibat kekurangan pelanggan, kerana orang-orang Palestin telah memulaukannya. Oleh sebab keselamatan dalam negeri yang tidak begitu terjamin bilangan pelancong-pelancong dari luar negara yang datang ke Israil telah jatuh merosot.

Buat pertama kalinya dalam sejarah penjajahan ke atas Palestin, orang-orang Yahudi merasa panas punggung, tidak selamat berhadapan dengan orang-orang Palestin yang telah mereka seksa dan hinakan begitu lama. Berikut dengan keadaan itu ramai pedatang-pedatang Yahudi yang ketakutan telah melarikan diri dari Israil dan kembali ke negara-negara asal mereka seperti ke Rusia, Poland, Amerika Syarikat dan sebagainya. Dalam masa yang singkat sahaja seramai 600,000 telah melarikan diri dari Palestin yang bukan lagi merupakan negara syurga yang aman buat mereka. Bangsa Palestin telah bangkit kembali dari tidurnya yang lama.

Tapi serentak itu juga rejim Yahudi memberi tindak balas yang lebih teruk, kejam dan ganas terhadap orang-orang Palestin. Mereka bermaharajalela mengganyang, menghirup darah, menyembelih dan membunuh orang-orang Palestin sesuka hati mereka seperti orang gila yang mabukkan darah...........Namun begitu perjuangan tetap diteruskan, walaupun tulang temalang mereka berselerakan.

Demikianlah perjuangan umat Palestin dalam menebus maruah bangsa dan agama mereka. Persoalannya apakah sikap kita terhadap nasib orang-orang Islam Palestin itu? Adakah cukup kepada kita dengan meratap dan menangis kepiluan, mengali air mata kesedihan, atau pun mengigit jari kehampaan?

Kepada seluruh umat Palestin, kepada seluruh umat Arab, malah kepada seluruh umat Islam, semangat juang Intifadah ini hendaklah dikekal dan dipertingkatkan sepanjang masa mengikut kemampan masing-masing sehingga Allah mengurniakan rahmat pertolongannya untuk menyingkirkan kebatilan dan kemunkaran dari seluruh muka bumi Allah ini, hingga bumi Palestine kembali ke riba umat Palestin dan kembali ke dalam dakapan umat Islam yang berhak memilikinya.

Amin!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP