TRAGEDI 30 MEI 2006
>> Tuesday, June 1, 2010
Oleh:Hj. Mohamed Zain Saleh
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami, dan merupakan salah satu peristiwa yang sukar untuk dilupakan
Petang itu aku dan isteriku, Allahyarham Asiah [ya Allah cucurilah rahmatMu ke atasnya] berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, kerana cucuku, Diyana patah tangan, akibat dilanggar oleh seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang basikal ketika cucuku itu berhenti berihat di tepi jalan bersama-sama beberapa orang kawannya sambil memegang basikalnya di kawasan perumahan Tasik Puteri. Selepas melanggar cucuku kanak-kanak itu dan beberapa orang kawan-kawanya terus melarikan diri dengan basikalnya dan sampai ke hari ini tidak dapat dikesan.
Sedang kami menunggu di luar bilik pemeriksaan, tiba-tiba adik bongsu, Siti Meriam menelefon memberitahu berita yang amat mengejutkan. Kakaknya, iaitu adik perempuanku, Safiah yang tinggal di Kuala Trengganu cedera parah kerana dibakar oleh seorang lelaki dan waktu itu berada dalam wad di Hospial Kuala Terengganu. Keadaanya amat membimbangkan.
Berita itu membuat kami jadi gelabah. Hari sudah lewat petang, bagaiamana kami hendak pergi ke Kuala Terengganu? Kami perlu balik ke Tasik Puteri dahulu, sedangkan waktu itu kami berada di Bandaraya Kuala Lumpur,kira-kira 70 kilometer jauhnya. Lagi pun cucuku masih belum selesai dirawat.
Allahamdulillah! Tuhan Maha Kaya. Mujurnya bila sampai ke rumah di Tasik Puteri anakku, Araham Zaini dia pun hendak pergi juga ke Kuala Trengganu melihat emak saudaranya yang kemalangan itu. Alhamdulillah!.
Tidak lama selepas bertolak dari Tasik Puteri, aku menerima lagi satu panggilan teleon dari adikku Siti Meriam memberitahu bahwa adikku Safiah tidak begitu membimbangkan, kerana dia sudah boleh makan. Hati kami terasa sedikit lega Setelah berhenti makan dan solat di tempat persinggahan di tepi lebuh raya kami meneruskan perjalan dengan kereta yang dipandu oleh anakku itu.
Tapi tidak lama kemudian satu panggilan diterima daripada anak saudarakau memberitahu “Mama dah tak ada. Baru sekejap”.
Bila kuberitahu berita kematian itu, isteriku dan anakku yang memandu kereta itu membisu. Untuk beberapa waktu kami semua membatu,melayan gelora fikiran masing-masing Rasa kesedihan dan keharuan menyelubungi kami. Tidak sempat rupanya kami menemui adikku itu untuk kali terakhir.
Sebenarnya semasa bersekolah dahulu aku dan adikku itu amatlah rapit Tapi bila kami berumahtagga, beliau bersama keluarganya tinggal di Kuala Trengganu, dan aku pula di Kota Bharu, kami jadi terpisah oleh jarak tempat kediaman, walaupun hubungan tetap mesra.
Demikianlah adiku Safiah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Trengganu pada hari Khamis I Jun 2006 kerana dibakar oleh seorang lelaki yang tidak siuman..
Adikku adalah seorang pesara guru, ketika itu berusia 6o tahun. Kejadian pembakaran itu berlaku kira-kira pukul 5.45 petang hari Selasa, ketika beliau hendak membelikan makanan ringan untuk cucunya di sebuah kedai kira-kira 70 meter dari rumahnya di Desa Mutiara 11, Gong Badak, Kuala Trengganu.
Ketika berada di kedai itu beliau berbual-bual dengan dua orang peniaga di situ, dan tiba-tiba seorang lelaki yang dikenalinya, berusia 24 tahun menghampirinya.
Dengan secara tiba-tiba lelaki itu, anak kepada pemilik kedai makan di sebelah kedai itu tiba-tiba mencurah minyak tanah ke tubuh adik saya itu.
Kemudian dia menyalakan mancis dan terus membakar adik saya itu tanpa apa-apa sebab. Kejadian itu berlaku dengan pentas tanpa diduga, dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Api itu menjulang dan membakar baju dan bahagian atas bahagian tubuh adik saya itu.
Beliau sempat membuka baju, dan segera bertindak untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuhnya itu.
Selepas api dapat dipadamkan, dia masih dapat berjalan menuju ke sebuah kereta seorang peniaga yang bersedia untuk membawanya ke hospital untuk menrima rawatan.
Cucunya Mohd Amirul Hakim Sazali pada waktu itu berusia 6 tahun yang ada bersama-samanya menangis bila melihat api menjulang membakar neneknya hidup-hidup seperti itu.
Beliau mengalamai cedera parah, di mana 75 pratus daripada tubuhnya telah terbakar.yang membawa keapada kematiannya pada hari Khamis 5.45 petang. 31 Mei, 2006.
Waktu kejadian negeri itu berlaku, suaminya Othman Omar berada di Pulau Pinang dan sempat melawat isterinya di hospital yang waktu itu masih boleh bercakap.
Menurut beliau kesan terbakar pada tubuh istrinya itu amat teruk sehinggakan mukanya nampak hitam dan melecur.
Anak perempuanku, Noorbaiti Zaini yang sempat menziarahi emak saudaranya itu di wad, sampai ke hari ini masih truma bila mengingati emak saudaranya yang terbaring di atas katil dalam wad di hospital.
Keluarga adikku memang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga lelaki yang membunuhnya itu. Dan dia sering menghantar makanan yang dimasak oleh ibunya ke rumah mereka bila ditempah. Lelaki itu memangil adikku itu “Mak Yah”.
Jenazah beliau dikebumikan pada petang Khamis 1 Jun, 2006, di Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Trengganu dalam suasana yang penuh kepiluan.
Demikianlah perginya seorang insan ke sisi Tuhannya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya. Amin!
0 comments:
Post a Comment