PETAKA LPT, TOLONG DOAKAN KAMI

>> Wednesday, July 29, 2015







PETAKA LPT, TOLONG DOAKAN KAMI




Petang itu saya menerima sebuah berita dari WhatApp yang datangnya dari anak saya. Waktu itu anak saya, Arham Zaini dan keluarganya  dalam perjalanan dari Kuantan ke Selangor.







Dalam message itu beliau berkata,




“ Papa tolong doakan kami. Waktu ini kami dalam perjalanan balik ke rumah. Kami melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Bila sampai dekat Lancang ada kemalangan berlaku.  Banyak pokok-pokok di tepi jalan telah tumbang ke atas jalan raya menghadang perjalanan. Ada cakap-cakap mengatakan ada beberapa buah kenderaan di hadapan telah dihempap pokok-pokok yang tumbang itu. Nasib baiklah kami bertolak lewat sedikit dari Kuantan, kalau tidak mungkin kami juga terperangkap dalam kawasan pokok-pokok yang tumbang itu. Kami harap kami selamat dan tidak begitu lama berada dalam kereta di paingir jalan ini untuk meneruskan perjalanan. Doakan kami”.



Begitulah antara lain bunyi message WhatApp itu setelah diubahsuai sedikit untuk tujuan penulisan ini



Kemudian dikirimkan juga  beberapa keping foto di sekitar petaka tersebut yang menggambarkan kesesakan jalan yang terpaksa ditempohnya. Tapi oleh sebab-sebab foto-foto itu tidak dapat segera  di Download, kerana khidmat Internet yang bertambah meroyan sejak Bulan Ramadan lagi hingga ke hari ini, maka baru semalam kami dapat melihat foto-foto itu yang kita siarkan sebahagian darinya di sini walaupun telah agak terlewat. 


Tujuan kami ialah untuk memberi peringatan kepda para pengguna lebuh raya itu, termasuk dari kami sendiri, supaya lebih berhati-hati ketika memandu melaluinya, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang tidak menentu-kalu.


Alhamdulillah beliau dan keluarga selamat sampai ke tempat yang dituju, Sungai Buloh, setelah jalan selamat dilintasi. Beliau mengambil masa selama tujuh jam lebih untuk sampai kerumah. Sedangkan dalam perjalanan menghala ke Kuantan sehari sebelum itu katanya, beliau hanya mengambil masa kira-kira empat jam sahaja.
 


 




Sebelum itu, beliau hanya beberapa kali melalui LPT itu. Kali pertama ialah sehari sebelum Hari Raya Idilfitri yang lalu ke Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk sampai ke Kota Bharu, sedangkan pada masa-masa yang lalu, kalau di musim perayaan seperti itu masa yang diambil untuk sampai ke Kota Bharu ialah tidak kurang dari dua belas jam, malah lebih lama lagi.




Alhamdulillah! Semua selamat.




Dua hari sehari sebelum itu, para jamaah di Masjid al-Qasimi Pasir Tumboh, Kota Bharu telah menyembahayangkan jenazah seorang kanak-kanak lelaki selepas solat Subuh. Kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada empat orang mangsa kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur sebelum itu.




Setiap orang yang pernah melalui LPT bila mendengar ada sesiapa yang ingin melalui lebuh raya itu akan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat-ingat kerana kemalangan dilaporkan kerap kali berlaku di lebuh raya itu dan ada di antaranya  yang telah meragut nyawa sejak jalan itu dibuka untuk laluan.




Kebanyakan mereka berkata kemalangan banyak berlaku di LPT kerana beberapa sebab, antaranya:




 


-Kerana lebuh raya itu tidak elok keadaanya, bertinggi rendah, menyebabkan kenderaan melambung-lambung ketika melaluinya, terutama jika dipandu dengan laju.




-Lebuh raya itu masih belum berpagar, kerana itu binatang-binatang hutan yang ada ada di kiri jalan mungkin akan  melintas jalan atau berkumpul atas lebuh raya yang akan mengancam keselamatan para pemandu.




-Lebuh  raya itu keadaannya lurus-betul yang amat panjang, dan ini boleh menyebabkan para pemandu menjadi ralik atau seronok memnadu yang boleh menyebabkan mereka terlalai yang boleh menimpakan kemalangan ke atas mereka.



Alhamdullilah, setakat ini masih belum ada kisah-kisah atau laporan-laporan yang mengaitkan kemalangan-kemalangan di LPT itu dengan kejadian-kejaian anih atau kisah-kisah mistri.



Laporam akhbar keesokah harinya, iaitu pada 27 Julai 2015 menjelaskan sepanjang hampir kira-kira 10 kilometer dari lebuh raya itu, iaitu di kilometer 85, dekat Lancang telah berlaku petaka pokok-pokok di tepi-tepi jalan telah tumbang ke atas lebuh raya yang menghalang perjalanan. Ini berlaku akibat hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan tersebut.





Bencana yang menimpa pada kira-kira pukul tiga petang itu menyebabkan lima buah kenderaaan mengalami keroskan teruk ditimpa pokok yang tumbang.




Namun begitu, tidak ada nahas jiwa yang dilaporkan berlaku dalam bencana tersebut yang dilaporkan berlangsung kira-kira selama 10 minit.




Setelah lebuh raya itu dibersihkan oleh pihak yang berkuasa, lebuh raya LPT itu boleh digunakan semula tidak lama kemudiannya.




Walau bagaimanapun, setiap pemandu yang ingin melintasi lebuh raya itu hendaklah memberi perhatian yang lebih serius kepada faktor-faktor keselamatan, supaya tidak terlibat dalam petaka yang tidak diingini.





Lorong Masjid,

Kg.Kubang Siput,

PT.KB.Kelantan Darulnaim.










Read more...

HARAPAN, JANGAN PUTUS

>> Monday, July 27, 2015





HARAPAN, JANGAN PUTUS


Harapan ialah sesuatu yang dihasrat atau dicita-cita untuk diperolehi atau didapati. Sesuatu yang positif atau negatif. Kita mengharap untuk menemui seseorang atau kita berharap untuk tidak menemuinya. Kita berharap dia berjaya, atau sebaliknya kita berharap dia tidak berjaya atau gagal.


                                         Matahari yang membawa pengharapan


Harapan memain peranan yang penting dalam kehidupan kita, mungkin lebih penting dari apa yang kita sangkakan. Harapan itu boleh diibaratkan denyut jantung atau nafas dalam sesebuah kehidupan, kerana ia memain peranan penting dalam pembentukan hidup kita. Justeru hari ini adalah menjadi bukti penjelmaan kepada pengharapan kita kelmarin yang telah  menjadi kenyataan.

         
          Harapan itu bukan perasaan atau emosi tapi sesuatu yang bercambah di dalam minda kita sendiri. Ia berasal dalam dalaman diri kita. Justeru ia mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja pada diri kita, tapi juga kepada manusia sekeliling kita.


          Sementara itu disedari atau tidak, mereka juga akan menaruh harapan seperti kita, dan juga akan membantu kita untuk mencapai pengharapan kita itu. Oleh sebab itu mempunyai harapan yang baik atau positif amatlah berguna, untuk diri kita dan juga untuk orang sekeliling kita. Sebaliknya harapan yang negatif dan merosakkan, akan membinasakan diri kita dan orang-orang sekeliling kita dengan cara yang tersendiri pula, dan saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain ke arah kenegatifan.


          Dengan  itu semuanya akan berakhir dengan kekecewaan yang merugikan.


          Mempynyai harapan adalah merupakan benteng utuh untuk menghalang rasa putus asa dan kecewa tanpa pengharapan daripada memunsnahkan kita. Ia menghalang kita daripada menjadi manusia yang murung dan dukalara yang tidak wajar sama sekali.


          Kita percaya, pada waktu ini, pada detik ini, kalau kita periksa diri kita, sudah tentu kita akan sedar bahawa kita yang hidup ini mempunyai atau menyimpan pengharapan yang boleh kita hidup dengan selesa. Ia bukannya satu harapan, tapi mungkin harapan yang berganda-ganda. Harapan  untuk waktu ini, hari ini dan harapan untuk hari besok yang akan menjelma nanti.


          -Kita mengharap sesuatu yang lebih baik akan berlaku.


          -Kita berharap kita akan mendengar sesuatu perkhabaran gembira dan menyenangkan hati,


          -Kita berharap segala problam yang melengkari hidup kta sekarang akan berakhir dengan izin Allah.


          -Kita berharap anak-anak kita akan lulus dalam ujian atau peperiksaan mereka.


          -Kita berharap kita akan sembuh daripada penyakit yang kita hidapi dan kembali sihat semula, andainya kita sakit.


          Demikianlah kita mengharapkan itu dan ini, termasuklan mungkin harapan yang tidak wajar atau tidak masuk akal sekalipun.


          Namun begitu adalah satu sikap yang salah sama sekali andainya kita mengambil sikap berpeluk tubuh atau bermalas-malas tanpa usaha untuk melihat harapan atau harapan-harapan kita itu menjelma menjadi kenyataan.


          Orang-orang seperti itu berandaian semuanya akan berjalan dengan sewajarnya walaupu tanpa berusaha untuk mencapai apa yang menjadi harapan mereka. Harapan dan andaian dua perkara yang berlainan. Menaruh harapan adalah sesuatu yang baik, tapi menaruh andaian adalah sesautu yang masih di awang-awangan, di mana kita tidak boleh bergantung hidup kepadanya. Sedangkan kebanyakan orang suka hidup dengan andai-andaian yang menghiburkan mereka.


          Sedangkan kita manusia mesti berusaha. Tidak ada sesuatu yang datang dengan begitu sahaja jika kita berpeluk tubuh, mengharapkan semuanya akan selesai tanpa usaha. Sebaliknya kita mesti berusaha untuk menjauhi bencana, malapetaka atau kerugian yang mungkin akan menimpa kita. Kita tidak boleh bertawakal bodoh, menyerahkan bulat-bulat diri kita pada takdir yang akan datang.


          Tidak ada sesuatu pun yang diperolehi oleh manusia di dunia ini tanpa usaha. Udara yang percuma itu pun, kita terpaksa bernafas untuk menyedutnya, kalau tidak, kita tidak boleh mengambil udara untuk hidup kita. Hidangan yang ada di hadapan kita pun, perlu disuap, dikunyah dan ditelan barulah sampai ke perut kita.


          Segala usaha yang kita lakukan itulah yang akan mengukuhkan lagi harapan kita dengan kepercayaan bahawa segala harapan kita itu akan berjaya diraih dengan sewajarnya. Setelah kita berusaha dengan, sebaik-baiknya, maka tibalah masanya untuk kita berdoa dan berharap kepada Allah untuk mengkabulkan segala harapan kita itu.


          Anda tidak boleh mengharap untuk menjadi seorang penulis atau pengarang, andainya anda tidak mahu menulis.


          Anda tidak boleh mengharap menjadi seorang pelukis, andainya anda tidak ingin melukis.


          Anda tidak boleh mengharap untuk menjadi seorang penyanyi, andainya anda tidak ingin membuka mulut untuk menyanyi.


          Anda tidak boleh mengharap untuk memandu kereta, andainya anda enggan naik kereta dan memandu kereta.


          Tegasnya tidak ada sesuatu pun yang menjadi pengharapan anda itu akan berjaya tanpa usaha yang sewajarnya. Untuk jadi pengarang, untuk jadi pelukis, untuk menjadi penyanyi, untuk menjadi pemandu, semuanya mesti diushakan. Itulah yang membuah dan menghasilan pengharapan.


          Hanya orang-orang yang malas dan tolol sahaja yang mengharapkan sebaliknya- sesuatu dicapai tanpa usaha.


          Oleh itu untuk hidup riang dan gembira, anda mestilah menaruh harapan- dan harapan itu mesti sebuah harapan  yang realistik yang disusli dengan usaha.


          Namun begitu, cubalah renungkan, ada banyak perkara yang boleh membuat seseorang hilang harapan, putus asa dan kecewa. Sesuatu perkara yang tidak diharap-harapkan sama sekali akan  berlaku, tapi telah berlaku  menimpa ke atas seseorang yang boleh meruntuhkan harapanya yang positif.


          Berbagai-bagai penyakit yang berat dan kronis, boleh menyebabkan seseorang hilang pengharapan. Seseorang yang terlantar di pembaringan kerana diserang penyakit kornis, atau ditimpa nahas yang meragut keupayaan fizikalnya adalah sebahagian daripada contohnya. Demikian juga dengan orang-orang yang musnah hidupnya kerana hutang-hutangnya, yang menderita kelaparan, menjadi gelandangan tidak berumah, orang-orang dilanda kekeceweaan, pasangan yang dikhianati oleh suami atau isteri yang tidak setia, dan seumpamananya yang boleh menyebabkan si penderitanya terlempar di dasar lautan negatif yang harapannya telah mengalami kerosakan, dan mereka menghadapi saat-saat yang negatif yang getir dalam hidup.


          Namun begitu, orang-orang yang beriman dan bertaqwa serta mempunyai semangat yang waja, sabar, dan fikiran yang terbuka, mereka tidak akan musnah dan hancur lebur , baik dari segi mental dan fizikalnya. Kepada mereka harapan masih tetap ada, dan harapan itulah menjadi penawar yang ampuh untuk menyembuhkan segala kekecewaan, keputusasaan, kehinaan, dan kehampaan yang telah melanda hidup mereka.


          Allah melarang hamba-Nya berputus asa melalui firman_Nya yang bermaksud:


          “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang kafir”.Yusuff [12] :87.


          Harapan inilah yang memberi pengharapan kepada mereka untuk terus hidup, dan menyelesaikan segala problam yang dihadapai.


          Mengharap tanpa usaha, bukan sahaja mengcewakan, malah boleh dianggap suatu dosa yang tidak patut berlaku. Berharap dan berusaha itu kebenarannya. Bangkitlah bersama pengharapan. Saling bekerjasama bantu membantu dan membina serta menjayakan pengharapan yang positif.


Dan harapan semata, tidak membawa perubahan tanpa usaha. Kita mesti brusaha dan berharap, atau berharap dan berusaha, semoga harapan kita menjelma menjadi kenyataan. Itulah undang-undang kehidupan, itulah sunnah Allah.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau mereka sendiri tidak mengubahnya.

Allah berfirman, maksudnya:
          “Sesungguynya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. Al-Ra’ad [13]: 11


Lorong Masjid,
Kg.Subang Siput,
PT.KB.Kelantan Darulnaim.


         

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP