MENARA CONDONG TELUK INTAN YANG MENGGAMIT HATI
>> Sunday, November 17, 2013
“Maka
apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang
dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka
dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang
buta ialah hati yang di dalam dada”. Al-Haj: 46.
[Klik Ke Kg. Gajah Dalah Lakaran Sejarah Perak]
Waktu kami sampai di Bandar Teluk Intan Menara Condong yang menjadi kebanggaan penuduknya telah mulai diselubungi kegelapan senja yang mulai melabuhkan tirai malamnya. Pejabat Menaranya telah pun ditutup sejak pukul lima petang lagi. Justeru kami terpaksa berpuas hati dengan berkeliling dan berputar di bangunan Menara Condong itu,
Waktu kami sampai di Bandar Teluk Intan Menara Condong yang menjadi kebanggaan penuduknya telah mulai diselubungi kegelapan senja yang mulai melabuhkan tirai malamnya. Pejabat Menaranya telah pun ditutup sejak pukul lima petang lagi. Justeru kami terpaksa berpuas hati dengan berkeliling dan berputar di bangunan Menara Condong itu,
Dataran luas menara itu kosong. Hanya ada beberapa orang melintas untuk menyeberangi jalan yang mengeliling menara itu. Di kaki menara pula ada beberapa orang wanita, termasuk kanak-kanak duduk-duduk dan menghadapi makanan. Ada khemah kosong didirikan di kaki menara itu.
Dataran
itu dibina sekeliling menara oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan pada tahun
1997, dan menjadi kawasan riadah penduduknya hingga ke malam hari.
Menara Condong ini sekarang milik Muzium Negeri Perak dan diselia oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Ia
betul-betul terletak di jantung bandar Teluk Intan, iaitu di sudut Jalan Selat
dan bersebelahan dengan Jalan Bandar. Sementara Teluk Intan adalah bandar ketiga
terbesar di Selatan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Menara Condong itu telah lama menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan dan menjadi kebanggaan penduduknya. Ia dikenali juga sebagai Jam Tinggi.
Mengikut
sejarahnya nama Teluk Intan berasal dari nama seorang janda lawa yang namanya
Mak Intan yang berasal dari Sumatera Indonesia yang juga seorang peniaga dan
peneroka tempat tersebut. Tapi dalam zaman penjajahan, pada 1 Januri 1882 nama
Teluk Intan telah ditukar kepada nama Teluk Anson semepena nama seorang gobenor British,
Jeneral Archibold Anson. Tapi selepas negara mencapai kemerdekaan, pada 1
Januari 1982 nama Teluk Anson ditukar kembali kepada nama Teluk Intan.
Menara Condong Teluk Intan dibina oleh seorang kontraktor berbangsa Cina namanya Leong Choon Chong atau Ah Cheong 128 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1885.
Kecondongannya
satu darjah dari arah Barat Laut. Pada peringkat asalnya ia dibina dalam
keadaan menegak, tapi menjadi condong dalam banjir besar yang melanda negeri
Perak pada tahun 1889 dan 1895. Faktor lain yang menyebabkan menara itu condong
ialah kerana ia dibina atas tanah yang lembut dan kerana ia menampung tangki
air yang berat.
Pada asalnya tujuan menara itu didirikan ialah untuk dijadikan tangki air untuk kegunaan masa kecemasan, seperti di musim kemarau untuk membekalkan air kepada penduduk bandar tersebut atau bila berlaku kebakaran untuk dijadikan bahan pemadam api dan sebagainya. Pada masa itu khidmat bomba masih belum ada. Tapi tangki air ini tidak digunakan lagi selepas Tangki Air Changkat Jong siap dibina. Bekalan air Menara Condong ini disedut dari Sungai Perak.
Ia juga
dilengkapkan dengan sebuah jam besar, yang telah dipasang di menara itu sejak
tahun 1894 dan dibeli dari London buatan firma J.W. Benson Ludgethill. Justeru itu
Menara Condong itu dianggap sebagai Penjaga Masa.
Dalam Zaman Pendudukan Jepun 1942-1945, tentera-tentera Jepun telah menjadikan Menara Condong itu sebagai menara kawalan untuk meninjau kemuculan musuh-musuh mereka. Sebagai bangunan kententeraan Jepun, sebahagian daripada bagunan kayunya telah rosak, terutama pada bahagian atasnya.
Bombong puncak
menara kelihatan seakan-akan tudung saji dan sementara bumbung serambinya pula
berbentuk pisang sesikat yang meliliti bangunan menara itu.
Menara Condong Teluk Intan ini tingginya 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga untuk menghubungi dari setinggkat ke setinggkat dalam keadaan melengkung.
Jika dipandang dari
arah luar menara itu kelihatan bertingkat 8 tapi sebenarnya ia mempunyai tiga tingkat
sahaja.
Justeru arkitek
menara itu seorang Cina, maka Menara Condong Teluk Intan itu dibina dengan
konsep pagoda, iaitu bangunan keagmaan orang Cina.
Bahan binaannya
terdiri daripada kayu dan batu. Keadaannnya mengucup ke atas. Garis pusat di bahagian tapak asasnya
mempunyai keluasaan 13 meter, sementara tingkat atasnya pula mempunyai garis
pusat seluas 8.2 meter. Tapak asasnya dibina dari susunan batu bata.
Sementara di bawah
bangunan menara itu digali sebuah telaga sedalam 4.3 meter yang berguna untuk
menjaga keselamatan menara jika berlaku gegaran bumi yang kuat di sekitar
tempat itu.
Jika berbicara
tentang Menara Condong Teluk Intan ini orang sering membandingkanya dengan
Menara Condong Pisa di Itali yang termasyur itu. Walaupun Ketinggiannya
kira-kira separuh lebih lebih tinggi daripada ketinggian Menara Condong Teluk
Intan, iaitu 55 meter, sedangkan Menara Condong Teluk Intan hanya setinggi 25
meter sahaja. Namun begitu ia masih dianggap sebagai menara condong kedua di
dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Pada hari ini menara
condong itu tidak mempunyai peranan sebagai sumber bekalan air lagi, kecuali
sebagai salah satu daya tarikan pelancung ke Perak amnya dan ke Teluk Intan
khasnya. Sementara itu ia masih menjadi penunjuk waktu, di mana jamnya masih
terus berdenting setiap 15 minit sekali yang dapat didengar sejauh lima
kilometer, terutama pada waktu malam yang sepi.
Walaupun telah berusia lebih seratus tahun dibina dari kayu dan batu, Menara Condong Teluk Intan ini masih kuat dan utuh, menepis terjahan masa dan terpaan hujan dan panas yang silih berganti sebagai fenomina alam semula jadi.
Dan walaupun usiaanya
telah larut jika dibandingkan dengan usia manusia, tapi ia tetap masih menggoda
jika dipandang, terutama kepada para pelancong yang baru pertama kali menatap
wajahya.
Kami tinggalkan Bandar
Teluk Intan dengan Menara Condongnya yang masih menggamit di layar ingatan
dalam kelarutan aroma senja yang membalut sekeliling yang telah bermandi cahaya
lampu-lampu yang gemerlapan.
0 comments:
Post a Comment