'PUNAH - M. SHAHIR ABDULLAH BERBICARA TENTANG "PUNAH"- apa yang "PUNAH?

>> Saturday, November 23, 2013




SETANGGI KOTA BHARU XXXIII




Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXIII ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  M.SHAHIR ABDULLAH  berjodol PUNAH.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.

PUNAH

Dalam penggembaran

Di rantau mana

Bisa ketemu jua

Lorong

Hotel

Pantai

Kereta

Ada cumbuan

Ada persetubuhan haram.


Pesta pada nabi

Diagong di mana-mana

Tokoh besar dan bapa menteri berwejangan

“Bahawa hidup ini

Pusaka nabi pegangan utuh”.


Tapi sekelip mata

Syaitan dipeluknya

Restu buat damai

Terhantuk ke batu pejal

Musnahlah moral

Punahlah keimanan

Dan syurga kian menjauh.



M. SHAHIR ABDULLAH

JELAWAT KELANTAN. 
 


                                                                     
                                                              

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP