SENJA DITANGISI-KENAPA SALEK MANHAR MENANGISI WAKTU SENJA?

>> Friday, November 22, 2013











SETANGGI KOTA BHARU XXXII





DALAM ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU XXXII ini,  kita siarkan sekali lagi sebuah puisi karya  SALEK MANHAR berjodol SENJA DITANGISI.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.

[Klil: Ke XXXI]





 
SENJA DITANGISI


Kelmarin senja pergi ditangisi  penggembara

Dari perasaan seribu duka dengan sebuah kisah

Hati luka- ufuk merah menghiris perasaan

Nan sayu bikin gadis jadi rindu.


Hari ini dan esok senja datang lagi

Menghurai kenangan kasih yang telah berlalu ngilu

Datang lagi perasaan mendadak dengan nafas termengkelan

Ditekan warna buana yang meragut perasaan

Senja yang ditangisi

Dari kisah lembaran dan gadis putus asa

Mahu bikin satu tugu di hati buat lambang bersama

Tapi nasib meniti malang.


Hati yang ranah kian menanah

Lambang dan hasrat musnah

Bunga kembang berwarna usang

Tugu di hati penggembara rebah malang.


Ke mana sahaja hati mahu dibawa

Pedih dengan hasrat kecewa

Sedu sedan gadis penawar

Ditinggalkan senja nan bermega.


SALEK MANHAR

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP