Kampung Gajah, Maka Kami Pun Sampai Di Kampung Gajah, Perak
>> Thursday, November 14, 2013
KAMPUNG GAJAH, MAKA KAMI PUN SAMPAI DI KAMPUNG GAJAH
[“Katakanlah
[Muhammad]: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang yang mendustakan itu]. Al-An’am: 11].
SEJAUH yang saya ketahui ada beberapa tempat di negara kita yang nama tempatnya dikaitabadikan dengan nama gajah, sejenis hewan yang besar dan gagah perkasa.
Antara
tempat-tempat tersebut ialah:
-Kampung
Gajah yang terletak di Perak.
-Batu
Gajah. Sejauh yang diketahui ada dua tempat bernama Batu Gajah. Satu tereletak
di Perak dan satu lagi terletak di Tanah Merah Kelantan.
-Kampung
Gajah Mati. Sebuah kampung yang terletak di pinggir Sungai Kelantan dalam
bandar Kota Bharu, Bandar Raya Islam, Kelantan.
-Kampung
Kubu Gajah, terletak di Sungai Buloh, Selangor. Di sini tinggal seorang
sejarahwan yang terkenal, Dr. Abdul Rahman al-Ahmadi.
Kami memijakkan kaki di Kampung Gajah, Perak, pada hari Jumaat 10 November 2013. Kami hanya berdua, saya dan anak saya, Arham Zaini. Tujuan kami ialah untuk menziarahi anak saya Ahamad Syaibani Zaini yang baru beberapa bulan bertugas di Perak dan tinggal di Kampung Gajah.
Sebelum
bertolak pagi itu dari Sungai Buloh kami menghubungi sahabat di Perak bertanyakan arah jalan yang
patut kami lalui untuk sampai ke Kampung Gajah. Tapi beliau teragak-agak untuk
menjelaskannya, kerana katanya beliau tidak pernah melihat banyak penunjuk-penunjuk
arah jalan yang dipasang di tempat-tempat yang perlu untuk diikuti oleh para pemandu
yang tidak pernah mengenali Kampung Gajah. Justeru itu kami terpaksa menggunakan
khdimat tunjuk jalan yang disediakan oleh Google menerusi
handfon kami.
Pandu jalan Google itu memandu kami ikut jalan kampung yang tidak sibuk dan tidak mempunyai sebarang pondok tol untuk mengenakan bayaran. Alhamdulillah perjalanan kami selesa dan selamat, sehingga kami sampai ke Kampung Gajah. Kemudian kami dibawa oleh anak saya, A. Syaibani Zaini ke Home stay yang telah sedia ditempahnya terlebih dahulu itu.
Andainya
kami tidak menggunakan pandu arah jalan Google, kami akan mengalami kesulitan
untuk memilih jalan yang betul bila sampai di sesuatu persimpangan, kerana
tidak mempunyai papan penujuk arah. Kenapa begitu?
Sejurus
selepas kami sampai, azan Zohor dikemundangkan. Kami bergegas mengambil wuduk
dan pergi solat Jumaat di masjid yang tidak berapa jauh dari tempat kami menginap
di perumahan Taman Cahaya. Kami tinggal di sebuah rumah teres di situ yang
telah dijadikan home stay oleh empunya rumah.
Keadaannya selesa. Kemas dan bersih. Mempunyai tiga bilik. Bilik utamanya mempunyai airkon. Ada dapur dan peti ais. Pinggan mangkuk, periuk belanga, penjerang air dan sebagainya. Bahagian berandanya luas, boleh parkir dua buah kereta. Sewanya pun berpatutan.
Bila kami sampai di masjid, saya
lihat di pintu pagar hadapan masjid tertera nama Masjid Sultan Azlan Sah.
Masjidnya tidak besar sangat. Berhawa dingin. Saya difahamkan kebanyakan masjid
di sekitar Kampung Gajah dilengkapkan dengan airkon. Waktu kami melangkah
memasuki masjid, Khatib mulai membaca khuthbah Jumaat. Kami tidak pasti adakah
masjid itu penuh dengan orang berjumaat, atau tidak kerana kami duduk disaf
hadapan? Sebelumnya kami telah mendengar beberapa cerita tentang masjid-msjid
di Kampung Gajah Perkara ini mungkin akan saya sentuh kemudian nanti.
Selesai solat Jumaat kami terus pergi ke sebuah kedai makan yang terletak tidak berapa jauh dari masjid. Kedai makan dalam kampung, dekat dengan sebuah taman perumahan dan tidak berapa jauh dari jalan yang tidak kami tahu entah ke mana. Waktu kami sampai itu, orang sudah tidak ramai lagi. Hanya beberapa orang sahaja yang sedang makan, kerana waktu itu hari sudah lewat tengah hari. Bekas-bekas laukpun banyak yang kosong. Justeru kami tidak mempunyai banyak pilihan.
Daripada
berbagai-bagai jenis masakan itu, ada sejenis yang luar biasa yang tidak pernah
kami temui di tempat-tempat lain, iaitu sambal yang diperbuat daripada kelapa parut
yang rasanya cukup pedas. Ia digemari oleh peminat-peminat pedas, tapi bukan
saya.
Walau
bagaimanapun, saya diberitahu makanan yang termasyur di Kampung Gajah ialah
pulut durian, rendang tok, dodol durian dan pajeri nanas. Saya ingin mengetahui
benar, bagaimanakah cara orang Kampung. Gajah makan pulut durian, adakah serupa
dengan orang Kelantan, makan dengan santan kelapa mentah?
Selepas itu dalam perjalanan pulang ke Home stay kami singgah terlebih dahulu di rumah sewa anak saya yang letaknya berhampiran dengan home stay kami tinggal. Dia menyewa berdua dengan kawannya dengan harga RM300 sebulan. Kedua-duanya guru, dan kedua-duanya berasal dari Kelantan. Kedua-duanya sudah mempunyai isteri yang tinggal di rumah, tapi mereka kedua mengajar di sekolah yang berlainan.
Selepas
balik ke Home stay kami berihat-rihat sekejap sementara menunggu waktu Asar.
Selepas Asar kami bertiga dengan kereta yang dipandu oleh Ahmad Syaibani
meninggalkan rumah dengan membawa tiga tujuan, iaitu pergi ke Pasar Malam
Kampung Gajah, melihat sekolah di mana anak saya mengajar, iaitu Sekolah Seri Cangkat, dan untuk mengunjugi Teluk Intan yang termasyur dengan Menara
Condongnya.
Waktu kami sampai, peniaga-peniaga di pasar malam masih belum membuka perniagaan mereka. Letaknya memanjang sepanjang bahagian kepala jalan yang kami makan nasi tengah hari tadi. Hanya beberapa orang sedang membuka khemah perniagaan mereka. Waktu masih terlalu awal. Oleh itu kami terus ke sekolah anak saya megajar.
Sekolahnya agak jauh ke dalam kampung, melalui hutan-hutan, sawah- sawah padi dan ladang kelapa sawit, sungai dan bekas lombong yang dijadikan tempat memancing ikan. Waktu kami melintasi salah sebuah dari bekas lombong itu kami melihat ada beberapa orang, lelaki dan wanita sedang memancing ikan dan ada orang yang sedang menebar jala.
Jarak
sekolah kira-kira 15 km dari jalan besar, dan tiga puluh km dari Kg. Gajah
tempat anak saya tinggal. Jalan masuk ke sekololah tidak berapa elok, telah
rosak. Berbonggol-bonggol dan berlubang dan berbatu krikil. Walau bagaimanapun
jalan itu nampaknya sedang dalam proses pembaikian. Adalah diharapkan ianya
tidak memakan terlalu lama masa untuk diselesaikan.
Sekolah tersebut letaknya di pinggir kampung dan di tepi bendang sawah padi. Tidak pula kelihatan rumah-rumah berhampiran dengan sekolah tersebut. Justeru kemungkinan sekolah itu tidak mempunyai ramai pelajar.
Kami
tidak lama di situ, kerana hari kian mendekati malam. Kami keluar ikut jalan
yang lain untuk sampai ke jalan besar, dan menuju ke Telok Intan, kira-kira 30
km dari Kg. Gajah. Kami terus menuju ke Menara Condong.
Waktu
kami sampai itu hari sudah senja. Kami lihat menara itu condong ke arah kanan.
Tidak ramai orang di sekitar halaman menara yang luas itu. Hanya ada beberapa
orang wanita yang sedang makan di kaki menara itu bersama dengan dua orang
anaknya. Kami tidak boleh menaiki menara itu, kerana perkhidmatannya telah
ditutup mulai pukul 5.00 petang. Justeru kami terpakasa berpuas hati dengan
berpusing-pusing di sekitar menara itu.
Ketika
kami sedang merakam foto dalam suasana yang bertambah kelam itu tiba-tiba
suara azan Maghrib bergema mengalun dari masjid yang berdekatan membelah
keheningan petang di bandar Teluk Intan di mana lampu-lampu kedai di
sekeliing menara itu kelihatan telah pun menyala, terutama kedai-kedai makan yang
bersiap siaga untuk menerima para tamunya menjamu selera.
Kemudian
kami segera meninggalkan Menara Condong itu untuk solat Maghrib di masjid yang letaknya
memang tidak berapa jauh dari menara itu. Masjid Teluk Intan yang besar dan
juga berhawa dingin, untuk menambahkan keselesaan kepada para jemaah yang bersolat.
Selepas
solat kami pun beredar untuk balik ke Kampung Gajah sambil mencari tempat untuk
makan malam. Kami berhenti di sebuah resturan yang terletak di pinggir
jalan. Mungkin kerana terlalu awal malam, resturan yang agak besar itu masih belum ramai dengan pelanggan.
Justeru kami dapat makan dengan selesa dan bayaran yang dikenakan pun berpatutan dengan apa yang kami makan.
Kami
sampai ke Home stay Perumahan Taman Cahaya Kampung Gajah pukul 10.30 malam untuk
berihat. Kerana malam telah larut, kami terlepas untuk berkunjung dan melihat suasana
Pasar Malam Kampug. Gajah dan untuk melihat dan membeli sesuatu yang mungkin
menarik hati kami. Saya bermaksud untuk mencari dan membeli anak pokok loner
atau pokok nona yang mungkin dijual di pasar malam itu untuk ditanam di rumah.
Pagi besoknya
kami bertolak ke Lumut untuk pergi ke Pulau Pangkor yang tidak ada langsung dalam
rancangn awal kami. Letaknya kira-kira 40 km sahaja dari Kampung. Gajah.
Alang-alang sudah sampai di sini, baik juga kami ambil kesempatan pergi ke
Pulau Pangkor, kerana kami pun belum sampai ke sana. Walaupun masa kami ketat,
dan terpaksa membatal beberapa rancangan kami untuk dilakukan di Kampung.
Gajah, seperti berkunjug ke gerai menjual Labu Sayung, dan melawat
tempat-tempat bersejarah.
Dengan
bantuan seorang rakan anak saya, yang juga seorang guru, kami tidak menaiki
fery di pekan Lumut, tapi menaiki fery di Marina Island, sebuah pulau buatan untuk ke Pulau Pangkor. Dari situ perjalanan kami ke
Pulau Pangkor hanya mengambil masa 10 minit sahaja, tapi kalau dari pekan
Lumut perjalanannya mengambil masa kira-kira empat puluh lima minit. Tambangnya
RM 10 seorang pergi balik.
Bayaran
parkir di Marina Island selesa jika
dibandingkan dengan harga parkir di sekitar Kuala Lumpur yang mahal. Cuma
bayaran masuk tandasnya tidak berpatutan, 50 sen, sedangkan nilai harga keadaan
tandas yang seperti itu sekadar 20 atau 30 sen sahaja. Tandas-tandas di
kebanyakan stesen minyak jauh lebih baik. Bayar 50 sen tidak menjadi masalah
asalkan khidmat yang diberikan sewajarnya dengan bayaran yang dibayar.
Kami
tidak dapat berlama-lama di Pulau Pangkor. Setelah menyewa kereta bernilai RM
40 kami berpusing Pulau Pangkor yang memang jalannya dibuat bertemu setangkup
di bandar Pulau Pangkor. Kami sampai semula di bandar Pangkor pukul 1. 00 lebih
dan terpaksa berada di jeti pukul 1.30
untuk tidak berebut-rebut menaiki fery. Kami terpaksa mengejar masa untuk
sampai ke Sungai Buloh dalam masa yang wajar untuk membolehkan kami menghadiri
suatu majlis penting di TTDI sebelum pukul 8.00 malam.
Papan tanda menunjuk arah ke Sungai MANILA ? [Bawah]
Dengan berpandukan petunjuk Google yang membawa kami ikut jalan yang tidak sama dengan jalan yang pernah kami lalui untuk menuju ke Kampung. Gajah kelmarin. Ia juga jalan kampung, yang tidak banyak kenderaan, tanpa tol dan selesa memandu. Tapi di sepanajang jalan yang panjang itu kami tidak melihat ada kedai makan di pinggir jalan untuk membolehkan kami singgah makan tengah hari sehinggallah kami sampai di Sabak Bernam pukul 5.30 petang, dan makan tengah hari di sebuah pasar raya di sekitar Sabak Bernam, dan bersolat di situ. Selepas makan kami terus balik ke rumah di Saujana Sungai Buloh. Alhamdulillah.
Dengan berpandukan petunjuk Google yang membawa kami ikut jalan yang tidak sama dengan jalan yang pernah kami lalui untuk menuju ke Kampung. Gajah kelmarin. Ia juga jalan kampung, yang tidak banyak kenderaan, tanpa tol dan selesa memandu. Tapi di sepanajang jalan yang panjang itu kami tidak melihat ada kedai makan di pinggir jalan untuk membolehkan kami singgah makan tengah hari sehinggallah kami sampai di Sabak Bernam pukul 5.30 petang, dan makan tengah hari di sebuah pasar raya di sekitar Sabak Bernam, dan bersolat di situ. Selepas makan kami terus balik ke rumah di Saujana Sungai Buloh. Alhamdulillah.
Insyallah
selepas ini saya akan menyambung corat coret ini mengenai Kampung. Gajah, Teluk
Intan dan Menara Condongnya dan juga Pulau Pangkor sejauh yang dapat saya
pungut faktor-faktornya ekoran daripada kembara saya ke sana. Sekian.
0 comments:
Post a Comment