SHAH ALAM WAKTU MALAM
>> Saturday, November 2, 2013
SHAH ALAM WAKTU MALAM
Allah jadikan malam dan siang. Kedua-duanya ada mempunyai keistimewaan.
Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Siang untuk membuka mata, bekerja, mencari rezeki dan berbgai-bagai aktiviti lagi,
sementara malam untuk berihat dan tidur, dan juga untuk lebih mendekatikan diri
kepada Allah untuk mencari keredaannya di keheningan malam.
Walau bagaimanapun malam lebih mistrius dari siang. Memiliki lebih banyak
rahsia. Lebih keindahan untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di
desa-desa ketika rangbulan sedang berkembang di dada langit biru yang terang
benderang.
Suasana malam di desa akan menjadi hidup. Meriah. Riuh rendah dengan suara
anak-anak, para remaja memecah kesepian malam. Ditingkah dengan suara
unggas-unggas malam. Dendangan pungguk mendayu-dayu merindukan bulan.
Tapi di bandar-bandar dan di kota-kota
tidak ada kenikmatam malam seumpama itu. Bulan tidak terpandang lagi di
dada langit biru. Kerana di diterangi oleh lampu-lampu yang gemerlapan, menerangai
pinggir-pinggir jalan, bangunan-bangunan dan taman-taman dan tempat-tempat
hiburan yang memang dihidupkan di waktu malam. Semuanya bermandikan cahaya.
Demikianlah semalam. Selepas berurusan di TTDI, [Taman Tun Dr. Ismail] kira-kira
pukul 11.00 malam, kami berputar-putar sedikit meninjau dan menikmati Shah Alam
di waktu malam yang bermandikan cahaya lampu yang gilang gemilang. Bersama kami
ada dua orang tamu yang dihormati, sepasang suami isteri dari Indonesia, S.
Norhan dan isterinya S. Qisth.
TTDI adalah sebuah kawasan
perbandaran yang utama di Kuala Lumpur, terletak bersebelahan Bukit Kiara dalam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama TTDI diberikan sempena nama Tun Dr.
Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1970. Ia dihuni oleh golongan menengah
peringkat atas.
Sementara Shah Alam pula sebuah Bandar Raya ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Ia dibuka khusus pada tahun 1963 untuk dijadikan ibu negeri Selangor Darul Ehsan . Dulunya ladang kelapa sawit dan dikenali dengan nama Sungai Renggan. Luasnya kini ialah 290. 3 km persegi. Letaknya antara Klang dan Petliang Jaya. Kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur arah ke Barat Daya. Shah Alam menobatkan bunga Anggrik sebagai bunga rasminya. Justeru itu ia dikenali dengan nama timang-timangan Bandar Raya Anggerik.
Dalam perjalanan pulang itu kami singgah di Masjid Negeri Selangor. Inilah
kali pertama kami singgah pada waktu malam untuk menikmati keindahannya.
Biasanya kami solat di masjid ini di waktu siang hari, solat Zohor atau Asar.
Di kawasan masjid agak gelap walaupun ada lampu-lampu yang di pasang di
tiang-tiang yang terpancang rendah dan tinggi di sekitar masjid.
Masjid Negeri Selangor dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena nama Baginda Sultan Selangor pada masa itu, dirasmikan pada 11 Mac 1988 [23 Rejab 1408 Hijriah]. Menjadi lambang kedaulatan Islam di Negeri Selangor. Masjid yang kedua terbesar di Asia Tenggara, iaitu selepas Masjid Istiqalal di Jakarta, Indonesia. Dapat menampung jemaah solat sebanyak 20,000 orang semasa.
Daripada empat buah menara masjid itu hanya sebuah yang dihidupkan lampu malam
tadi, dan kubahnya juga dipasang lampunya. Kubah Masjid Negeri Selangor DE ini merupakan kubah yang terbesar di dunia. Lampu-lampu
yang dipasang itu boleh mencetuskan aura keindahan dan kekududan malam di sebuah masjid yang
sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi. Ia mencetuskan ingatan kami kepada Masjid
Madinah.
Dari situ kami terus pergi ke I-City untuk melihat lampu-lampunya yang
bersinar gemerlapan seperti di siang hari. Lampu-lampu warna warni yang
dibentuk dalam berbagai rupa dan wajah yang mempersonakan.
I-City Shah Alam ini semacam sebuah bandar cahaya yang memancar dari lampu-lampu
warna warni yang dibina dalam berbagai-bagai bentuk, seperti haiwan dan
pokok-pokok yang akan memukau para
penontonnya. Ia terletak di Seksyen 7, di sebelah jalan Persekutuan,
Shah Alam. Ia dibina atas tapak seluas 72 ekar, dan ramai dikunjugi oleh para
kembara dari dalam dan luar negara. Pengunjung-pengujung akan melimpah pada
musim cuti persekolahan setiap tahun.
Justeru hari telah agak larut, besok masih ada acara-acara penting yang
perlu dihadiri, kami tidak masuk ke bandar I-City untuk bermandi cahaya
lampunya. Kami hanya berhenti di muka pintu gerbang untuk pejalan-pejalan kaki berlegar-legar dan
berfoto. Kami merakamkan beberapa pos di situ sebagai kenangan.
Inilah kali kedua saya ke I-City. Kali pertama kira-kira dua tahun yang
lalu, tapi tidak juga sempat masuk, kerana hujan lebat turun mencurah-curah.
Selepas berfoto kami tidak ke mana-mana lagi. Anak kami, Arham Zaini yang memandu kereta terus membawa kami pulang ke rumah di Saujana 3, Sungai Buluh, dan sampai ke rumah menjelang pukul satu malam.
Sesungguhnya kami harap kami tidak akan lupa dengan kekuasaan Allah yang Maha Besar menjadikan malam dan siang silih berganti. Perhatikanlan firman-firmannya tentang Malam:
-“Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan
menjadikan siang terang benderang. Sungguh yang demikian itu terdapat
tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang mendengar”. S. Yunus 67.
-“Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berfikir”. Ar-Ra’d: 3.
-“Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian”.- An-Naba”: 10.
- “Dan Dia menjadikan malamnya [gelap gelita], dan menjadikan siangnya
[terang benderang}”.- An-Nazi’at: 29.
-“Demi malam apabila menutupi [cahaya siang]”. S. Al-Lail: 1.
- “Dan demi malam apabila telah sunyi”. –Ad-Duha: 2.
Walaupun malam telah lama membungkus muka bumi Shah Alam ini, tapi aneka
aktiviti terus juga hidup bergerak dirancakkan oleh penghuni-penghuni yang bertaburan
di atasnya seperti juga di kota-kota lain seluruh dunia ini. Shah Alam
terus bersinar memberi nafas kepada peminat
dan penggemarnya untuk memberi warna kepada kehidupan masing-masing. I-Citynya
terus terkuak hingga ke pukul tiga pagi.
Walau bagaimanapun malam lebih mistrius dari siang. Memiliki lebih banyak
rahsia. Lebih keindahan untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di
desa-desa ketika rangbulan sedang berkembang di dada langit biru yang terang
benderang.
Suasana desa akan menjadi hidup. Meriah. Riuh rendah dengan suara
anak-anak, para remaja memecah kesepian malam. Ditingkah dengan suara
unggas-unggas malam. Dendangan pungguk mendayu-dayu merindukan bulan.
Tapi di bandar-bandar dan di kota-kota
tidak ada kenikmatam malam seumpama itu. Bulan tidak terpandang lagi di
dada langit biru. Kerana di diterangi oleh lampu-lampu yang gemerlapan, menerangai
pinggir-pinggir jalan, bangunan-bangunan dan taman-taman dan tempat-tempat
hiburan yang memang dihidupkan di waktu malam. Semuanya bermandikan cahaya.
Demikianlah semalam. Selepas berurusan di TTDI, [Taman Tun Dr. Ismail] kira-kira pukul 11.00 malam, kami berputar-putar sedikit meninjau dan menikmati Shah Alam di waktu malam yang bermandikan cahaya lampu yang gilang gemilang. Bersama kami ada dua orang tamu yang dihormati, sepasang suami isteri dari Indonesia, S. Norhan dan isterinya S. Qisth.
TTDI adalah sebuah kawasan
perbandaran yang utama di Kuala Lumpur, terletak bersebelahan Bukit Kiara dalam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama TTDI diberikan sempena nama Tun Dr.
Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malysia 1970. Ia dihuni oleh golongan menengah
peringkat atas.
Sementara Shah Alam pula sebuah Bandar Raya ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Ia dibuka pada tahun 1963 untuk
dijadikan ibu negri Selangor Darul Ehsan . Dulunya ladang kelapa sawit dan dikenali
dengan nama Sungai Renggan. Luasnya kini
ialah 290. 3 km persegi. Letaknya antara
Klang dan Petliang Jaya. Kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur arah ke Barat Daya.
Shah Alam menobatkan bunga Anggrik sebagai bunga rasminya. Justeru itu ia
dikenali dengan nama timang-timangan Bandar Raya Anggerik.
Dalam perjalanan pulang itu kami singgah di Masjid Negeri Selangor. Inilah
kali pertama kami singgah pada waktu malam untuk menikmati keindahannya.
Biasanya kami solat di masjid ini di waktu siang hari, solat Zohor atau Asar.
Di kawsan masjid agak gelap walaupun ada lampu-lampu yang di pasang di
tiang-tiang yang terpancang rendah dan tinggi di sekitar masjid.
Masjid Negeri Selangor dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
sempena nama Baginda Sultan Selangor pada masa itu, dirasmikan pada 11 Mac 1988
[23 Rejab 1408 Hijriah]. Menjadi lambang kedaulatan Islam di Negeri Selangor.
Masjid yang terkedua terbesar di Asia Tenggara, iaitu selepas Masjid Istiqalal
di Jakarta, Indonesia. Dapat menampung jemaah solat sebanyak 20,000 orang semasa.
Daripada empat buah menara masjid hanya sebuah yang dihidupkan lampu malam
tadi, dan kubahnya juga dipasang lampunya. KubahMasjid Negeri Selangor DE ini merupakan kubah yang terbesar di dunia. Lampu-lampu
itu boleh mencetus aura skeindahan dan kekududan malam di sebuah masjid yang
sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi. Ia mencetuskan ingatan kami kepada Masjid
Madinah.
Dari situ kami terus pergi ke I-City untuk melihat lampu-lampunya yang
bersinar gemerlapan seperti di siang hari. Lampu-lampu warna warni yang
dibentuk dalam berbagai rupa dan wajah yang mempersonakan.
I-City Shah Alam ini semacam sebuah bandar cahaya yang memancar dari lampu-lampu
warna warni yang dibina dalam berbagai-bagai bentuk, seperti haiwan dan
pokok-pokok yang akan memukau para
penontonnya. Ia terletak di Seksyen 7, di sebelah jalan Persekutuan,
Shah Alam. Ia dibina atas tapak seluas 72 ekar, dan ramai dikunjugi oleh para
kembara dari dalam dan luar negara. Pengunjung-pengujung akan melimph pada
musim cuti persekolahan setiap tahun.
Justeru hari telah agak larut, besok masih ada acara-acara penting yang
perlu dihadiri, kami tidak masuk ke bandar I-City untuk bermandi cahaya
lampunya. Kami hanya berhenti di muka pintu gerbang untuk pejalan-pejalan kaki berlegar-legar dan
berfoto. Kami merakamkan beberapa pos di situ sebagai kenangan.
Inilah kali kedua saya ke I-City. Kali pertama kira-kira dua tahun yang
lalu, tapi tidak juga sempat masuk, kerana hujan lebat turun mencurah-curah.
Selepas berfoto kami tidak ke mana-mana lagi. Anak kami, Arham Zaini yang
memandu kereta terus membawa kami pulang ke rumah di Saujana 3, Sungai Buluh,
dan sampai ke rumah menjelang pukul satu malam.
Sesungguhnya kami harap kami tidak akan lupa dengan kekuasaan Allah yang telah menjadi malam dan siang silih berganti. Perhatikanlah firman-firmanNya mengenai malam:
-“Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan
menjadikan siang terang benderang. Sungguh yang demikian itu terdapat
tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang mendengar”. S. Yunus 67.
-“Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berfikir”. Ar-Ra’d: 3.
-“Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian”.- An-Naba”: 10.
- “Dan Dia menjadikan malamnya [gelap gelita], dan menjadikan siangnya
[terang benderang}”.- An-Nazi’at: 29.
-“Demi malam apabila menutupi [cahaya siang]”. S. Al-Lail: 1.
- “Dan demi malam apabila telah sunyi”. –Ad-Duha: 2.
Walaupun malam telah lama membungkus muka bumi Shah Alam ini, tapi aneka
aktiviti terus juga hidup bergerak dirancakkan oleh penghuni-penghuni yang bertaburan
di atasnya seperti juga di kota-kota lain seluruh dunia ini. Shah Alam
terus bersinar memberi nafas kepada peminat
dan penggemarnya untuk memberi warna kepada kehidupan masing-masing. I-Citynya
terus terkuak hingga ke pukul tiga pagi.
0 comments:
Post a Comment