BUAT TUN RAZAK DAN DATO' ASRI - Luahan Hati MUHAMMAD KAMIL- DALAM SETANGGI KOTA BHARU XXXI
>> Wednesday, November 20, 2013
SETANGGI KOTA BHARU XXXI
Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Mengisi SETANGGI
KOTA BHARU XXXI ini, kita siarkan
sekali lagi sebuah puisi karya MUHAMMAD
KAMIL berjodol HARAPAN.
Sambutlah salam
hormat takzim dari kami dan selamat
membaca.
HRAPAN
Semalam
Tenangnya daerah ini
Pelukan mengerat antara dua tenaga
Membentuk hidup harmonis
Antara hati-hati dan nadi-nadi
Angkatan warisan di sini.
Dari hakikat apa
Mrendung menggila mendEru di angkasa
Menerpa menerusi paduan hidup
Hancur bentuk-bentuk segala
Berkecai.
Dua tenaga berpisah-berpisah
Di balik tembok-tembok menyala api
Mencakar kebengisan angkasa
Mencari pengaruh.
Ini sekeping hati sebuku jantung
Mengharap kasih bertaut mengerat semula
Kerana perpecahan
Rugi.
Rapuhnya usaha. Hilang
Semoga.......
Harapan........
Daerah ini kembali tenang
Membangun lagi
Kemercu hidup
Bahagia makmur.
MUHAMMAD KAMIL
0 comments:
Post a Comment