Mengenal Diri Jalan Mengenal Allah

>> Wednesday, July 3, 2013






MENGENAL DIRI JALAN MENGENAL ALLAH

Hari ini saya baru selesai membaca novel Zahrah de Tigris, karya novelis Khairyn Othman. Lama masa yang saya ambil untuk menyelesaikan sesebuah novel selalu mengetawakan anak-anak saya. Terlalu lama kata mereka. Tak  apalah lamapun, selesai juga saya membacanya.

Pokok ceritanya berkisar tentang kehidupan seorang gadis bernama Khairunnisa, seorang sukarelawati. Latarbekang peristiwa berlaku di luar negara, sebahagian besarnya di Iraq ketika peperangan untuk menumpaskan regim Saddam Hussin. Selain itu ia juga berlaku di Aceh, Malaysia dan di Paris. Khairunnisa berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang lelaki, berbangsa Perancis, Dr. Patrick Devereux. Seorang atis yang pekat. Tapi akhirnya mendapat hidayah, lalu memeluk agama Islam, dengan nama Islamnya Taufik Hidayat Devereux Abdullah.

Saya tidak bermaksud untuk mengulas novel ini. Cuna ingin saya pesan kepada peminat-peminat novel,khususnya dari kalangan jenerasi baru supaya tidak ketinggalan membaca novel ini. Apa yang ingin saya kongsikan ialah selepas membaca novel itu, saya lalu terfikir tentang bagaimana cara-caranya makhluk mencari dan mengenal Allah, Tuhan yang sebenarnya.

Pada hakikatnya. manusia sentiasa mencari Tuhan dengan berbagai-bagai cara. Sebahagian dari mereka menemui jalan menuju Allah, dan malangnya sebahagian yang lain telah tersesat-barat, membawa mereka kian jauh dari jalan menuju Allah yang sebenarnya. Malah mereka telah menderhaka kepada Allah.

Berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh mereka yang sesat kononya untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan mengadakan berbagai-bagai persembahan dan pemujaan kepada yang selain Allah. Ada agama mengatakan Tuhan itu bukan satu, tapi banyak, berbagai-bagai Tuhan. Ada agama yang mengatakan tuhan itu beranak dan menyembah anak tuhan itu. Ada mereka yang menyembah patung-patung sebagai tuhan semabahan mereka. Dan berbagai-bagai cara lagi.

Di samping itu ada pula segolongan dari mereka yang tidak percayakan tuhan. Bagi golongan atis ini tuhan tidak ada  pada mereka, dan beranggapan tuhan itu semata-mata kahayalan manusia yang terdesak.

Tuhan Umat Islam

Bagi kita umat Islam, Tuhan kita hanya Allah, Tuhan yang Esa, tidak dua dan tidak tiga, tidak beranak dan diperanakkan, tiada sekutu bagiNya, Tuhan yang kekal abadi, yang tidak serupa dengan makhluk. Kepada kita, kalau sesuatu menyerupai makhluk atau dicipta oleh makhluk, ia bukan Tuhan Allah. Hanya Allah yang kita puja dan kita sembah.

Namun begitu, dalam mencari Allah ada pula dari kita telah tersasul jalan, memilih jalan yang salah untuk mencari Allah, bukan sahaja mereka sanggup melakukan perkara-perkara bidaah dalam agama, tapi juga perkara yang dilarang keras oleh agama, iaitu berlaku syirik kepada Allah, samaada disedari atau tidak disedari. Sedangkan syirik kepada Allah adalah dosa yang tidak diberikan keampunan.

Mengenal Tuhan atau Ma’rifat Allah adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman dalam usahanya untuk mencari keredaan dan meningkatkan keimanannya menurut jalan yang lurus dan benar. Oleh sebab saya tidak mempunyai otoriti untuk membicarakan persoalan yang begitu besar bersangkut dengan keimanan, maka izinkanlah saya petik apa yang pernah dibicarakan oleh Allahyarham Prof. Dr HAMKA mengenai persoalan tersebut. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau.

Pendapat bapak HAMKA ini saya petik daripada buku Kumpulan Doa oleh Ismail Tekan yang beliau petik  dari buku bapak HAMKA berjodol Pelajaran Agama Islam cetakan ke-3. Saya juga memiliki buku bapak HAMKA itu, tapi tidak ada bersama saya buat waktu ini.

Beginilah bicara  Bapak HAMKA:

“Dengan insaf akan kelemahan diri kita manusia dalam kehidupan yang terbatas ini, dapatlah kita mengenal akan kekuatan Tuhan, dan Dialah yang sebenar hidup yang kekal, yang badi.

Maka adalah suatu sabda dari Rasulullah S.A.W.: “Barang siapa yang mengenal akan dirinya, niscaya kenallah dia akan Tuhanya”.

Sebutan ini sangatlah menjadi buah tutur bagi kaum Syuffi [Ahli-ahli Tasawwuf] . Maka Imam Ibnul Qayyim, menyatakan tafsiran ucapan Rasul itu kepada tiga:

1]Mengenal kita akan segenap sifat-sifat kelemahan yang ada pada kita, maka insyaflah kita akan kekuatan yang ada pada Tuhan.

Insyaf kita akan kemiskinan, tahulah kita akan kekayaan-Nya. Insyaf kita akan hidup kita amat singkat hanya menjelang mati, maka kenallah kita bahawa Tuhan-lah hanya yang tidak akan mati-mati.

Insyaflah kita  akan terbatasnya kesanggupan kita, maka kenallah kita akan maha luasnya kekuasan Ilahi.

Inilah yang dinamakan: Ma’rifat dengan Jalan Perbandingan Diri.

2]Mengenal Tuhan dengan menilik sifat-sifat-Nya yang ada pula dianugerahkan keapda kita:

-Sedangkan kita lagi melihat

-Sedangkan kita lagi mendengar

-Sedangkan kita lagi tahu akan mana yang adil dan mana yang curang kononlah Tuhan.

Inilah dinamakan dengan Ma’rifat dengan mengenal Nikmat-nikmat-Nya.

3]Mengenali Tuhan Dengan Merenung Siapakah Diri Kita

Siapakah sebenarnya diri kita ini?

Siapakah yang aku?

Apakah hakikat nyawa ini?

Apakah akal itu?

Dari manakah kita datang dahulunya?

Di atas kehendak siapakah maka kita sampai ada di atas dunia?

Dan mengapakah akhirnya kita mesti mati............?

Maka soal-soal di sekeliling jiwa, nyawa, roh, nafas, “aku”, lahir, hidup, dan mati, semuanya satu adalah soal rahsia yang ada di sekeliling  diri kita yang sulit buat memecahkannya.

Sedangkan diri kita sendiri lagi sulit, kononlah Tuhan.

Inilah dia yang dikatakan Ma’rifat, yang menjadi inti dari segala ilmu , segala filsafah dan pandangan hidup.

Inilah maksud dari ucapan Rasulullah itu, “Siapa yang kenal akan dirinya,kenallah dia akan Tuhannya”.

Jadi bukanlah bererti sebagaimana yang diertikan oleh segolongan ahli Tharikat yang mengatakan, bahawa diri itulah yang Tuhan dan sebagainya.

Maka diberi pula tuntunan oleh Rasulullah SAW. dalam sabdanya, ”Tiliklah oleh akan sifat-sifat Tuhan itu, dan tidak usah kamu menilik akan zatnya, bahwa tidak akan terfikirkan juga olehmu dan rusak kamu kelak”.

Demikian  Bapak HAMKA. Diharap menjadi renungan bersama dalam mencari rahsia Allah yang terlalu luas, tidak bertepi dan tidak ber hujung. Didoakan semoga kita tidak akan tersesat dan mendapat rahmat dan reda Allah.







menemui jalan yang betul dan lurus dan ddiredai Allah.me

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP