Keajaiban Terlepas Dari Tali Gantung

>> Sunday, July 21, 2013






KEAJAIBAN TERLEPAS DARI TALING GANTUNG

Kisah manusia yang terlepas dari tali gantung secara mistri, memang banyak, dan ini adalah salah satu lagi daripadanya yang kita nukilkan untuk perhatian anda. Dalam kisah ini seorang lelaki telah didapatI bersalah oleh mahkamah, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, lalu diseret ke tiang gantung, tapi anehnya terlepas dari maut.

XXX

Menurut Frank Edward bila John Lee didapati bersalah kerana membunuh seorang wanita tua, dia pun dihukum gantung di Exeter England.


Kerusi elektrik mengambialih tempat tali gantung untuk menjalankan hukuman bunuh yang diputuskan oleh mahkamah.


Katanya pada suatu pagi hari yang redup, dingin dan berangin, tanggal 23 Januari 1895, John Lee telah diseret ke tiang gantung. Menurut beliau pada masa itu ada kira-kira seramai 100 orang pemerhati.

Penggantung vetran itu memeriksa dengan teliti segala alat penggantungan, di mana talinya diperbetul dan diminyakkan, ensel-ensel pintu perangkap pelantaran gantung dibubuh minyak pelicin, kancing yang membuka pintu pelantaran itu juga diperiksa, dan didapati semuanya dalam keadaan baik.

Frank Edward menggambarkan pakaian penjara John Lee yang nipis itu berkebas-kebas ditiup angin sembari dia mendaki anak-anak tangga  pelantaran penggantungan itu dengan menggelentar. Dia bersungut-sungut mengatakan dia kesejukan, tapi pengawal-pengawalnya tidak menghiraukannya, kerana dia tidak lama lagi, benar-benar akan merasa kesejukan seperti itu. Kemudian John Lee ditolak ke atas pintu pelantaran itu dengan tanganya diikat kemas ke belakang.

Adakah John Lee hendak berpesan apa-apa?

Dia mengeleng-gelengkan kepalanya dengan giginya menggelantuk itu dan katanya adalah disangsikan dia dapat mengatakan sesuatu dalam keadaan seperti itu. Kata beliau, nampaknya semua yang terlibat, termasuklah penggantung itu dengan jerat di leher John Lee ingin segera menyelesaikan kerja-kerja yang ngeri itu.

Bila signal diberikan, maka penggantung itupun segera menarik pembingkas yang membuka pintu pelantar gantung, tapi pintu itu tidak terbuka.

Katanya, John Lee berdiri longlai, kepalanya yang bertopeng itu terkulai, menunggu ia jatuh. Penggantung itu berlari ke bawah pelantaran memeriksa apa yang yang telah silap. Dia mendapati kancingnya terbuka seperti yang dirancangkan, tapi pintu pelantaran gantung yang menampung berat badan John Lee itu tidak pernah terbuka.

Seterusnya kata Fran Edward, salah seorang opsir segera memegang bahu John Lee dan menolak dia ke samping, sementara penggantung itu membetul semula pintu itu dan mengujinya, dan bila kancingnya ditarik pintu itu terbuka dengan mudahnya.

Kemudian katanya, John Lee ditolak semula ke tempat tadi. Sekali lagi kancingnya ditarik, tapi pintu pelantaran itu tidak mahu terbuka juga.

Sungutan-sunguta kedengaran dari kumpulan pemerhati-pemerhati yang mengiggil itu. Opsir-opsir itu merasa sesuatu mesti segera dilakukan, dengan itu wader penjara itu berdiri di atas pintu pelantaran gantung sembari memegang tangan dua orang pengawal di sebelah kiri dan kanannya di atas pelantaran itu. Pintu pelantaran itupun dibuka dari bawah dan wader itupun jatuh terkulai.

Sementara itu John Lee diseret balik ke bilik kurungannya dalam keadaan kebingongan dengan penangguhan hukuman gantung itu. Dia tidak mengetahui apa yang berlaku, kerana dia tidak dapat melihatnya. Kemudian bila mendapat signal, dia dibawa balik ke pelantaran gantung itu, dan untuk ketiga kalinya, serta masuk keempat kalinya, kancing pintu pelantaran itu dibuka, tapi pintu pelantaran itu tidak pernah bergerak.

Menurut Frank Edward, pada masa itu sekujur badan wader itu dialiri keringat. Demikian juga penggantung dan pengawalnya. Mereka akur bahawa mereka merasa gerun dan ngeri persis mereka cuba menentang  satu kekuasaan yang hanya dapat mereka rasa, tapi tidak dapat melihatnya. Tanpa John Lee di atas pelantaran itu semuanya berjalan lancar, tapi bila dia mengambil tempatnya di situ dayatariknya tidak bergerak. Knapa?

Menurut Frank Edward, Syarif membuat keputusan menahan penggantungan John Lee, sementara itu beliau membuat laporan kepada pegawai-pegawai atasannya. Kemudian perkara  itu pun dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri dan akhirnya dibincang di Dewan Rakyat dan berikutnya hukuman bunuh ke atas John Lee ditukar kepada penjara seumur hidup. Tapi kemudiannya hukuman itupun dikurangkan lagi kepada hukuman penjara selama beberapa tahun sahaja, dan seterusnya tidak lama selepas itu diapun keluar dari penjara sebagai seorang yang bebas.

Menurut Frank Edward walau pun pemeriksaan yang teliti segera dilakukan ke atas pelantaran gantung itu, tapi mereka tidak dapat menjelaskan sebab-sebab keluarbiasaan pintu  pelantaran itu tidak mahu terbuka bila leher John Lee dimasukkan ke tali jerut.

Mungkin John Lee sendiri yang dapat menjawabnya. Katanya bila ditanya oleh wartwan-wartawan beberapa tahun selepas itu, John Lee berkata, “Saya sentiasa merasa bahawa mendapat pertolongan daripada sesuatu kekuasaan yang lebih besar dari dayatarik”.

 





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP