BILA INTERNET TIDAK BERFUNGSI
>> Friday, July 12, 2013
HARI ini penggunaan Internet amatlah besar di kalangan umat manusia. Justeru kegunaan Internet juga cukup istimewa. Ini berlaku, kerana bertambah luasnya penggunaan alat-alat komunikasi elektronik, antaranya kelahiran aneka jenis komputer dan telefon. Lebih besar dari yang mungkin kita sangkakan.
Bagaimanalah rasanya, jika pada suatu hari para pengguna Internet kerana sebab-sebab tertentu, tiba-tiba kehilangan teman Internetnya itu?
Bagaimana andainya pencandu-pencandu facebook dan sebagainya di Internet tiba-tiba kehilangan facebooknya dari sisinya kerana
ketiadaan khidmat Internet?
Bagaimana andainya penggila-penggila email, tiba-tiba kemudahana emailnya
terampas dari sisinya?
Demikian juga dengan berbagai-bagai lagi kemudahan yang boleh di nikmati
oleh penduduk maya pada hari ini daripada Internet. Tiba-tiba hilang?
Kita rasa, mangsa-mangsa kehilangan Internet itu bukan sahaja
merasa kehilangan, tapi juga akan membuat mereka merasa resah dan
gelisah, kecewa, dan marah kerana ketiadaan Internet yang amat dekat di hati
mereka itu.
Asalkan jangan jadi gila sudahlah kerana ketiadan Internet, sebagaimana gila-gilanya sesetengah mereka membelai Internet yang dilekatkan di hati mereka selama ini.
Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga dan kecil dan besar yang menggunakan khidmat Internet yang berselerak
di seluruh dunia ini jika Internet tiba-tiba ghaib dari keomputer mereka?
Demikian juga dengan peraih-peraih di facebook, bagaimana jadinya bila
dengan tiba-tiba facebook lesap dari pandangan di kompuer mereka?
Walaupun kami boleh menerima hakikat kehilangan Internet dari papan laptop,
tapi kami juga merasa kecewa, kerana ketiadaan khdimatanya yang berbayar itu
menyebabkan kami tidak dapat membuka blog kami, blog Pondok Rahmat, membuka
email kami, dan juga membuka facebook dan sebagainya.
Dan yang pentingnya juga, ketiadaan khidmat Internet itu, meneybabkan kami
keputusan sumber-sumber ilmu dan berita, baik berita dalam negeri atau luar negara. Apa
lagi dengan keadaan yang begitu bergolak di bumi Mesir yang mencetuskan
keinginantahu kami untuk memperolehi sumber-sumber berita daripadai
sumber-sumber langsung dari luar negara yang hanya dapat dipungut menerusi
Internet.
Di samping itu, beberapa bahagian daripada kemudahan yang terdapat pada
hanfon kami juga telah tergendala dengan ketiadaan Internet itu.
Pada minggu ini, mulai pada hari Ahad sampai petang Khamis [11 Julai 2013] kami telah
kehilangan kemudahan Internet. Internet kami telah terputus langsung. Pada
hari-hari tersebut, kami tinggal di pondok kami di Sungai Durian, Kuala Krai,
Kelantan.
Pada sebelah pagi Ahad, kami dapat mengguna Internet sekejap, tapi bila
hari kian meninggi, kemudahan Internet tiba-tiba terputus. Biasanya beberapa
jam kemudian, ia hidup semula, Tapi hari itu, ia terus berpanjangan hingga ke
hari Khamis. Itupun Internet yang kami temui itu bukan di Sungai Durian, tapi
setelah kami balik ke Pondok Rahmat, di Kota Bharu.
Kami tidak tahu, bagaimana keadan penggunaan Internet hinnga ke hari ini [Jumaat, 12 Julai 2013]
di Sungai Druian. Adakah ia sudah boleh berfungsi, ataupun tidak? Kami harap
bila kami balik, besok hari Sabtu perkhdimatan itu telah dipulihkan dan dapat
kami gunakan.
Tidaklah diketahui, kenapa perkhidmatan Internet itu hilang pada hari-hari
tersebut?
Pada keesokan harinya, iaitu pada hari
Isnin, saya diberitahu ramai pengguna Internet di Kuala Krai bersungut
kerana Internetnya mereka tidak berguna. Tidaklah pula dapat dipastikan gangguan
Internet yang mereka alami itu berpanjangan sebagaimana yang kami alami?
Ada orang yang membuat andaian
faktor-faktor yang membuat perkhidmatan Internet itu terputus, ialah
kerana berlaku ribut topan mangnet yang berlaku di Asia Tenggara. Kata
mereka, ini berlaku akibat daripada banyaknya terjadi kejadian ribut petir di
kawasan tersebut.
Ada orang pula mengandaikan kemungkian besar, perkara itu berlaku kerana
talian hayat Internet tanpa wayar kami telah diceroboh orang yang menyebabkan ia
terganggu dan terputus langsung.
Foto sekadar hiasan
Ada mereka yang mengandaikan bahawa perkara itu berlaku kerana kerosakan yang telah menimpa alat-alat telekomunikasi Telekom Malaysia mengalami kerosakan.
Ada pula mereka yang mengandaikan, setelah mengetahui, sehari sebelum itu kami
telah memsukkan laptop yang kami sentiasa guna itu ke bengkel yang menyebabkan
alat-alatnya terganggu yang menimpakan kesan ke atas Internet.
Biasanya mengikut pengamalan kami, kalau berlaku hujan dan ribut, perkhdimatan
Internet mesti terganggu, langsung tidak boleh digunakan, mati kaku. Tapi
sepanjang hari-hari itu, di sekitar Sungai Durian, perkara tersebut tidak pula
berlaku, kecuali cuaca redup lebih banyak daripada cuaca panas.
Semuanya kami tidak pasti. Yang pestinya, khidmat Internet negeri kami ini
memang lembab. Kadang-kadang mengambil
masa yang lama untuk membuka sesuatu progrem. Kadang-kadang sesuatu progrem
sedang berjalan, tiba-tiba terputus kerana Internetnya sudah terhenti berikut
dengan bunyi deringan tanda kematiannya.
Dan yang paling pastinya, walaupun perkhdimatan itu sentiasa mati, atau
terputus, sejamkah, dua jamkah, atau seminggukah bayarannya mesti juga dibayar
penuh kepada empunya syarikat Internet, kalau tidak khidmatnya akan dipotong.
Kami difahamkan, oleh pelajar-pealajar kita di luar negara, khidmat Internet
yang slow seperti di Malaysia ini hanya diberi percuma oleh kerjaan kepada rakyatnya,
tanpa perlu dibayar sesenpun. Hanya perkhidmaran Internet yang benar-benar laju
sahaja yang dikenakan bayaran.
Walau bagaimana pun, kami berharap, bila kami balik ke Sungai Durian besok,
[Sabtu] khdimat Internet kami telah dapat digunakan kembali seperti biasa,
walaupun kebanyakan waktunya lembab. Lebih baik ada sedikit, daripada tak ada
langsung. Namun begitu, kadang-kadang kita merungut juga dalam hati dengan khidamatnya
yang amat tidak memuaskan hati, kerana kita membayar perkhidmatannya yang
tempang itu.
Dan satu pengajaran boleh dipetik daripada kejadian ini, bahawa tidak ada
suatu apa yang kekal di dunia ini selain dari Allah SWT, tidak ada suatu pun
yang tidak boleh berubah, kecuali Allah Yang Maha Berkuasa; Internet boleh
pergi dan datang, hilang dan timbul, tapi Allah tetap kekal buat
selama-lamanya; pencipta Internet boleh pergi, peminat-peminat Internet pun boleh
pergi, tapi Allah tetap kekal abadi buat selama-lamanya,
Namun sebagai rakyat Malaysia, kita berharap khidmat Internet akan
bertambah baik mututnya dari masa ke masa, terutama untuk kegunaan rakyat
jelata, bukan sahaja yang sering terganggu, tapi juga diharap bertambah laju
atau pentas perkhdimatannya. Janji-janji sahaja untuk memberi khidmat Internet
yang terbaik, tidak akan memberi erti, jika janji hanya tinggal janji.
Diterbang oleh ribut dan ditelan oleh petir yang melanda bumi dari masa ke masa.
0 comments:
Post a Comment