Syiah Sebagai Akidah
>> Monday, July 22, 2013
Bahagian Pertama
Sejak
kebelakangan ini umat Islam di Malaysia kian rancak membicarakan tentang Syiah,
terutama berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlajutan berlaku di Syria
yang dikuasai oleh Syiah yang dilihat menzalami Ahli-ahli Sunnah Wal-Jamaah. Demikian
juga dengan peristiwa-peristiwa pertembungan yang sering berlaku di Iraq, di
Pakistan dan di Iran di mana ahli-ahli Sunnah Wal-Jamaah sering menjadi korban.
Secara
kebetulan saya bertemu dan membaca sebuah tulisan mengenai Syiah yang ditulis
secara ringkas, padat dan jelas oleh seorang ahli akademik tanah air. Tulisan
itu berupa sebuah kertas kerja yang berjodol Syi’ah Antara Gerakan Politik
dan Aqidah oleh yang Berbahagia Dr. Johari Mat di Ijtima’ Ulama, anjuran
bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Majlis Agama Islam Kelantan pada
25-28 Oktober 1996 [12-15 Jamadil Akhir 1417] di Kota Bharu, Kelantan. Kini
Dato’ Johari Mat adalah Ketua Eksekutif Kolej Islam Antara Bangsa Sultan Ismail
Petra [KIAS].
Saya
bahagikan tulisan beliau itu kepada dua bahagian untuk lebih menyenangkan para
pembaca mengikutinya. Pertama Syiah Sebagai Akidah dan kedua Syiah
Dan Politik.
Dr.Johari Mat
Eerti Syiah
Eerti Syiah
Menurut
beliau dari segi bahasa Syiah membawa erti pengikut, pembantu dan penyokong.
Dari
segi istilah pula, kata beliau para ulama’ telah memberi
beberapa taarif tentang Syiah, di antaranya sebagai berikut:
Pertama:Syiah
adalah nama setiap orang yang melantik Ali dan keluarganya dan memberi kesetiaan
kepada mereka. Sehingga nama tersebut menjadi sebati dengan mereka.
2.Mereka
adalah orang yang menolong Ali dan beriktikad beliau sebagai imam dengan nas
[penentu] Rasulullah SAW, sementara khalifah sebelumnya telah berlaku zalim
terhadapnya.
3.Mereka
adalah orang yang mengutamakan Ali dan Sayyidina Uthman bin Affan r.a.
4.Syiah
adalah nama setiap orang yang mengutamakan Ali dari semua khalifah sebelumnya,
dan beriktikad bahawa ahli al-bait adalah lebih berhak menjawat jawatan
khalifah.
Bila
Muncul Syiah?
Menurut
beliau ahli sejarah dan pengkaji tidak bersepakat bilakah munculnya Syiah. Di
antara pendapat-pendapat tersebut adalah seperti berikut:
1.Syiah
telah muncul lebih awal, iaitu semasa Nabi SAW. Pada masa ini Baginda
Rasulullah SAW. mengajak umat manusia mentahuidkan Allah dan sekali gus
mengajak umat Islam untuk mengangkat Syiah Ali ra. sebagai khalifah selepasnya.
2.Syiah
muncul ketika Perang al-Jamal, iaitu Aisyah, al-Zubir dan Talhah di satu pihak
dan Sayidina Ali di pihak yang lain. Orang yang mengikut Sayidina Ali pada
ketika itu dikenal dengan nama Syiah. Pendapat ini dibawa oleh Ibn al-Nadim.[Ibn
al-Nadim, al-Fahsrat, hlm 249].
3.Syiah
muncul atau lahir ketika Perang Safen. Pendapat ini didokong oleh sebahagian
ulama’, seperti al-Khunsari, Abu Hamzah dan Abu Hatim, dan juga oleh Ibn Hazam,
Ahmad dan lain-lain. [Al-Syaser al-Hasiniah, hlm 11]
4.Syiah
lahir di akhir pemerintahan Uthman bin Afan, dan telah kuat pada masa
pemerintahan Ali ra.[Muhamad al-Maqdisi, Risalah fi al-Rad ala al-Rafidah,
halaman 42].
5.Syiah
muncul selepas Sayidina al-Husin mati di Karbala’. Pendapat ini dibawa oleh
Kamal Mustafa al-Syibly. Beliau berpendapt bahawa setelah peristiwa tersebut
Syiah telah mempunyai jati diri yang khusus. [Al-Dr. Kamal Mustafa
al-Syibly, al-Salah Baina al-Tasawwuf wal al-Syiah, hlm. 23].
Syiah
Pertama Dan Syiah Terakhir
Yang
dimaksudkan dengan Syiah pertama di sini ialah ia bermula setelah kewafatan
Uthman bin Affan ra. Pada peringkat ini hanya berlaku orang melihat Ali yang
paling baik dan utama dari Muawiyah, dan ada juga yang berpendapat Ali lebih
utama dan baik dari Uthman bin Affan ra. Sementara semua para sahabat beritfak
bahawa Abu Bakar dan Umar adalah lebih utama dari semua para sahabat lain ra.
Ini berdasarkan kata Laith bin Abi Salim di mana beliau berkata.”Aku jumpa
Syiah golongan pertama, dan tidak seorang pun dari kalangan mereka yang
mengutamakan Ali dari Abu Bakar dan Umar. [Al-Zahbi, al-Muntaql, fi Manhaj
al-Iktidal hlm.360].
Begitu juga Syarik bin Abdullah al-Tabie [140] juga dari golongan Ali. Beliau ditanya, “Siapakah yang lebih utama, Abu Bakar atau Ali? Beliau menjawab: Abu Bakar lebih utama. Lalu orang yang bertanya tadi berkata, tuan berkata begitu sedangkan tuan adalah pengikut Ali? Beliau berkata ya! Orang yang tidak berkata demikian bukan Syiah”.[Ibn. Tammiyah, Manhaj al-Sunnah al-Nabiwiyyah 1/7]. Sikap yang sedemikian adalah Syiah peringkat pertama iaitu mereka hanya mengatakan bahawa Ali lebih utama dari Uthman bin Affan dan Muawiyah bin Abi Sufian.
Selepas
itu penyelewengan mula timbul. Abu Isak al-Sabie [126] berkata: “Aku
keluar dari Kufah tidak pernah ada orang yang meragui tentang kelebihan
Abu Bakar dan Umar dan mendahulukan mereka berdua dari pada sahabat lain, dan
sekarang aku pulang dengar macam-macam, demi Allah aku tidak tahu apa yang
mereka perkatakan”. [Al-Zahbi, al-Muntaqi min manhaj al-Iktidal, hal 360].
Dr.
Johari Mat, lalu membuat kesimpulan, “Dengan ini dapat dikatakan bahawa Syiah
peringkat pertama telah tidak ada lagi. Ia bukan satu gerakan politik, juga bukan firqah diniah
yang tersendiri yang mempunyai asas akidah tertentu, sebaliknya ia hanyalah
kecenderungan dan simpati para sahabat dan tabien terahdap Sayyidina Ali dan
keluarganya. Fahaman tersebut telah tidak ada lagi setelah pendukungnya
meninggal dunia. Dan secara rasmi sudah tidak ada lagi setelah muncul Syiah Imamiyyah
yang telah meletakkan Ali lebih utama dari Abu Bakar dan Umar dan mencela
mereka”.
Peringkat
kedua ini telah terserlah lagi di dalam
jawapan Zaid bin Ali [132]. Golongan Syiah bertanya pendapatnya tentang Abu
Bakar dan Umar. Beliau menjawab, “Allah merahmati kedua mereka. Aku tidak
pernah dengar seorang pun dari keluargaku melepas diri dari kedua-duanya, aku
tidak akan berkata terhadap mereka berdua kecuali yang baik sahaja, dengan
sebab itu mereka menolak Zaid dan meninggalkannya, setelah mereka dipanggil
rafidah”.[Ibn. Kasyir, al-Badaryah wal Nahayah, 9/328].
Golongan
inilah yang dikenal dengan Syiah sekarang. Ia mempunyai asas-asas prinsip dan
akidah yang berbeza dari golongan lain, di samping mempunyai nama-nama khusus.
Di antara namanya yang terkenal ialah: Syiah Imamiyyah Ithna Ashyriah [Imam Dua
Belas], Syiah Jaafariyah, Syiah Rafadhah, nama-nama tersebut mempunyai
sebab-sebab tersendiri.
Persoalan
Utama Di dalam Syiah
Seterusnya
beliau menjelaskan, pokok perbincangan utama yang timbul di dalam Syiah, dulu
dan sekarang adalah berkisar di dalam satu perkara, iaitu imamah atau khalifah.
Persoalan ini merupakan pokok masalah di antara Syiah dengan Ahli al-Sunnah,
khasnya dan golongan lain amnya. Adapun masalah lain seperti mencaci sahabat atau mengkafir mereka, tidak beriman
dengan al-Quran yang ada sekarang, atau Quran yang ada tidak lengkap atau
ditambah atau dikurang, wasiat, taqiah, rujaah dan lain-lain lagi adalah
berpunca dari konsep imamah yang menjadi perkara utama di dalam fahaman Syiah
Imamiyyah khasnya dan golongan-golongan Syiah lain amnya.
Ekoran dari masalah tersebut timbul pula perkara-perkara sampingan yang lain. Lama kelamaan ia menjadi akidah dan anutan sebagai akidah yang wajib diimani oleh pengikutnya. Di antaranya ialah:
Pemimpin Besar Syiah,Khomeini
1.Mereka mendakwa semua para sahabat-kecuali beberapa orang sahaja telah murtad selepas Rasulullah SAW wafat. Menurut mereka sepatutunya para sahabat melantik Sayyidina Ali ra. selepas Rasulullah wafat sebagai khalifah. Apabila Sayyidina Ali tidak dilantik, mereka telah menghukum para sahabat tadi dengan berbabagi-bagai hukuman, seperti khianat, fasik dan ada juga yang mengkafirkan mereka.
Mereka
menghukum demikian-menurut dakwaan mereka, kerana para sahabat Rasulullah SAW
tidak patuh kepada nas-nas samada dari al-Quran atau Hadis-hadis terutamanya
Hadis Ghudir Khum, di mana mereka sepatutnya melantik Sayyidina Ali as. Apabila
mereka tidak menjalankan tugas tersebut dengan sewajarnya maka mereka telah
melakukan kesalahan besar dan sampai murtad. Puncanya dari immamah.
2.Mereka
mendakwa bahawa shabat Rasulullah SAW telah mengkhianati Allah dan amanah-Nya,
mereka mengubah Quran, menukar dan membuang banyak ayat-ayat al-Quran, mereka
dan pengikutnya adalah kafir. Allah tidak menerima amalan mereka, samada yang
wajib maupun sunnah. Al-Quran yang ada sekarang telah diselewengkan, yang ada
sekarang hanyalah satu pertiga sahaja. Quran sebenar ada bersama Imam Mahdi,
beliau akan membawa Quran tersebut
apabila beliau keluar nanti. Pada masa itu Quran yang ada sekarang tidak akan
dipakai lagi. Namun begitu mereka berkata buat sementara waktu Quran
yang ada sekarang boleh diterima pakai sehingga Imam Ghaib nembawa Quran asli nanti.
yang ada sekarang boleh diterima pakai sehingga Imam Ghaib nembawa Quran asli nanti.
3.Mereka
menganggap Hadis dan sunnah Nabawiyah yang disusun dalam kitab sahih, sanan dan
masanid ahli al-Sunnah tidak ada apa-apa nilai kepada mereka, walaupun sebelah
sayap nyamuk. Oleh kerana para sahabat telah tidak melantik Sayydina Ali
sebagai khalifah, maka mereka dihukum fasik, kafir, murtad dan sebagainya.
Sudah sewajanya Hadis-hadis yang dibawa oleh orang seperti itu tidak boleh
diterima. Justeru itu mereka tidak terima Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
para sahabat. Mereka hanya menerima Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli
al-bait, khasnya dari Sayyidina Ali dan beberapa orang sahabat lain sperti
al-Makdid, Abu Zar al-Ghafari, Umar bin Yasir. Kalaupun mereka terima
Hadis-hadis dari Ahli al-Sunnah hanyalah untuk dijadikan hujjah di dalam
menentang Ahli Sunnah sahaja.
4.Mereka
percaya dan beriktikad dengan rijah, iaitu roh akan dikembalikan kepada tubuh
badan manusia di dunia ini sebelum akhirat ketika imam mereka datang di akhir
zaman. Pada ketika itu dihidupkan Ali, anak-anaknya [cucu-cucunya] dan Syiah
mereka untuk membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka
dihidupkan kembali, di antara musuh-musuh mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman
dan ummahat al-Mukminin dan pengikut-pengikut mereka.
Begitulah
juga dengan akidah-akidah mereka yang lain seperti Taqiyah, Mahdiyah, al-Bada’,
akidah al-Thiniah dan lain-lain. Bolih dikatakan semua akidah-akidah tersebut
mempunyai hubungan dengan konsep imamah secara langsung atau tidak langsung.
Justeru
itu mereka telah meletakkan imamah sebagai titik-tolak di dalam akidah Syiah,
malah berimam dengan imamah adalah rukun iman pertama. Beriman atau tidak
seseorang itu, atau seseorang itu Syiah atau Sunnah dapat diukur sejauh mana
mereka menerima konsep imamah yang dibawa oleh mereka.
Oleh
kerana imamah merupakan prinsip utama di dalam akidah Syiah, maka mereka telah
mendakwa bahwa Syiah telah muncul bersama dengan dakwah Islam yang dibawa oleh
Raslullah SAW. Ia berjalan seiringan di antara satu sama lain. Mereka mendakwa
bahawa Rasulullah SAW yang bertanggungjawab menjaga, membela dan menentukan
Syiah dari mula lagi.
Malah
ada yang mendakwa bahawa Syiah telah muncul lebih awal iaitu semasa dengan Nabi
Ibrahim lagi berdalilkan firman Allah Taala. Mereka mentakwilkan bahawa Nabi
Ibrahim adalah dari Syiah Ali. [Al-Bukhari, Tafsir al-Burhan 4/20, Tafsir
al-Qami 2/323, al-Majlisi, Bahar al-Anwar 12-13/68]. Bukan setakat itu
sahaja, malah ada juga yang mendakwa bahawa Syiah sudah ada ketika Nabi-nabi
dan Rasul diutus. Wilayah Ali telah tertulis bersama-sama dengan para ambia’.
Allah tidak utus seseorang nabi kecuali dengan nabwah Muhammad dan wasiat Ali
as.[al-Kalini, Usul al-Kafi 1/437].
Kitab-kitab
akidah mereka banyak membincang tentang imamah. Pada mereka imamah sama dengan
nabawiyah, sebagaimana Allah memilih siapa yang Dia mahu dari kalangan
hamba-Nya untuk menjadi Nabi, begitu juga dengan imamah, Allah memerintah
kepada Nabi-Nya supaya menjelaskan
dengan nas [terang], dan melantiknya sebagai imam selepas Baginda wafat, untuk
menyambung tugas Nabi.[Muhammad al-Hasin al-Ksyaf, Asal al-Syiah wa-usuluha, hal. 58, al-Mafar,
Aqaid al-Imamah hal 103].
Mereka
beritikad berimam dengan Imamah samalah beriman dengan Nabi, salah satu rukun
dari rukun-rukun imam. Al-Syeikh Husin al-Kasyaf al-Ghata’ berkata, “Syiah
Imamiyah menambah rukun kelima, iaitu beriman dengan Imamah. Siapa beriman
dengan Imamah sebagaimana yang telah kita sebut, dia adalah seorang mukmin khusus,
sekiranya mereka beriman dengan empat rukun sahaja, dia adalah mukmin dan
muslim dengan pengertian umum sahaja”.[ Asal al-Syiah wa Usulua, hlm.59].
Al-Kulani
telah meriwayatkan sebuah Hadis dari Zirawah dari Abi Jaafar as, katanya yang
bermaksud, “Agama Islam dibina di atas lima perkara: Sembahayang, zakat, Haji,
Puasa dan Wilayah. Zirawah bertanya manakah yang paling utama di antara perkara tadi, beliau
menjawab: al-Wilyah lebih utama”.
Syeikh
al-Thaifah al-Thusi menambah bahawa orang yang menolak imamah adalah kafir sama
dengan orang yang menolak nabawiyah, jahil tentang keduanya adalah sama sahaja.
Syiah
juga beriktikad bahawa imam-imam mereka adalah maksum sama seperti Nabi, sejak
di masa kecil sampai meninggal dunia, dari semua dosa zahir dan batin samada
sengaja atau lupa, sebagaimana juga mereka maksum dari lalai tersalah dan
terlupa.[ Radha al-Mazir, akaid al-Imamiah, hal. 70, al-Hasin al-Kasyaf
al-Ghata’, Asal al-Syih wa. Usuluha hlm. 59]. Imam menjaga syarak dan
mengawasinya, kedudukan mereka adalah sama dengan Nabi, dalil-dalil yang telah
kita terima tentang asimah Nabi itulah juga dalil yang kita pakai untuk asimah
iman. [Al-Zanjani, aqaid al-Imamiah al-Atha ‘Asyriyah, hal. 179].
Hubungan
Syiah Dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Berbagai
tanggapan umat Islam, khasnya Ahli Sunnah Wal-Jamaah terahdap Syiah,
terutamanya setelah Khomeini dapat menguasai Iran. Mereka menaruh harapan
tinggi agar nasib umat Islam akan lebih terbela dan dapat hidup dengan selamat
dan bersatu padu antara satu sama lain, apalagi mereka berada di bawah
pemerintahan Islam di negara Iran. Apakah ini benar belaku atau sebaliknya?
Kalau
kita kembali kepada sejarah umat Islam di zaman permulaan lagi, khasnya di
dalam hubungan Syiah dan Ahli Sunnah, kita akan dapat melihat hubungan di
antara kedua-dua golongan tersebut tidak selama-lamanya baik dan tenteram.
Kadang-kadang menaik dan kadang-kadang menurun. Ada masa tegang dan ada pula
masa kendur dan begitulah seterusnya sampai ke hari ini.
Di
dalam hubungan ini pada kebiasaannya Ahli Sunnah lebih banyak bersikap baik
sangka terhadap orang lain apa lagi kalau sesama agama. Mereka mudah memaaf dan
bolih melupakan sengketa lama walaupun pahit. Mereka lebih mengutamakan
perpaduan berbaik di antara satu sama lain dari berbalah atau berkelahi.
Sebaliknya hal ini sukar dan payah dilakukan oleh golongan Syiah. Mereka bolih
menerima sekiranya umat Islam bolih menerima mereka dan memberi peluang untuk
mereka bergerak dengan bebas di negara masing-masing. Ini dapat kita lihat
usaha untuk mendeakatkan di antara dua golongan ini sehingga pihak Azhar telah
membuka pintu untuk diajar Mazhab Jaafari, tetapi Mazhab Ahli Sunnah tidak
pernah diajar di pusat pengajian mereka, digam.
Sebahagian
umat Islam telah memberi laluan yang luas kepada Syiah untuk berkembang di
negara mereka, dan malah mereka mengajak umat Islam supaya bertoleransi dan
membuka pintu untuk berbincang dan berbaik di antara satu sama lain. Namun
akidah taqiyah yang dipegang oleh mereka telah menjadikan hubungan itu amat
unik. Ia membuat keadaan tidak menentu. Lain yang disetujui lain pula
tindakannya.
Kalau
kita melihat kembali sejarah umat Islam, kita dapati bahawa orang yang membunuh
Sayyidina Umar ra. ialah Abu Luklu’, ia dikenal di kalangan Syiah dengan Abu
Syaja’.
Sayyidina
Uthman mati dibunuh adalah hasil pakatan yang dilakukan oleh golongan yang
menabur fitnah Abdullah Ibn Saba’ dan kuncu-kuncunya.
Orang
yang meruntuhkan Khalifah Abbas adalah dengan pakatan pembesar mereka Nasil
al-Din al-Thusi dan Ibn al-‘Alqami dengan Tatar Majusi.
Umat
Islam dibunuh oleh pembunuh kejam Abu Muslim al-Kharasni. Thurah al-Zanuj
adalah dengan galakan dan sokongan mereka.
Membunuh
jemaah Haji di bulan haram, meruntuh Kaabah dan mencuri Hajarul Aswad, dan
melontar mayat-mayat ke dalam telaga zam-zam adalah kerja-kerja Karamathah yang
ada kaitan dengan mereka.
Berpakat
dengan Tentera Salib untuk menghalang Salih al-Din al-Ayubi untuk membebas
al-Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin dari jajahan tentera Salib adalah
kerajaan Buyahin dan Abidin yang dikenal dengan kerajaan Fatimiyah.
Demikian
pendapat Yang Berbahagia Dr. Johari Mat yang patut menjadi buah menungan
seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia yang sejak akhir-akhir ini berkecamuk
dengan soal Syiah, terutama di negeri Kedah di mana Syiah mulai pesat
berkembang.
Dan
jangan lupa mengikuti lanjutan tulisan ini di bahagian kedua, Syiah Dan Politik
nanti. Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment