Selamat Pengantin Baru Di Cendering

>> Sunday, July 7, 2013





SELAMAT PENGANTIN BARU DI CENDERING KT



“Mudah-mudahan Allah memberkati kamu dalam segala hal [yang baik] dan mempersatukan kamu kedua dalam kebaikan”.

Kelmarin, Sabtu 6 Juali 2013, kami kembara lagi ke Kuala Terengganu. Menunai jemputan keluarga, dan sekaligus meraikan pengantin baru.
Pengantin perempuan adalah cucunda datok saudara kami, Hj. Mahmud bin Salleh, yang terkenal dengan panggilan Pak Do, dengan isterinya Wan Aishah bt Wan Mahmood dan puteri kepada Zaridah bte Haji Mahmud.

Setangkai doa untuk kedua pengantin baru:

“Barokallahu laka, wa baroka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khoirin”.

-“Mudah-mudahan Allah memberkati kamu dalam segala hal [yang baik] dan mempersatukan kamu kedua dalam kebaikan”.

Amin.










































Kami juga telah berpeluang bertemu dengan pengantin baru. Sama cantik, sama padan, macam pinang dibelah dua; macam bulan menyeri bintang.

Sebenarnya kami telah lama tidak bertemu. Bertahun-tahun telah berlalu. Kami sering melintasi bumi Terengganu untuk terus Ke Selatan, itupun menerusi jalan bawah, tidak melewati Kuala Terengganu.

Kami sampai agak lewat sedikit kelmarin, kami mengambil jalan atas, iaitu jalan biasa ke Kuala Terengganu, hari itu jalan penuh dengan keenderaan yang bertali-arus. Lebih-lebih lagi ketika berada di kawasan perbandaran KT. Berlaku jem di tempat-tempat yang tertentu. Alhamdulillah, walau bagaimana pun, kami, saya, Ahamad Syaibani Zaini, Emi dan Alifah Zaini selamat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat, iaitu di Taman Cendering, Kuala Terengganu.

Pada mula-mulanya, dua orang anak saya lagi, Noorbaiti Zaini dan keluarga serta Ahmad Faris Zaini dan keluarga, memang bermkasud hendak hadir, tapi tugas jawatan mereka pada hari itu telah menghalang mereka daripada menyertainya.

Seperti biasa, majlis-majlis perjumpaan seperti ini, merupakan satu wadah untuk menghangatkan lagi silaturahim atau tali persaudaran. Di majlis-majlis beginilah biasanya kita sering dapat bertemu dengan kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat dan sanak juga sanak saudara, jauh dan sekat, yang mungkin telah lama tidak kita suai atau temui. Inilah salah satu sebab, selain dari menunai jemputan, kami sangat suka menghadiri majlis-majlis kesyukuran, khususnya majlis perkahwinan seperti itu.

Di majlis perkahwinan Pak Do kelmarin, kami amat gembira dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan sebahagian daripada keluarga kami yang tinggal di Singapura, Memang telah begitu lama hasrat kami, terutama Allahyarhmah isteri saya, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] bercita-cita untuk menemui mereka setelah sekian lama berpisah. Mereka adalah anak cucu kepada bapak saudara kami, Pak Cik Daud yang terus menetap di Singapura, bila Singapura berpisah dari Malaysia.

Alhamdulillah, di majlis tersebut kami berkesempatan berfoto dengan mereka sebagai kenangan, dan diharap hubungan kekeluargaan ini akan terus terjalin, berpanjangan merrintasi semapadan laut dan darat.










































Kami pernah pergi ke Singapura pada suatu ketika dahulu dengan harapan untuk bertemu dengan mereka. Pada hari itu kami pergi ke pasar Geylang untuk mencari salah seorang dari keluarga kami itu yang dimaklumkan kepada kami berniaga di situ. Tapi kerana tidak ada rezeki kami tidak berpeluang menemui mereka. Dan hari ini, Allah telah mengurniakan kepada kami peluang yang keemasan itu untuk bersilaturahim.

“Ya Allah! Kami memohon dari Engkau segala kebaikan yang segera tibanya atau yang bakal tiba, yang kami ketahui atau yang belum. Dan kami berlindung kepada Engkau  daripada segala kejahatan yang segera tibanya  atau yang bakal tiba yang kami ketahui atau tidak ketahui”.

Demikianlah doa dan harapan kami dari pertemuan singkat yang amat bermakna ini.
















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP