IBNU SINA HENDAK SEMEBLIH SEORANG PUTERA RAJA
>> Monday, November 3, 2014
IBNU SINA HENDAK SEMBELIH PUTERA RAJA, TAPI?
IBNU SINA adalah salah seorang tokoh Islam yang ulung, yang pakar dalam banyak bidang. Dalam kisah hidupnya, dia pernah berlagak hendak menyembelih seorang putera raja.
Beliau terkenal sebagai seorang tokoh pemikir dalam bidang kesusateraan, termasyur dalam jurusan kedoktoran, seorang tokoh falsafah dan ilmu pengetahuan yang sukar ditandingi.
Beliau juga seorang tokoh agama, terutama dalam kaca mata
pelajar-pelajarnya dan pengikut-pengikutnya yang bukan sedikit pula.
Dalam abad pertengahan, beliau amat terkenal di Eropah, terutama di
kalangan cendakiawannya.
Bagaimana dan kenapa beliau ingin membunuh putera raja itu?
Nama Ibnu Sina yang lengkapnya ialah Syeikh Abu Ali Al-Hussein bin Abdillah
bin Sina. Kepada orang-orang Barat mereka mengenalinya dengan nama Avicenna.
Ada pendapat mengatakan dia berbangsa Parsi, sekarang Iran. Sebenarnya ada
beberapa bangsa mendakwa bahawa Ibnu Sina adalah berasal dari bangsa mereka,
iaitu orang Parsi, oran Turki dan orang Arab masing-masing mendakwa beliau adalah dari
darah daging bangsa mereka.
Tapi masih belum ada kepastian dalam hal ini. Yang jelas ibunya berdarah
Iran, tapi keturuan ayahnya tidak dapat dipastikan dengan jelas, mungkin dari
bangsa Turki, Arab atau Iran.
Beliau dilahirkan di Akhsyariah, dekat dengan kota Bukhara, pada bulan
Safar 370H/980M.
Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bahasa Arab
Ketika berusia sepuluh tahun beliau telah menghafal al-Quran.
Sebelum menjangkau usia tujuh belas tahun beliau telah terkenal sebagai seorang
tabib atau doktor.
Ada dua sebab utama beliau merawat orang sakit. Pertama kerana beliau suka
beramal kebaikan dan kedua kerana ingin
mempraktekkan ilmu yang dipelajarinya. Beliau tidak mengharap untuk mendapat
upah atau kekayaan daripada khidmatnya itu.
Dalam karier kedoktorannya itu, beliau telah berjaya merawat hingga sembuh
penyakit yang dihidapi oleh seorang pembesar negara berpangkat Menteri, iaitu
Nuh Bin Mansur.
Sebagai membalas jasanya itu, beliau telah diberi kemudahan untuk
mempergunakan perpustakaan negara yang waktu itu banyak menyimpan
berbagai-bagai buku pengetahuan yang berharga.
Sejak itu beliau menjadi kian popular. Dan akhirnya beliau telah dilantik
menjadi Perdana Menteri.
Sebagai seorang doktor beliau berjaya membuat formula untuk merawat
beberapa jenis penyakit yang sering menimpa manusia dari sejak dahulu hingga
sekarang, antaraya formula merawat penyakit angin ahmar atau strok, penyakit
saraf, penyakit sesak nafas, penyakit jantung, penyakit kuning, penyakit lumpuh
dan penyakit selaput otak.
Sebagai seorang daoktor beliau telah berjaya menghasilkan buku-buku
perubatan yang termasyur. Salah sebuah daripada buku yang terkenal ialah “Alqanun
Fittib”, iaitu “Pedoman Kedoktoran”. Buku ini merupakan “Kamusaneka” atau ensiklopedia
penting mengenai ilmu perubatan. Buku ini dan juga buku-buku perubatan beliau
yang lainnya telah dijadikan buku rujukan penting di pusat pengajian tinggi di
Eropah sehingga abad enam belas, antaranya di Fakulti Kedoktoran di Perancis
dan Italy menggunanya selama lima abad.
Dr.Nani
Buku-buku beliau yang lain antaranya ialah yang termasyur ialah an-Najab, as-Syifat, dan al-Isyarat.
Pada suatu ketika dikisahkan ada seorang putera raja yang tidak waras
otaknya. Nafsu makannya merosot. Malah pada fikirannya dia bukan lagi manusia,
tapi seekor anak lembu yang wajar disembelih dan dimakan dagingnya oleh manusia
sebagaimana mereka memakan daging lembu
biasa.
Putera raja ini dibawa kepada Ibnu Sina untuk dirawat supaya menjadi waras
sebagai seorang manusia.
Setelah berfikir mencari jalan untuk merawatnya, Ibnu Sina memerintah supaya
putera raja itu diikat kaki dan tangannya sebagaimana seekor lembu diikat untuk
disembelih. Kemudian Ibnu Sina memegang sebilah pisau dan menyentuh tubuh
putera raja itu dengan lagak untuk menyembelihnya.
Ibnu Sina berhenti sejenak, lalu merenung wajah putera raja yang senteng
itu. Lalu kendengaran beliau berkata. “Lembu ini terlalu kurus untuk
disembelih. Dagingnya tidak sihat untuk dimakan. Oleh itu kamu perlu
mengemukkan tubuh kamu terlebih dahulu. Selepas itu barulah saya dapat
menyembelih kamu”.
Putera raja itu amat tersentak mendengar kata-kata Ibnu Sina itu. Dia baru
sedar bahawa tubuhnya terlalu kurus kering dan tidak berisi langsung. Mulai
saat itu dia mulai makan, maka dengan itu tubuhnya mulai membesar dengan sewajarnya.
Hasilnya penyakit otaknya sembuh dengan sendirinya. Dia tidak lagi
beranggapan dirinya adalah seekor lembu yang perlu disembelih untuk dimakan
dagingnya.
Dari kisah ini dapat kita petik sedikit pengajaran bahawa otak yang sihat
itu terletak pada badan yang sihat, walaupun pendapat ini masih terus menjadi
pertikaian. Kerana ada dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat kebalikannya.
Tubuh sihat otak tak berapa sihat. Demikian juga sebaliknya, badan tak berapa
sihat, tapi otak cukup sihat.
Sesungguhnya, “Tidak menimpa seorang Mukmin dalam bentuk keletihan, penyakit,
kesusahan, kesedihan, kemelaratan, ataupun dukacita, hinggakan duri yang menusuk
tubuhnya kecuali akan diampuni oleh Allah semua kesalahan [dosa-dosa]-nya”.HR:Bukhari-Muslim.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1073M, meninggalkan nama yang harum dan
terus kekal di sepanjang zaman menghiasi lautan ilmu pengetahuan Islam yang
begitu luasnya.
0 comments:
Post a Comment